NIK tersenyum
sendiri bila teringatkan pertemuaannya dengan pak usu siang tadi. Pak usunya
tidak percaya bahawa dia bertemu dengan wanita yang mirip arwah anak
saudaranya. Dan dia mahu melihat sendiri wanita yang di katakan mirip Lia.
Nik menjadi serba salah sendiri kerana memberitahu pak usunya
terlalu awal kerana dia sendiri tidak begitu mengenali Zara. Dia tidak mahu
wanita itu menyangka yang tidak elok terhadap dirinya kerana dia tidak berniat
begitu. Dia hanya ingin mendekati wanita itu kerana dia mahu mengetahui siapa
Zara yang sebenarnya. Dia tidak berniat hendak menganggu hidup Zara.
Nik menoleh kearah handphonenya
bila ianya berdering nyaring.
“Hello!,”
“Sayang..how come you tak call me? I’m worried you know?,” ujar
Dania sebaik sahaja Nik menyambut panggilan telefonnya.
Dia sengaja tidak mahu menghubungi Nik, dia sangka lelaki itu akan
menelefonnya dan memujuknya kerana tempoh hari Nik meletakkan telefon. Nik
tidak langsung menelefonnya sejak dia berada di Rome. Ini membuatkanya hatinya
bertambah risau.
“I’m ok, yang you nak risau tentang I kenapa, Dania?,” jawab Nik bila Dania
kedengaran risau. Dania terlampau risau tentang dirinya tanpa mengira tempat.
Dia pandai hendak menjaga dirinya sendiri.
“Yelah you di Rome
seorang,” jawab Dania menyatakan kerisauannya.
“Dania, Rome is like my
second home already! I dah biasa,” ujar Nik lalu membuahkan senyuman kepada
temannya Dante yang jalan menuju ke arahnya.
Dante berjalan menghampiri Nik lalu duduk di hadapannya.
“Bila you nak balik
Malaysia! I’ve miss you sayang!,”
ujar Dania kerana dia tidak sanggup berjauhan dengan Nik lama. Dia rindukan
Nik. Dia tidak tahu kenapa dia merasa khuatir bila berjauhan dengan Nik
seolah-olah Nik akan lupa padanya.
“I tak tahu lagi, ok I talk to you later, my friend is here,”
ujar Nik mahu mematikan taliannya.
“Your friend siapa??
Lelaki ke perempuan?,” tanya Dania bila Nik mengatakan kawannya sudah tiba. Ini
membuatkan Dania merasa tidak senang hati.
“Lelaki!,” jawab Nik perlahan bila Dania bertanya.
“Sure lelaki?? Bukan
perempuan?,” tanya Dania lagi tidak puas hati dengan jawapan Nik.
“It’a a guy ok! Come here if
you don’t believe me! I’ve got to go Dania really!,” ujar Nik merasa tidak senang bila Dania mula dengan
perangai cemburunya tidak bertempatnya. Nik mematikan talian.
“Your new lady friend?,”
ujar Dante sebaik sahaja Nik mematikan talian.
“Yes!,” jawab Nik
ringkas tanpa mengulas panjang.
“She’s sound worried!,”
ujar Dante lalu tersenyum kerana dia dapat mendengar suara risau teman wanita
Nik ketika Nik berbicara dengannya. Apa yang membuatkan wanita itu merasa
risau!
“Nothing! She’s worried too much!,” jawab Nik dengan
wajah selamba. Nik mencapai menu di hadapannya. Dia meminta Dante bertemunya di
Café berdekatan dengan Trevi Fountain.
“This Café brings back
memories, I’ve remembered this Café!,” ujar Dante dengan wajah teruja bila
teringat sesuatu. Dia, Nik pernah minum di Café ini dahulu bersama Lia. Pertama
kali dia bertemu dengan Lia dan mengenali wanita itu. Dia tidak pernah ke Café
ini selepas hari itu dan dia kembali semula ke Café ini setelah hampir 3 tahun!
“You remembered!,” ujar
Nik tersenyum kerana dia menyangka Dante tidak mengingatinya.
“Certamente!,” (Of Course!)
“Congratulations! So, when is your big day?,”
tanya Nik lalu memandang wajah Dante. Dante memberitahunya dia melamar teman
wanitanya Isabella yang di kenali sudah hampir 2 tahun. Nik kenal teman wanita
Dante, Isabella. Seorang model yang sedang meningkat naik.
“Next year in December! You must come my
friend! You are one of my groomsmen!,” ujar Dante lalu menepuk bahu Nik.
Dante kelihatan gembira. Dia mahu Nik ada sama meraikan hari gembiranya kerana
dia telah menganggap Nik sebagai seorang teman rapatnya.
“Ok,” jawab Nik
ringkas lalu tersenyum. Jika Dante seorang muslim sudah dia katakan Insha
Allah!
Nik melirik ke
arah dalam Cafe. Zara berada di dalam sedang melayan pelanggan. Hari ini pekerja
di Cafe itu tidak kurang kaki tangan kerana Nik tidak di minta untuk membuat
pesanan di dalam Cafe. Dia hanya perlu memanggil salah seorang pekerja untuk
membuat pesanan. Tadinya dia belum mahu memesan apa-apa kerana Dante masih
belum tiba.
“How are you my friend? Good?,” tegur
Dante lalu menepuk bahu Nik kerana dia tidak bertanya perkhabaran Nik tadi.
“I’m the same old Nik!,” jawab Nik tanpa
mengulas panjang.
“No you are different! Not the same! You have
to moved on and let it go Nik!,” ujar Dante lalu memandang wajah temannya.
Nik telah banyak berubah. Nik yang dikenali dahulu seorang lelaki yang
bersemangat. Nik sekarang seperti tidak bermaya. Tiada keceriaan di wajahnya.
Nik tersenyum
bila Dante mengatakan dia tidak sama seperti dahulu. Benar dia tidak seperti
dahulu kerana separuh nyawanya di hati dan separuh nyawanya di bawa pergi.
Begitulah ibarat hidupnya sekarang. Tiada siapa yang dapat mengantikan Lia.
Tiada siapa yang dapat mengembalikan semangatnya dahulu.
“I feel sorry for you Nik!,” ujar Dante.
“Don’t feel sorry for me! The worst has yet
to come!,” ujar Nik lalu membuahkan senyuman kepada Zara yang menuju ke
arah meja mereka sambil membawa menu.
“What do you mean?,” ujar Dante
terperanjat bila Nik berkata demikian. Nik kehilangan isteri membuatkannya
simpati dengan nasib Nik. Apa maksud Nik jangan simpati padanya dahulu.
“Buona sera posso avere i vostri signori ordine!,” (Good evening can I have your order gentlemen!) ujar Zara lalu
meletak menu di hadapan mereka. Dia sempat membuahkan senyuman kepada Nik. Nik
membalas senyumannya. Dia tidak tahu kenapa. Hatinya merasa senang melihat
wajah lelaki itu.
“Tu lavori qui??,” (You work here??) ujar Dante terperanjat besar bila sahaja terpandang
wajah pelayan Cafe itu. Wanita yang di temuinya kelmarin! Wanita yang kelihatan
serupa Lia.
“Si!,” (Yes!) jawab Zara. Dia turut
terperanjat bila menyedari teman Nik adalah lelaki yang di temuinya kelmarin,
Dante.
“You both knew each other?,” ujar Nik
bila Dante dan Zara masing-masing kelihatan terperanjat. Bagaimana Dante
mengenali Zara? Dan bagaimana Zara mengenali Dante? Jika Dante mengenali Zara,
kenapa Dante tidak memberitahunya apa-apa tentang Zara?
Dante kehilangan
kata-kata bila Nik bertanya padanya. Dia tidak menyangka sama sekali akan
bertemu dengan wanita sandwich itu di
sini. Pada mulanya dia tidak berniat hendak memberitahu Nik tentang wanita yang
kelihatan sama seperti Lia kerana dia tidak mahu menambah duka hati temannya.
Sebab itu dia tidak memberitahu Nik apa-apa. Tapi dia berubah fikiran ketika
dia dalam perjalanan bertemu dengan Nik dan dia nekad mahu memberitahu Nik.
“Is he your friend that
you’ve mentioned the other day?,” ujar Zara lalu memandang wajah Dante. Dia
ingin tahu adakah Nik teman yang di maksudkan Dante tempoh hari?
“What friend?,” ujar Nik
lalu memandang wajah Dante bila Zara bertanya padanya kerana dia tidak faham
akan maksud Zara.
Dante kelihatan serba salah bila Zara mengutara soalan itu. Dia
tidak mahu Nik tahu bahawa perempuan itu pernah menemuinya sebelum ini kerana
dia khuatir Nik menyangka dia cuba menyembunyikan perkara itu dari
pengetahuannya. Tadinya dia bertekad mahu memberitahu Nik tentang wanita itu,
tapi tidak berkesempatan kerana Nik terlebih dahulu bertemu dengan Zara.
bersambung....
No comments:
Post a Comment