Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Lama benar aku tak update blog ni kan..hehe bukan
apa otak ni tengah ketandusan idea hendak menulis apa. Sibuk dengan reka cover
buku, aku tak sentuh langsung OMB dengan MPO. Pun di atas sebab yang sama,
belum ada ilham. Huhu. Ok pasti ada yang tertanya kenapa tetiba aku letak
gambar Erwin Shah Dawson kat sini. Haha. Tak de ahad lepas aku pergi jemputan
kahwin di Choa Chu Kang Blk 130. Aku jarang sekali pergi majlis orang kahwin
ni. Almaklum lah teman sekolah aku semuanya di Malaysia. Dan aku memang tak de
teman banyak di Singapura. Kalau ada pun anak-anak depa masih kecik-kecik lagi.
Jadi majlis yang aku hadir ni teman sekolah kakak aku. Kakak aku Liza lak, depa
tak dapat mai sebab ada hal lain. Jadi kakak aku ngah (juga kenalan emak si pengantin)
paksa aku pergi sebab aku di jemput sama. Aku memang malas nak keluar rumah
hari ahad. Haha alasan aku berikan selalu sebab Monday kena kerja dan aku hanya
mahu mengirim wang sumbangan pada ngah sahaja. Haha. Tapi setelah ngah kata dia
akan fetch dan hantar aku balik. Hendak tak hendak terpaksa pegi jugak sebab
dah ada transport.
Ok sampai jek..ramai betul tetamu di majlis
pengantin tu..yang tak bestnya warna baju tema untuk keluarga pengantin warna
hijau. Aku lak pakai baju dress hijau. Dalam hati berkata-kata. Janganlah ada orang
pakai baju yang sama macam aku. Haha. Memang ada pun. Tapi nasib baik makcik tu
dok kat jauh sudut. Hehe. Selamat satu perkara. Ah lantaklah sama baju ke tak.
Buat muka selamba je lah. Ok masa jalan-jalan cari meja kosong tu lalu lah kat
karaoke station majlis tu. Tetiba mata aku tertancap pada seorang teruna yang
berdiri di situ bersama seorang gadis jelita. Dan dia sedang pose tangkap
gambar. Biasalah di majlis begini memang ramai orang tangkap gambar kan. Tapi
wajahnya itu macam pernah ku lihat sebelum ini. Tapi di mana ya?. Aku pun
berbisik pada Mr. S. Aku cakap kat dia cuba tengok muka budak lelaki tu macam
pelakon Isteri separuh masa kan? Haha. Aku dan Mr. S bosan tak ada movie orang
putih yang best dan terkini hendak ditonton maka aku ajak dia nonton cerita ISM
sebab feeling nak nonton cerita drama melayu.
Mr. S kata bukanlah you salah
orang. Tak kanlah pelakon nak datang majlis ni. Lagipun yang berlakon dalam ISM
tu pelakon Malaysia katanya. Tapi aku tak puas hati dengan jawapan Mr. S. Aku
ni jarang sekali memandang dan melihat-melihat orang terutama sekali di majlis
atau tempat-tempat yang ramai orang haha. Serious! Aku ni pemalu dan pendiam
orangnya. First impression orang pandang aku akan mengatakan aku ni seorang
yang sombong dan tak mesra alam. Ini ramai orang yang kata – dapat feedback dari teman-teman aku. Tapi bila
depa sudah menjadi teman aku, mereka akui aku sebenarnya tidak sombong. Aku seorang
yang pemalu dan pendiam. Tapi bila dah kenal mereka kata aku ni kelakar seram
orangnya. Hahaha. Bak kata pepatah 'tak kenal maka tak cinta'.
Hatiku masih belum puas dengan
jawapan Mr. S. Balik dari majlis, tak tunggu lagi dalam kereta aku dah start
google nama barisan pelakon ISM. Haha. Aku spot nama seseorang Erwin Shah
Dawson. Masih tak tahu lagi siapa ESD tu sebab tak de gambar kat situ. So aku
google nama ‘ESD’. Sah! Lelaki yang aku nampak tu ESD. Sebab aku tak tahu yang
ESD tu anak kelahiran Singapore. Haha. Ketinggalan zaman aku ni yek. Mungkin
majlis itu adalah majlis kenalannya.
Tapi aku tak stop kat situ. Aku cari
FB dan instagram dia. Bukan stalker eh! Cuma nak proof pada Mr. S yang aku
tidak silap orang. Haha memang betul dia ada kat situ. Sebab dia pose gambar
yang di ambil di photo booth majlis bersama orang yang aku nampak kat majlis. Barulah
hatiku merasa puas kerana aku jarang silap bila recognize wajah seseorang
terutama sekali celebrity.
No comments:
Post a Comment