Assalamualaikum..expedisi makanan
halal aku kali ini di fast food chain restaurant bernama 4 fingers atau nama
melayunya 4 jari. Haha. Restaurant halal di Singapura ni sudah seperti cendawan
tumbuh selepas hujan. Terdapat pelbagai restaurant yang dahulunya tidak halal berlumba-lumba
untuk mendapatkan sijil halal di sini, kerana mereka tahu jika mereka
mendapatkan sijil halal secara tidak langsung mereka mendapat pasaran orang
islam di Singapura dan ini akan menambah keuntungan yang berlipat ganda pada
mereka, betul tak? Tak rugi mendapatkan sijil halal bukan sahaja orang islam di
Singapura dapat menikmatinya, malah pengunjung dari negara-negara islam dan mereka
yang beragama islam tidak akan merasa was-was dan juga merasa selesa dan senang
untuk melancong di Singapura kerana terdapatnya banyak restaurant halal. Ye
tak?
Jadi aku terdengar dari teman
sekerja bahawa restaurant 4 fingers juga baru mendapat sijil halal dari Majlis
Ugama Islam Singapura (MUIS). Dan teman sekerja aku Yana kata dia sudah merasa
makan di sana. Katanya lagi anak-anaknya suka sekali dengan menu yang terdapat
di 4 fingers. Aku bila dah dengar macam tu, apa lagi teringin juga hendak
mencubanya, sementelah lagi Cik Puan Shah kita kata dia tak jemu pergi menjamu
selera di sana selalu. Wah! Sedap sangat ke makanan kat 4 fingers tu, nak tahu
jugak. 4 fingers (empat sekawan berasal dari negara Korea membuka restaurant
mereka di US). Jadi makanan segera yang terdapat di 4 fingers adalah resepi
Korea so tak sama dengan KFC, Burger King, Popeyes dan yang sewaktu dengannya. Harap
maklum.
Ok di 4 jari ni best seller mereka
adalah chicken wingnya. Ada juga terdapat makanan seafood seperti calamari,
shrimp, ada wrap, salad, chicken rice. Tapi aku mengambil keputusan untuk
mencuba chicken wingnya. Bila masa hendak membuat pesanan tu anda di beri
pilihan samada hendak perisa kicap bawang putih (soy garlic) atau perisa pedas
(Hot). Oleh kerana aku suka pedas maka aku memilih perisa hot manakala my
prince aku select soy garlic memandangkan dia tidak dapat menahan pedas. Aku memesan “Combo 6 pcs mix hot”. Mix
maknanya aku hendak wings dan drumettes. So ada 3 wings dan 3 drumettes. Kalau
anda suka kepak boleh order keenam-enamnya kepak begitu juga dengan peha. Combo
termasuk air dan fries (boleh pilih hendakkan perisa kimchi atau perisa
seaweed. So aku pilih hot mix chicken wings with seaweed fries dan Honey Yuzu
Tea. Haha. Air Honey tu nak kena top-up 50 sen. Jadi harga for my combo meal
sahaja $10.45 dan untuk my prince pula “Combo Chicken burger soy garlic” $9.95.
Masa untuk verdict. Pada pengemar
ayam goreng kepak tidak akan merasa kecewa bila menikmati ayam di 4 fingers.
Ayamnya digoreng garing tidak berlemak dan tidak berminyak dan rasanya sedap
kerana sos nya menyerap ke dalam ayam goreng tersebut. Haha itulah keistimewaan
ayam di 4 fingers. Setelah di goreng mereka akan sebatikan ayam itu dengan
pilihan sos yang kita pilih. Aku memang enjoy habis begitu juga dengan my
prince. Burger ayamnya juga rangup dan sedap. Fries yang disebatikan dengan
seaweed juga sedap. Hehe. Finger licking good! Sungguh puas hati. So next time
aku hendak try kimchi flavor pula.
No comments:
Post a Comment