Adam
melirik kea rah jam di pergelangan tangannya. Dia sudah berjanji dengan Raoul
dan beberapa lagi temannya untuk bertemu dengan mereka pada malam ini. Mereka sudah
berjanji untuk bertemu di Aloha’s Club. Tempat selalu mereka bertemu. Mereka
mahu tahu akan perkembangan betting mereka samada Adam berjaya atau tidak kali
ini. Adam menoleh kea rah bilik corridor. Bayang Era tidak kelihatan. Sudah hampir setengah jam Era berada di dalam bilik. Dan
dia tidak boleh duduk lama. Tujuannya ke mari kerana mahu meluangkan masa
bersama Era. Mahu memikat wanita itu agar dia jatuh cinta padanya. Tapi wanita
itu seperti tidak berminat kearah itu. Dia tidak percaya wanita seperti Era
tidak tertarik akan dirinya. Adam bangkit dari kerusi lalu menuju kea rah bilik
Era. Dia menolak pintu bilik Era yang tidak tertutup rapat perlahan. Wajahnya
berubah kerana terkejut bila dilihatnya Era sedang khusyuk sujud di atas
sejadah. Adam segera menutup pintu biliknya perlahan dan menuju kearah ruang
tamu. Fikirannya tiba-tiba bercelaru kerana tidak menyangka Era sealim itu. Dia
belum pernah bertemu wanita modern yang solat. Adam menuju ke arah sofa lalu
menghenyakkan punggungnya. Moodnya hilang untuk bertemu Raoul dan
rakan bettingnya di Aloha. Dia menjadi tidak tentu arah tiba-tiba. Adam
mencapai i-phonenya lalu mendial number telefon Nadia.
“Hello,”
jawab Nadia.
“Nadia,
I need to see you,” ujar Adam dengan nada suara serious.
“Ah
Mr. Martin, I’m on the way back, you masih di condo kan ?,”
“Yes,
meet me at the lobby, call me when you are here” jawab Adam lalu mematikan
telefonnya.
Adam
berjalan menuju ke bilik Era lagi dan menolak daun pintu biliknya perlahan. Era
kini sedang duduk di atas sejadah sambil berdoa.
Ya allah ya tuhanku, ampunilah segala
dosa-dosa ku
Ya allah ya tuhanku terimalah ibadah
dan taubatku
Ya allah ya tuhan ku kau berilah
hidayah dan bukakanlah pintu hati Adam Matin Salvatore kepadamu ya allah,
sesungguhnya kami hambamu yang lemah dan tidak lari dari melakukan kesalahan.
Lindungilah kami dari godaan syaitan ya allah.
Sesungguhnya kau
maha penyayang dan maha pengasihani.
Amin.
Adam
terpempan sebaik sahaja mendengar doa Era. Lututnya menjadi lemah seketika. Era
yang tidak pernah di anggap istimewa mendoakan kebaikan dan kesejahteraannya.
Adam cepat-cepat kembali ke sofa bila Era membuka telekungnya. Dia cuba berlagak
biasa kerana tidak mahu Era mengesyaki apa-apa.
Aku
mengesat airmatiku bila setiap kali aku duduk berteleku dan berdoa kehadrat
ilahi kerana merasa sayu dan terharu. Alangkah bahagianya sekiranya allah
perkenankan semua doa-doaku. Sungguhpun Adam tidak punya pertalian apa-apa
denganku aku merasa sedih melihat keadaan dirinya yang hanyut jauh. Adam
tidaklah seburuk dan sejahat mana. Jika di bimbing insyallah Adam akan berubah.
Aku kasihan melihat Adam. Aku melipat telekong dan sejadah lalu meletakkannya
di atas katil. Senyap aje kat
luar. Tadi si Vampire tu hidupkan TV. Dah balik ke? Mungkin dia bosan kerana
tiada sesiapa melayannya. Bagus juga aku pun tak suka dia duduk lama-lama kat
sini. Silap hari bulan boleh kena tangkap basah. Hissh selisih malaikat empat
puluh empat. Belum terlintas hendak jadikan si kasanova tu suami aku. Aku
membuka pintu berjalan perlahan ke arah dapur tanpa menoleh ke arah ruang tamu
yang kelihatan gelap. Aku membuka peti sejuk lalu mengeluarkan bubur kacang
hijauku. Nampaknya aku makan sorang pasal si Nadia tidak minat bubur kacang dan
si Vampire itu pula sudah balik. Senyum ku sendiri. Sunyi pula rumah ni kalau
tak ada orang. Aku mencapai gelas berisi belen lemonade ku lalu meneguk
perlahan.
“Era,”
“Opocot mak engkau,” sedakku kerana
terkejut. Nasib baik kali ini aku tidak memegang senduk atau apa-apa kalau
tidak nahas Adam kena palu dengan aku.
“You eh, boleh tak beri salam dulu ke
apa ke, jangan terperanjat kan orang boleh tak, dahlah pakai baju putih
ingatkan hantu manalah,” marahku tak agak-agak. Mana tak menyirap seh darah.
Macam dah tak ada kerja lain selain dari terperanjatkan orang. Hobi dia
agaknya.
Adam tidak menjawab malah tersenyum
bila aku marah-marah padanya. Seronok agaknya tengok muka aku tengah marah.
Pelik betul hobi Adam.
“Ok, assalamualaikum,” ujarnya perlahan
sambil tersenyum.
Aku cuba menahan tawa bila Adam
tiba-tiba memberi salam. Aku tidak menyangka bahawa dia benar-benar ambil
serius tentang saranan ku mengenai untuk beri salam. Sedap pula suaranya bila
dia beri salam. Slang-slang mat saleh gitu. Cute. Betul ke ni Adam. Atau aku
bermimpi. Apa mimpi dia ikut sahaja kehendak aku malam ni. Tiba-tiba aje baik dengan
aku. Kalau tidak dialah orang yang selalu aku buat dosa kerana selalu bertekak
dengannya tak sudah-sudah. Hari ini aku marah-marah dia hanya mendiamkan diri
dan rajin tersenyum. Apa kena dengan Adam malam ni.
“Tak jawab berdosa,” ujarnya seraya tersenyum
menampakkan lesung pipitnya.
“Eh mengajar kita pulak dia, dah
jawablah dalam hati,” ujarku selamba tidak mahu menunjukkan bahawa aku senang
bila dia berada di dalam angel mode.
“Nak makan bubur kacang,” soalku seraya
memandang kea rah Adam yang sedang berdiri di sebelahku.
“I’m
full thanks for the lovely dinner, I never really fancy makanan melayu tapi
bila makan masakan you, I change my mind,” jawabnya jujur.
Aku mengerutkan dahi merasa hairan. Ada
yang tak kena pada diri Adam Matin Salvatore malam ini. Pertama
dia tak banyak cakap. Kedua he’s lovely tonight except for the fact dia suka
terkejutkan aku. Ketiga dia tak banyak Macarena. Dan keempat dia memuji masakan
aku. Adam Matin Salvatore memuji masakan ku yang tak seberapa. Ini baru masakan simple asam pedas, telur dadar dan
kobis goreng. Adam Matin
Salvatore yang suka makan di restoren-restoren ternama di Kuala Lumpur. Hmm
sukar untuk aku percaya akan cakapnya.
“Ok,” jawabku tanpa mengulas panjang.
Biar dia tahu aku tidak berminat ingin mengetahui akan kesukaannya atau
kebenciaannya. Dia tidak perlu tahu tentang diri aku dan aku juga tidak ingin
tahu akan diri nya. Hubungan kami strictly business.
“Sorry
can’t stay long, I have an appointment,” ujarnya seraya menjeling
ke arah jam tangan limited edition chronograph tag heuernya.
“You
free to go, I tak suruh pun you datang in the first place,” ujarku
menyindirnya. Aku tahu mesti dia hendak berpoya-poya dengan wanita lain. Kalau
tidak dia tidak terburu-buru hendak balik. Yang aku marah sangat kenapa ekk.
Barangkali aku kesunyian pasal Nadia tak ada kat rumah tak jugak sebelum aku
mengajak Nadia duduk sini pun aku tinggal seorang selama seminggu. Tapi aku
jarang berada di rumah kerana aku banyak plan kat luar dan balik rumah untuk
tidur aje.
“I
will make sure you miss me,” ujar Adam dengan suara seductivenya seraya
merapati aku. Aku melangkah kebelakang setapak bila dia meletak tangannya di
birai fridge di mana aku sedang berdiri. Aku tidak dapat lari kerana badanku
benar-benar terhempit di pintu fridge. Dadaku berdegup kencang bila dia berbuat
demikian. Bohonglah kalau aku kata aku tak tertarik dengannya. Aku cuba sedaya
upaya untuk berlagak biasa dan tidak kelihatan kalut. Aku tidak mahu Adam
mengetahui bahawa aku juga serperti wanita lain yang tidak lari dari
mengimpikan jejaka seperti dirinya.
“Hmm
like I said in your dreams,” jawabku seraya menolak tangannya perlahan agar dia
tahu yang ushanya tidak menjadi.
Adam
menyeluk kedua belah tangannya ke dalam saku seluarnya lalu mengekori Era
menuju ke pintu. Tidak sedikit pun merasa tercabar akan kata-kata Era kerana
dia tahu Era sukanya tapi tidak mahu mengaku bahawa dia sukakannya.
To be continue...
No comments:
Post a Comment