Jantung Anisha
berdegup kencang bila Puan Adila ada menyatakan bahawa abg Long akan menemuinya
sebentar lagi. Anisha sengaja tidak mahu ke bilik Puan Adila. Dia mahu duduk di
taman sementara menunggu jejaka yang berjaya memikat hatinya. Faezah disuruh menjadi penemannya sementara menanti abg long tiba. Di sebelah tempat
dia duduk terdapat sebuah kotak berisi pasu yang sudah Anisha siapkan khas
untuk Affendy. Dia tidak tahu apa yang harus di bualkan sekiranya Affendy ada
bersamanya. Dia malu kerana inilah kali pertama dia berbual dengan lelaki yang bakal menjadi suaminya suatu hari nanti. Walaupun dia tidak pernah melihat wajah abg long dia tidak dapat menipu hatinya bahawa dia benar-benar cinta akan lelaki itu dengan hanya mendengar suara dan peribadi abg long yang sopan.
“Fiza, kak Nisa nak tanya macamana
rupa abang long,” soal Anisha ingin tahu.
“Kak Nisa nak tahu ke,” soal Fiza
mengusik seraya tersenyum.
Anisha tidak menjawab malah
menganggukkan kepalanya perlahan.
“Hmm abang long tampan orangnya kak,
tinggi, berkulit sawo matang, hidung mancung dan wajahnya iras-iras seperti Keanu Reeves,” ujar Fiza cuba
membayangkan bagaimana rupa abg long. Siapa yang tidak terpikat bila terpandang
wajah abg long. Orangnya segak tampan dan bergaya. Dari penampilannya Faezah dapat mengagak abg long anak orang berada.
“Macam Keanu Reeves, Fiza macam kak
nisa tahu macamana rupa Keanu Reeves,” jawab Nisa seraya tersenyum. Dia tidak
mementingkan rupa. Yang penting abg Long seorang yang penyayang dan
bertanggungjawab. Dari tutur katanya Anisha tahu bahawa dia seorang lelaki yang
penyayang.
“Opps sorry,” ujar Fiza seraya
mengekek kecil bila menyedari kesilapannya.
“Tapi kan kalau kak Nisa tak
berkenan jangan lupa recommendkan Fiza pada abg long okay,” usik Fiza lagi.
“Mana boleh, kak Nisa tetap memilih
abg long tak kiralah macamana rupanya macam Keanu Reeves atau sesiapa, kak Nisa
hanya mahukan seseorang yang beriman dan dapat memberi sepenuh kasih sayang
pada kak Nisa,” ujar Nisa.
“Wah, romantiknya kak Nisa ni ye,
tak sangka beruntunglah abg long kerana dapat seorang isteri yang baik macam
kak Nisa ni,”
Anisha hanya tersenyum mendengar
komen Faezah. Tanpa mereka sedari Affendy berdiri tidak jauh dari mereka. Secara tidak sengaja Affendy terdengar akan perbualan diantara Nisa dan Faezah. Dia tersenyum bila Nisa berkata demikian.
“Faezah, agaknya apa yang membuatkan
abg long tertarik pada kak Nisa,”
“Senyuman manisnya,” ujar seseorang.
Faezah dan Anisha tersentak. Faezah
menoleh kebelakang dia menutup mulutnya dengan telapak tangan bila melihat
Affendy berdiri betul-betul di belakang kerusi dimana mereka duduk. Affendy
membuah senyum. Anisha tidak keruan mukanya merona merah menahan malu. Dia
kenal itu suara abg long.
“Itu saja ke abg long, senyuman Faezah
pun manis juga, kenapa abg long tak pilih Faezah,” usik Faezah tersipu-sipu.
“Kenapa abg long tak pilih Faezah,
hmm kerana Faezah ada Fikri,” jawab abg Long cukup membuatkan Faezah
terperanjat katak.
“Macamana abg long tahu,” soal Faezah.
“Abg long kan ke selalu kemari dan solat kat surau
disini tentulah abg long kenal siapa Fikri, dan Fikri yang beritahu abg long tentang
Fiza,” terang Abg Long seraya duduk di kerusi berhadapan dengan mereka. Matanya
melirik kea rah Anisha yang hanya tersenyum mendengarnya. Gadis itu tetap
kelihatan Ayu.
“Ahh..Fikri,”ujar Faezah seraya
mengetap bibirnya. Geram kerana secara terang-terangan memberitahu abg long
tentang dirinya.
Anisha dan Affendy ketawa serentak.
“Assalamualaikum, sudah lama menunggu,” ujar Affendy ditujukan kepada Anisha.
“Waalaikumsalam, tidak lama,” jawab Anisha tersenyum malu.
“Sebelum Nisa terlupa, Nisa ada
hadiah untuk mama abang,” ujar Anisha seraya meraba sebelah kanannya dimana
pasu buatannya itu di simpan di dalam kotak.
“Terima kasih, abang tak ada apa nak
beri kepada Anisha,” Fendy mengambil kotak yang berada di sebelah tempat duduk Anisha.
Fendy terasa segan sendiri kerana
tidak membawa buah tangan apa-apa untuk Anisha.
“Tak apa bang, pemberian Nisa tidak
seberapa jika hendak dibandingkan dengan
abg,” jawab Nisa tersenyum lagi.
Mereka berdua mendiamkan diri
seolah-olah memikirkan soalan yang seterusnya. Kekok rasanya bila perbualan
mereka di dengar oleh Faezah.
Fiza seakan mengerti mereka perlukan
privacy untuk berbual. Fiza menuju kea rah kerusi yang tidak jauh dari mereka
untuk menemani Anisha. Anisha sudah berpesan jangan tinggalkannya. Nasib baik dia
bawa buku untuk mengisi masa terluang. Tidaklah dia merasa bosan.
“Terima kasih kerana Anisha sudi memberi
ruang di hati Nisa untuk abg,” ujar Affendy.
“Kenapa abg cakap macam tu, Nisa
yang sepatutnya berterima kasih kepada abg kerana sudi menjadikan Nisa sebagai suri dalam hidup abg, Nisa tidak ada
sesiapa di dunia ini selain kak Adila dan para penghuni Darul Ehsan, merekalah
keluarga Nisa selama ini,” ujar Anisha menahan sebak. Benar dia tidak punya sesiapa di dunia ini melainkan mereka. Dia bersyukur kerana ada juga lelaki yang sudi memperisterikan dirinya yang serba kekurangan dan dia bersyukur orang itu adalah abg long.
Affendy hanya mendengar keluhan
Anisha dengan perasaan simpati, Fendy juga pernah suatu ketika menjadi penghuni di
salah sebuah rumah kebajikan anak yatim. Dia beruntung kerana Puan Hasnah dan
suaminya Encik Kamarul mengambilnya sebagai anak angkat ketika dia berusia 9
tahun. Ketika itu Puan Hasnah memang sudah mempunyai seorang anak lelaki yang
berusia 5 tahun.
“Insha allah, Abg berjanji tidak akan mensia-siakan
hidup Nisa selagi nyawa di kandung badan,” janji fendy kepada Anisha. Dia
teramat sayangkan Nisa dan berdoa agar jodohnya dengan Anisha akan di
perkenankan allah. Amin.
To be continue...
No comments:
Post a Comment