“Kata nak ke Bandar, masih belum
siap-siap lagi,”ujar Faezah bila dilihatnya Anisha masih duduk termangu sedari
tadi.
“Kak
Nisa tak ada moodlah nak pergi,” jawab Nisa sambil memeluk bantal.
“Alah,
kak Nisa dah janji nak temankan Faezah carikan hadiah buat Fikri,”desak Faezah.
Selalunya kak Nisa tak macam ni. Kalau sebut sahaja nak pergi Bandar pasti dia
gembira.
“Kak
Nisa sedih hatilah Faezah, kak Nisa tak sempat nak ucapkan terima kasih kepada
tuan yang bantu kak Nisa semalam,” ujar Nisa seraya mengeluh kecil. Dia
menyesal kerana tidak berkesempatan mengucapkan terima kasih kepada pemuda yang
membantunya semalam.
“Oh
tuan muda yang tampan tu ya, tak patut kak Nisa tak ucapkan terima kasih
kepadanya, entah boleh jumpa dia lagi ke tidak,” usik Faezah. Kebetulan semalam
dia turut sibuk mencari Anisha. Bila dia ternampak Anisha di temani seorang
pemuda yang tampan itu dia turut sibuk hendak tahu apa yang terjadi pada kak
Nisa.
“Faezah,
janganlah buatkan kak Nisa rasa bersalah lagi,”ujar Nisa muram. Dia berjanji
tidak akan berjalan sendirian tanpa di temani sesiapa lagi. Takut berulang lagi
kejadian seperti semalam.
“Alah
kak Nisa berdoa sajalah supaya dapat bertemu lagi dengannya, insyallah kak Nisa
dapat jumpa dengannya lagi, hah tapi kali ni jangan lupa ucapkan terima kasih
padanya tau,” pujuk Faezah seraya mendekati Nisa.
****
Kami
berjalan dari satu kedai ke satu kedai mencari hadiah yang sesuai buat Fikri.
Lenguh juga kaki Nisa mengikut rentak Faezah. Banyak juga barang yang di
belinya di Bandar tadi. Nisa beli sepasang baju kurung baru berwarna biru laut
dan selendang dari warna yang sama. Faezah yang memilih katanya Nisa kelihatan
ayu bila setiap kali memakai baju kurung.
“Kak Nisa penatlah Faezah, kita pergi
minum air dulu ok,”cadang Nisa bila kakinya mula terasa sengal akibat terlalu
banyak berjalan.
“Erm
ok juga kan , marilah,” ujar Faezah seraya menarik lengan Nisa perlahan.
“Saya
keluar sekejap aje mama, sekejap lagi saya sampailah ke rumah, mama ada masak
makanan kegemaran saya tak,”
Langkah
Nisa terhenti sebaik sahaja terdengar suara yang amat dikenali tidak jauh dari
tempat mereka berdiri.
“Faezah,
nanti sekejap,”
Faezah
merasa hairan bila Nisa tiba-tiba menyuruhnya berhenti.
“Kenapa
kak Nisa,”
“Suara
tu kak Nisa macam kenal,”
“Suara
siapa,” soal Faezah kurang pasti.
“Mama
jangan risau kali ni saya duduk lama di sini, mungkin sampai Amirul balik,”
“Faezah
dengar tak, rasa kak Nisa sebelah sana ,” ujar Nisa seraya menunjuk ke arah tempat suara itu.
Faezah
menoleh ke arah yang dimaksudkan oleh Nisa. Dia tersenyum sebaik sahaja
terpandang si empunya suara yang dimaksudkan oleh Nisa.
“Kak
Nisa, abang semalam tu ada kat sini,” ujar Faezah ceria. Tak sangka boleh bertemu
kembali dengan pemuda yang membantu Nisa semalam.
“Kak
Nisa tunggu sini ok, biar saya panggil dia,” pesan Faezah seraya berlalu
mendapatkan pemuda tersebut.
Nisa
tersenyum gembira dia merasa bersyukur kerana berpeluang bertemu dengan pemuda
itu dan dia punya kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepadanya.
“Assamualaikum,”
“Waalaikumsalam,”
“Abang masih
ingat saya lagi,”
Pemuda
itu memandang wajah gadis manis di hadapannya cuba
mengingati dimana dia pernah lihat atau bertemu dengannya.
“Tak
ingat ke, semalam kat rumah Darul Ehsan,” ujar Faezah cuba
membantu pemuda tersebut mengingatinya.
“Oh
ye semalam, maaf abang ni pelupa sikit orangnya,” ujar Affendy seraya
tersenyum.
“How
is she, masih suka berjalan seorang diri lagi ke,”usik Affendy.
“Kenapa
tak tanya pada empunya diri sendiri,”ujar Faezah sambil tersenyum.
“Kak
Nisa ada kat sini, dimana,”soal Affendy cuba
mencari kelibat Nisa. Matanya terpandang Nisa yang berdiri tidak jauh dari
mereka.
“Kita
nak minum kat restaurant sana, abang join kita lah, lagipun kak Nisa tu sejak
semalam asyik tanyakan pasal abang, katanya menyesal kerana tidak berkesempatan
hendak mengucapkan terima kasih atas jasa baik abang,” ujar Faezah ramah.
“Betul
ke, tapi kenapa dia diam sahaja semalam,” soal Affendy. Dia sedar Nisa semalam
hanya mendiamkan diri. Mungkin terperanjat dengan apa yang berlaku.
“Alah
malu lah agaknya tu,”usik Faezah sambil ketawa kecil.
Affendy
turut ketawa. Kejadian semalam masih segar di ingatannya. Wajah cantik Nisa
hingga kini masih belum dapat di lupakannya.
“Assamualaikum,”
“Waalaikumsalam,”
jawab Nisa sambil tersipu malu. Dia agak gugup bila berhadapan dengan pemuda
yang pertama kali memarahinya dan dalam masa yang sama menyelamatkannya.
“Faezah
cakap cik Nisa hendak bertemu dengan saya,” ujar Affendy matanya tidak lepas
dari menatap wajah ayu milik Nisa.
“Eh
duduklah, abang nak air apa biar Faezah orderkan,”
“Teh
tarik satu, dan Nisa,”
“Kakak
pun sama Faezah,”
Faezah
berlalu ke kaunter untuk memesan minuman. Affendy sengaja tidak bersuara dia
memberi peluang untuk Nisa memulakan bicara.
“Terima
kasih kerana menyelamatkan saya semalam, kalau tidak kerana tuan mungkin saya
tiada lagi di dunia,” ujar Nisa perlahan tetapi cukup jelas di pendengaran
Affendy.
“Allah
gerakan hati saya untuk membantu Nisa,” jawab Affendy. Hatinya tertarik benar
dengan Anisha. Kali pertama dia memandang wajah gadis itu. Dia sudah jatuh
hati.
“Hah,
dah ucap terima kasih,” ujar Faezah seraya meletak dua gelas teh tarik di atas
meja.
Faezah
membantu Anisha dengan memberi gelas tersebut kepadanya.
“Terima
kasih,”
“Nama
abang siapa, semalam lupa pulak nak tanya nama abang,” soal Faezah tiba-tiba.
“Panggil
saja abang Long,” jawab Affendy ringkas dengan senyuman yang tidak lekang dari
bibirnya.
“Eh
tak glamernya panggil abang long aje,”ujar Faezah seraya tersenyum sebaik
sahaja mendengar namanya.
Fendy
turut tersenyum. Dia sengaja tidak mahu memberitahu namanya. Anisha disebelah
Faezah turut tersenyum. Namum bagaimanapun dia cukup senang mendengar suara abg
long dan tutur bicaranya.
Nisa
hanya mendiamkan diri sedari tadi. Tidak tahu hendak berbual apa dengan jejaka
yang mengelarkan dirinya abang long. Maklumlah inilah kali pertama dia berbual
dengan lelaki yang tidak dikenali. Selalunya Nisa hanya berbual dengan
pegawai-pegawai di Darul Ehsan dimana Nisa sudah biasa dengan mereka.
“Saya
minta diri dulu kerana ada urusan, nanti bila senang saya jumpa dengan awak
berdua lagi, assalamualaikum,” ujar Affendy. Sebenarnya dia sudah berjanji
dengan ibunya dia akan pulang awal. Maklumlah ibunya tidak sudah-sudah
menelefon supaya dia pulang lekas. Rindu benar dia dengan Affendy.
“Waalaikumsalam,”
jawab mereka berdua serentak. Affendy melangkah meninggalkan Anisa dengan
Faezah. Namun sempat juga dia menoleh ke arah Nisa dan berharap agar gadis itu
membuahkan senyum padanya. Namun hampa kerana Anisha sendiri tidak dapat
melihat akan dirinya.
“Hah
sekarang kak Nisa dah lega ke belum, dari tadi Fiza tengok kak Nisa asyik
tersenyum aje, ingatkan abang long ke,” usik Fiza bila dilihatnya Nisa sudah
mula tersenyum, kalau tidak sedari tadi payah asyik merungut tentang
kesilapannya kerana tidak mengucap terima kasih kepada abang Fendy.
“Barulah
lega hati kak Nisa, kata orang tua-tua hutang emas boleh di bayar hutang budi
di bawa mati,”
Faezah
hanya menganggukkan kepalanya bersetuju dengan pendapat Nisa.
To be continue..
No comments:
Post a Comment