Aku
menceduk minyak yang bertakung di atas kuah asam pedas ku. Hehe nak sedapkan
asam pedas kena tumis garing-garing. Kalau nak garing kena pakai banyak minyak
tu sebabnya minyak bertakung kat kuah asam pedas ku. Dan di sebabkan aku tak
hendak menghirup minyak dan bukan kuah asam pedas, aku berusaha membuang
minyak-minyak yang berlebihan. Hehe. Aku mengecilkan api dari stove agar kuah
asam pedasku tidak mengelegak. Aku mencapai sudu kecil lalu menceduk sedikit
kuah asam pedas dan menyuakan ke mulutku kali terakhir untuk memastikan asam
pedasku ok. Hmm success..sungguh puas hati. Kuahnya tidak terlalu cair atau
terlalu pekat. Pedasnya menyengat..pasal aku sengaja tambah lada hitam lagi.
Hehe biar berasap telinga si vampire bila memakannya. Aku mengekek kecil bila
dapat membayangkan wajah kacaknya kelihatan kemerah-merahan menahan pedas.
Akhir sekali aku masukkan daun kesum ke dalam periuk lalu menutup tudung
periuk. Aku melirik kea rah jam di dinding. Kurang 5 minit ke jam 7.30 malam.
Nadia masih belum balik lagi. Inilah dia kalau jadi peguam tak pernahnya balik
awal. Ingatkan hari ahad tak payah pergi kerja. Dia terpaksa pergi kerana
submission untuk hearingnya besok masih belum dapat di siapkan memandangkan
Madam belum finalize submission tersebut. Madam tu memang begitu tak pernah
siap awal. Semuanya last minute tak pernah on time. Dah masak benar dengan
perangainya. Aku membuka tudung periuk bubur durian kacang hijau (ini buat
desert) aroma durian dan santan dari bubur kacang hijau menerawang di udara. Kalau si Vampire tu tak nak makan dia punya pasal. Aku
memang dah lama mengidam bubur kacang durian, baru hari ini aku buat pasal
Nadia dan Vampire ada. Kalau makan seorang tak syiok. Sementara menanti Nadia
balik dan menanti si Vampire tu datang. Aku menekan butang hi-fi. Lagu dari
nyanyian Michael Buble dari album terbarunya berkumandang di udara. Sambil
menyanyi aku menyusun pinggan di atas meja makan.
Adam membuka pintu perlahan. Condonya
bergema dengan music Jazz. Adam mengerutkan dahinya. Dia menyimpan kunci kondonya
di dalam saku seluarnya. Dia berjalan perlahan menuju ke ruang makan. Aroma
lauk yang dimasak Era menerawang di udara. Hmm sedap baunya. Apa menu masakan
Era malam ini. Dilihatnya Era sedang leka menyusun pinggan sambil menyanyi
mengikut irama lagu Michael Buble “Haven’t met you yet”. Adam mengerutkan
dahinya. Dia tidak menyangka Era meminati penyanyi itu. Era tidak perasan akan
dirinya yang berdiri tidak jauh dari ruang tamu sedang asyik memerhatikannya
sedari tadi. Adam tersenyum sendiri melihat telatah Era. Menyanyi dan menari
mengikut rentak lagu tersebut. Adam mengambil keputusan untuk mengekori Era ke
dapur.
“I
guess I haven’t met you yet,” nyanyiku riang. Tanganku mencapai gelas yang ku
letak di atas bar untuk di bawakan ke meja makan. Aku terjerit kecil bila
menyedari Adam berada di belakang ku gelas yang ku pegang hampir sahaja
terjatuh di lantai, tapi di sebabkan kecekapan si Vampire tu, dia sempat
menyambut gelas itu dari hancur berkecai. Aku mengucap panjang kerana
benar-benar terkejut. Yelah bila ketikanya dia masuk tak dengar pun. Dan
walaupun condo itu condo dia, dia tidak boleh masuk sesuka hatinya pasal aku
tinggal di sini lainlah aku tidak tinggal kat sini.
“Hantu
betul bila masa you masuk,” marahku seraya merampas gelas yang berjaya di
selamatkannya tadi lalu meletakkanya di atas meja makan. Apa taknya terkejut
beruk aku di buatnya nasib baik tak ada sakit jantung kalau tidak dah arwah.
Adam tidak menjawab malah membuahkan senyum. Dah bisu pulak si Vampire ni. Aku
segera menuju kea rah Hi-fi lalu mematikannya. Suasana sunyi seketika. Aku
menuju kea rah stove lalu mematikan api.
Tanpa
menjawab soalanku Adam menuju ke ruang dapur dimana aku sedang sibuk
memindahkan sebahagian asam pedas ku ke dalam mangkuk corelle. Dia berdiri
memerhatikan aku membuat kerja sambil mencapai kacang cocktail yang berada di
atas bar kaunter.
“I
tak suka you masuk rumah ni sesuka hati you,” ujarku selamba tanpa menoleh kea
rah Adam. Aku tahu dia
berada di dapur. Aku dapat menghidu colognenya.
“Erm
ni kan rumah
I,” jawabnya dengan wajah tak bersalah.
“You
yang suruh I duduk sini kan ,”
ujarku seraya mengacu senduk ke arahnya. Adam undur setapak kerana khuatir kuah
asam pedas itu terkena bajunya.
“You
yang nak merasa duduk di condo mewah, so I benarkan you duduk sini,” jawab Adam
seraya tersengih.
Aku
mengetap bibir menahan geram. Si Vampire ni memang suka naik kan kemarahan aku. Memanglah aku suka
tinggal condo dia. Apa taknya cantik dan selesa. Kadang-kadang aku buat condo
dia macam rumah aku. Semua perabot dan perkakas condo ini milik Adam. Aku
pindah kemari hanya membawa suitcase besar berisi pakaian dan barang peribadiku
sahaja. Condonya macam suite di hotel 5 bintang. Siapa yang tak suka. Hehe.
“Whatever,”
jawabku seraya mengangkat mangkuk corelle berisi kuah asam pedas lalu menuju
kea rah ruang makan. Adam hanya memerhatikan gerak geri ku dari ekor matanya.
Namun hendak membantu tidak sama sekali. Berdiri macam tiang lampu.
“You
masak semua ni,” soal Adam ingin tahu.
“Tak-tak
I call for catering,” jawabku selamba menyusun buah-buahan di atas piring lalu
menyerahkan kepada si Vampire. Biar dia makan buah tu supaya mulutnya senyap
tidak menyakitkan hati orang. Aku menjeling kea rah jam di dinding menunjukkan
pukul 7.40 mana si budak Nadia belum balik. Janji dia akan sampai sebelum pukul
7.30.
Tiba-tiba
telefon di ruang tamu berdering nyaring. Aku menjeling kea rah Adam.
“If
you don’t mind tolong angkatkan telefon,” ujarku seraya menjeling lagi.
Tanpa
banyak soal Adam mengangkat telefon lalu duduk di sofa. Kurang 2 minit dia meletak telefon kembali ke tempat
asalnya.
“Nadia
couldn’t make it for dinner, looks like only two of us” ujarnya tersenyum lalu
menuju ke dapur. Kembali menyibukkan diri di dapur.
“Can
you please be seated at dining area, jangan sibuk-sibuk kat sini rimas,” ujarku
sengaja hendak menyakitkan hatinya. Sebenarnya aku tidak berasa selesa bila berduaan dengan si Vampire ni.
Kalau di luar tak apa juga. Ini kat rumah, semacam kekok aku di buatnya. Serba
serbi tak kena apa taknya si Vampire ni sedari tadi asyik perhatikan gerak
geriku. Aku perasan cuma aku tak hendak fikirkan sangat. Bahaya woi dealing
dengan si Vampire ni bukan boleh di percaya sangat. Kena tetapkan hati bila
berurusan dengan dia. Silap hari bulan boleh termakan dengan seductionnya.
Pernah tengok cerita Dracula tak? Tahu macamana dia lure mangsanya.
Aku menyenduk nasi lalu meletakkannya
di atas pinggan Adam.
“Sikit aje,” ujar Adam bila aku hendak
menyenduk kali kedua. Aku menjeling bila dia berbuat
demikian. Kan aku dah kata dia tak reti makan nasi. Dia cuma reti makan pasta
dan steak aje. Nasib baiklah aku masak tak banyak.
“Bon appetite,” ujarku selamba seraya
meneguk ice lemonade. Adam terpinga-pinga mencari sesuatu.
“Cari
apa,” soalku.
“Fork
and spoon,”
“Makan
nasi pakai tangan,” jawabku selamba seraya mencuci tangan di mangkuk kecil ku
sediakan khas untuk mencuci tangan. Adam mengerutkan dahinya bila aku berkata
demikian. Hendak tak hendak terpaksa dia akur. Dia mencuci tangan dan
memerhatikan aku.
“Dah
baca doa makan,” soalku seraya tersenyum menyindir.
“Err
doa makan, hmm dah dalam hati,” ujarnya seraya berdehem kecil. Aku mengekek
kecil bila terpandang akan wajah lucu Vampire terkedu bila aku menyuruhnya
membaca doa makan. Nampak sangat tak pernah baca doa makan. Adam memandang kea
rah ku seolah-olah menanti aku melakukan sesuatu untuknya. Aku tahu dia mahu
aku melayannya. Sorry self service. Dah bagus tu aku masak. Aku bukan servant
dia atau butler dia. Bila aku buat-buat tak tahu. Dia menyinsing kemeja lengan
panjangnya ke paras siku. Adam menyenduk sedikit kuah asam pedas dari mangkuk
dan mengambil isi ikan pari. Dia menyenduk sayur kobis goreng dan telur dadar.
Kekok dibuatnya bila dia di kehendaki makan nasi mengunakan tangan. Aku
tersenyum-senyum sendiri bila melihat Adam terkial-kial makan. Mat saleh celup
yang tidak pernah makan mengunakan tangan. Aku menantikannya menyuap nasi ke
dalam mulutnya.
Adam
tersedak tiba-tiba. Aku segera bangun dari kerusi lalu menyerahnya ice lemonade
yang ku tuang tadi spontan tangan ku mengurut belakangnya perlahan.
“Are
you ok, tak kan pedas sikit tak boleh tahan,” sindirku seraya tersenyum.
“I’m
ok,” ujarnya lalu meneguk ice lemonade yang ku beri tadi. Dia menyenduk lagi
kuah asam pedas ikan pari ku ke pinggannya.
Aku
mengerutkan dahi merasa hairan terang-terang dia tidak boleh tahan pedas. Tapi
mengapa dia masih lagi mahu menunjukkan bahawa dia boleh makan pedas. Aku malas
hendak halang biarlah dia makan asalkan jangan pengsan sudah. Kalau dia tak
tahan pasti dia berhenti makan. Aku makan sesenduk nasi sahaja pasal tank aku
tak besar. Mataku menjeling kea rah Adam yang tiba-tiba menambah nasi ke
pinggannya. Aku tersenyum meleret. Aikk tadi kata nak sikit aje. Apa dia takut
aku masak tak sedap agaknya sebab itu dia makan sikit tadi. Aku bangkit dari
tempat dudukku.
“You
dah habis makan, temankanlah I,” ujarnya menoleh kea rah ku.
Aiikk
nak makan berteman pulak. Aku duduk kembali mengadap Adam makan. Selera betul
nampaknya hinggakan kuah asam pedas aku di hirupnya dan tak kekok lagi
mengunakan tangan. Hehe. Cuba kau orang bayangkan superman (pasal rupa dia
macam Brandon Routh) makan nasi mengunakan tangan dengan lauk asam pedas ikan
pari. Cute kan walaupun muka merah padam menahan pedas. Aku mengambil pinggan kosongnya
seraya berlalu ke sinki. Adam mengekor aku dari belakang dan hampir sahaja aku
terlanggar dirinya yang berdiri betul-betul rapat di belakangku. Hampir sahaja
aku tercium pipinya bila dia menyelit membuka paip sinki untuk mencuci
tangannya. Macam tak boleh
tunggu aku beredar dari sinki tu. Sengajalah tu. Nak marah dia dah besar
kerbau. Penat tau asyik nak marah orang aje. Aku tidak berganjak kerana takut
terpeluk dia pulak nanti. Biar dia habiskan urusannya. Adam menutup paip lalu
mencapai tuala kecil yang tergantung tidak jauh dari sinki dan mengelap
tangannya kering.
“Hah
kalau you nak dessert, I serve you later, nothing fancy, cuma bubur kacang
durian aje, so for the time being buatlah macam rumah sendiri I ada hal
sekejap,” ujarku memandang tepat ke wajah tampannya. Adam membuahkan senyum.
Aku segera memandang kea rah lain lain takut terpikat pula dengan Vampire ni.
“Ok,”
jawabnya sepatah lalu menuju kea rah ruang tamu. Adam mencapai remote lalu
menekan suis TV. Dia duduk menyandarkan badannya di sofa. Aku menuju kea rah
bilik.
No comments:
Post a Comment