Sunday, 5 May 2013

"How Can I Not Love U" - Part 11

Seminggu kemudian


Aku menepuk bahu Nadia perlahan. Nadia menoleh ke arah belakang bila terasa seseorang menepuk bahunya. Dia memandang kearah wanita yang berdiri di belakangnya itu dari atas hingga ke bawah. Wanita cantik itu mengenakan blouse peplum berwarna beige dipadankan dengan tight slack hitam dengan kasut hitam stiletto dari Jimmy Choo. Assesori rantai panjang halus dari mont blanc, charm bracelets yang dipakainya itu matching dengan pakaian yang dikenakan. Wanita itu kelihatan anggun dan vogue.

 
“Era,” ujarnya teragak-agak ingin kepastian bahawa wanita anggun yang berdiri di hadapannya itu adalah teman karibnya Era yang dia tidak bertemu semenjak seminggu yang lalu. Semenjak dia menjadi teman wanita Adam Matin Salvatore.

 
“Ye aku Era, tak kanlah kau tak kenal lagi,” ujarku tersenyum bila Nadia kelihatan terperanjat dan tidak percaya akan penampilan aku sekarang. Apa hendak buat imej girlfriend orang kaya. So dari top to toe harus dijaga. Pada awalnya aku tidak biasa jugalah, kerana aku terpaksa apply full make up dan hampir setiap hari ke salon untuk mendapatkan rambut yang sihat dan cantik. Selama ini, mana pernah aku apply full make up, jangan katakan eye shadow, mascara pun aku tidak pernah gunakan. Oleh kerana kerana aku tidak pandai bermake-up. Adam mendapatkan khidmat make-up artist untuk mengajar aku teknik-teknik bersolek dan berdandan. Aku punya seorang driver untuk menghantar ku kemana sahaja yang aku hajati dan Adam menyediakan aku condominium untuk aku diami selama 3 bulan. Ehem, sebelum kau orang memikirkan perkara yang bukan-bukan. Adam tidak tinggal bersama aku di condominium tersebut. Condo itu adalah salah satu property yang di belinya. Orang kayalah katakan.

 
“Oh my goodness is that you Era, you look gorgeous,” jerit Nadia kuat cukup membuatkan orang yang berada di Starbucks tempat Nadia menunggu aku memandang kearah kami. Aku tersenyum meleret bila Nadia berbuat demikian. Yelah selama ini, aku sahaja yang memujinya cantik, baju, kasut dan apa-apa yang dipakai Nadia semuanya cantik-cantik belaka. Ini merupakan kali pertama Nadia memujiku, selama ini dia asyik mengutuk aku sahaja kerana katanya aku tidak pandai melawa. Kembang jugalah hidung aku, bila orang secantik Nadia memuji diriku cantik.

 
“Thanks,” jawabku ringkas masih lagi tersenyum gembira.


“So how are you? kenapa dah lama tak call, kau buat aku risau aje, so ceritakan pada aku apa yang kau dah buat selama seminggu dengan Adam,” soal Nadia laju tak ubah seperti keretapi express yang break default.

 
“Rileks babe, tarik nafas, cool down,” ujarku perlahan seraya meletak Gucci bag edisi terbaru di atas meja. Sengaja hendak ku tayangkan kepada Nadia. Bukan berniat hendak menunjuk pada Nadia, kerana Nadia mampu membelinya. Sekadar hendak berkongsi kegembiraan ku kerana dapat juga merasa mengunakan bag Gucci yang sebelum ini tidak pernah aku terfikir untuk memilikinya kerana harganya sahaja cukup untuk membayar 2 bulan gaji aku.

 
“Wow Gucci new limited edition, sapa belikan Adam,” soalnya ingin tahu seraya membelek-belek bag tersebut.

 
“Sewa aje, lagipun kan ke aku hendak kena pulangkan balik pada vampire tu,” ujarku seraya mencebek bila setiap kali menyebut nama gelaran yang aku berikan untuk Adam. Aku memanggilnya Vampire kerana lelaki itu gemar menaikkan darah aku bila berbicara dengannya.

 
“Vampire? sapa vampire,” soal Nadia kurang mengerti, siapa vampire yang dimaksudkan Era.

 

“Adam Matin Salvatore,” jawabku sambil lewa.

 
“Ohh sekarang vampire, jangan jatuh hati pada vampire tu sudahlah,” usik Nadia seraya tersenyum meleret. Bila Era sudah pandai memberi  nick name manja untuk Adam.

 
“Mana ada, makan darah aku adalah, aku dengan dia macam anjing dengan kucing, kutuk mengutuk, kena mengena, sebab tu aku gelar dia vampire pasal suka kasi darah aku up aje,” komplen ku mengenai Adam kepada Nadia. Suka sangat mengkritik dan sakitkan hati orang. Macamlah dia itu perfect sangat.

 
“Ye ke, kalau tidak kerana Adam, kau tidak dapat merasa ini semua, kasilah dia some credit,” bela Nadia. Sungguhpuh dia tahu akan perangai Adam begitu, dari mana dia mendapat tahu sedikit sebanyak mengenai diri Adam dari teman clubbingnya Andy, juga merupakan salah satu Director di syarikat Adam.

 
Aku menjeling bila Nadia berkata demikian. Kalau dah lawyer tu memang macam tu ada sahaja hujah-hujahnya.

 
“Yalah aku tahu, kalau tidak kerana dia aku masih lagi Era yang macam ulat dalam kepompong, sekarang aku kupu-kupu,” ujarku lalu tersenyum.

 
“Enough said, kesihatan kau bagaimana, kau masih tak mahu dapatkan treatment,” soal Nadia tiba-tiba berubah serius. Dia bukan hendak merosakkan kebahagian Era. Tetapi sebagai kawan, dia risaukan akan kesihatan Era. Kalau dengan menjalani treatment dapat membantu Era, dia tidak akan berputus asa untuk memujuk Era. Dia sayangkan Era. Era sudah di anggap seperti saudaranya sendiri.

 
“Alhamdullilah ok, aku tahu kau bimbangkan aku, keputusan aku masih sama, aku tidak akan pergi ke hospital untuk menjalani treatment,” jawabku perlahan. Aku tahu Nadia tidak akan putus asa memujukku. Tapi aku sudah nekad.

 
“You know I won’t give up, I’ll keep trying till you change you mind, I love you Era, you’re my best friend,” ujar Nadia seraya memelukku erat. Aku membalas pelukannya. Sebak hatiku bila Nadia berbuat demikian. Aku pun sayangkan dia. Dialah kawan sejatiku.

 
“Ok dah, kau jangan cairkan make up aku, penat aku berdandan tadi tau,” usikku seraya meleraikan pelukan.

 
“Tak sangka minah kampong ni cantik, rugi kalau Adam tak jatuh hati pada kau, nasib baiklah aku perempuan, kalau lelaki dah lama aku tackle kau,” ujar Nadia lalu tersenyum. Wajah Era di pandang lama. Dia tidak sedar selama ini wajah Era saling tak tumpah macam pelakon smallville Kristin Kreuk kerana Era sebenarnya pun ada darah kacukan cina, sehinggalah ke hari ini, bila temannya itu diberi peluang untuk menampilkan kecantikannya. Rupa parasnya senyumannya sama.

 
“Eh aku suka lelaki ok, kau jangan buat pasal,” jawabku seraya mencapai bag Gucci sewaku. Kami berjalan menuju kearah restaurant Saffron yang di tempah oleh PA Adam. Senang hidup kalau hendak kemana-mana ada orang yang menguruskan. Seperti Tai-tai rasanya.
 
To be continue...

No comments:

Post a Comment