Anisha
duduk di sofa mengadap peti televisyen di hadapannya. Dr Azman dan isterinya
turut berada di sofa menonton bersama. Sesekali mereka ketawa bila lakonan dari
pelakon tersebut mencuit hati. Tapi Anisha tidak sedikit pun tersenyum mahupun
ketawa. Walaupun matanya mengadap peti tv tapi fikirannya melayang entah ke
mana. Dr Azman mengelengkan kepalanya bila Anisha tidak rasa terhibur.
Keadaannya masih sama dan tiada perubahan. Dr Azman dan isterinya pernah membawa
Anisha ke Sweden agar Anisha dapat menikmati keindahan alam semula dan sedikit
sebanyak dapat dia melupakan kisah silamnya. Namun Anisha tetap sama.
“Anisha,
Puan Hasnah jemput kami sekeluarga untuk kenduri anaknya minggu hadapan,” tegur
Puan Aini cuba menarik perhatian Anisha agar gadis itu tidak termenung.
Anisha
menoleh kearah Puan Aini cuba membuahkan senyum.
“Mama
dan papa pergi, Anisha duduk rumah sahaja,” ujar Anisha ringkas lalu memandang
ke arah peti tv.
Puan
Aini menarik nafas dalam. Dia sudah dapat mengagak jawapan itu yang akan Anisha
selalu berikan. Ini bukanlah kali pertama Anisha menolak bila mereka
mengajaknya menghadiri majlis mahupun kenduri sudah banyak kali. Dia tidak mahu
memaksa Anisha sekiranya dia tidak mahu pergi, tapi sambil bila Anisha hendak
berkeadaan sedemikian. Tidakkah Anisha mahu merasa hidup gembira setelah dia
dapat melihat semula. Tidakkah mahu memulakan kehidupan yang baru.
“Anisha
pergi samalah ya,” pujuk Puan Aini. Sudah banyak kali Anisha menolak
pelawaannya namun dia tidak putus asa dan berharap satu hari Anisha akan
menerima pelawaannya.
Anisha
tidak menjawab dia hanya mendiamkan diri.
“Baiklah
mama, Anisha pergi,” jawab Anisha lambat-lambat, dia bangkit dari sofa lalu
menuju kea rah biliknya.
Ramai
tetamu yang menghadiri kenduri doa selamat kepulangan Amirul dan tahlil di rumah Puan
Hasnah. Rumah mewah 3 tingkat itu bergema kedengaran orang membaca yassin dan
tahlil. Amirul duduk di antara pakciknya
dengan Dr Azman suami kenalan mamanya. Dia cuba bersikap ramah pada tetamu yang
hadir walaupun hakikatnya dia masih lagi bersedih. Setelah yassin dan tahlil
habis dibaca. Amirul menadah tangan mengaminkan doa yang dibaca oleh Tok Aji
Sulaiman. Dia menoleh kearah ruang dapur dimana mamanya turut berada. Wajah
sayu mama itu membuatkannya sebak. Walaupun mama tidak lagi menangis seperti
dahulu dan cuba menunjukkan wajah tenang bila setiap kali berdepan dengannya
dan cuba mengembalikan keadaan seperti biasa. Namun dia tahu mamanya itu masih
lagi bersedih dia atas kehilangan Affendy. Terkadang Amirul mahu menjadi
seperti mamanya. Seorang wanita yang tabah. Amirul melirik kearah gadis cantik
berselendang hijau dan berkurung putih yang duduk bersebelahan dengan mamanya.
Gadis yang tidak pernah dikenalinya mahupun ditemuinya sebelum ini kelihatan
muram dan turut bersedih. Cahaya dari sinar matanya kelihatan sayu. Hati Amirul
berdetik. Kenapa dia bersedih? Apa yang membuatkannya bersedih? Amirul
tersentak bila Dr Azman mahu bersalaman dengannya.
“Amirul
bukan?,” soal Dr Azman.
“Saya,
Dr Azman?” soal Amirul pula menyambut salam Dr Azman.
“Selamat
pulang, dengar dari mama Amirul, Amirul berada di Australia hampir 5 tahun
belajar disana,” ujarnya seraya tersengih.
“Ye,
selepas habis sekolah saya terus melanjutkan pelajaran di Australia dan sambung
lagi sehingga mengdapat master, saya dengar Dr Azman berhijrah di Sweden dan
tak sangka pula Dr mengambil keputusan pulang ke tanahair,” ujar Amirul ramah.
Dia banyak terdengar dari mama dan arwah papanya bercerita tentang Dr Azman. Dr
Azman dahulu kenalan rapat papanya. Tapi hubungan mereka terputus bila Dr Azman
melanjutkan pelajaran ke luar negeri dan seterusnya bermastautin di sana.
Menurut mamanya, Dr. Azman hanya berpindah balik ke Malaysia 2 tahun yang lalu
dan bekerja di hospital tempatan. Jadi Amirul tidak terperanjat bila Dr Azman
tidak kenal akan dirinya dan Amirul tidak berkecil hati.
“Dah
tempat tumpah darah sendiri, kata orang hujan emas di negeri orang hujan batu
di negeri sendiri, walau macamana pun tetap nak balik duduk negeri sendiri,”
Amirul
menganggukkan kepalanya bersetuju dengan pendapat Dr. Azman.
“Amirul
bekerja dimana sekarang,” soal Dr Azman.
“Tujuan
saya hendak bekerja di States selepas master, tapi saya tidak sanggup hendak
tinggalkan mama seorang disini,” jawab Amirul. Matanya sempat melirik ke arah
dapur dimana mamanya dan tetamu wanita sedang sibuk menyediakan hidangan untuk
tetamu lelaki. Tetapi gadis cantik tadi tidak kelihatan.
“Hmm
baguslah kesian mama kamu tinggal sendirian, mama kamu hanya ada anak seorang
sahaja, eh kamu tak makan sama ke,” ujar Dr Azman bila mereka menghidangkan
makanan di hadapan mereka.
Amirul
hanya tersenyum kelat bila Dr Azman berkata demikian. Dr Azman tidak tahu
bahawa mamanya punya seorang anak lagi kerana semasa dia kecil dahulu dan
ketika Dr Azman dan isterinya masih berada di Malaysia mama dan papa masih
belum mendapatkan anak angkat, jadi Dr Azman tidak tahu akan arwahnya Fendy.
Lagipun ke semua gambar arwah yang dahulunya di gantung di ruang tamu sudah
mama simpan di album tidak mahu di gantung kerana mama tidak mahu berfikir
Affendy akan pulang suatu hati nanti walaupun hakikatnya dia tidak akan pulang.
Mama lebih senang menyimpan gambar arwahnya di bilik.
“Jemput
makan Dr Azman, saya masih kenyang lagi, saya minta diri dulu assamualaikum,”
ujar Amirul lalu meninggalkan Dr Azman. Amirul menanggalkan songkoknya lalu dilipat.
Dia menuju kearah beranda cuba mengambil angin dan untuk menenangkan fikiran.
Tiada sebutir bintang yang kelihatan di langit gelap. Hanya bulan sahaja yang
kelihatan mengambang penuh. Amirul mengeluh perlahan. Dia menyeluk saku baju
melayunya lalu mengeluarkan sebatang rokok dan menyalakannya. Amirul menyedut
lalu menghembus asap rokok ke udara. Berlumba-lumba asap keluar dari mulutnya.
Amirul melirik kearah kanan dan agak terperanjat bila menyedari bahawa dia tidak
bersendirian ketika itu. Gadis cantik yang di carinya berdiri tidak jauh
darinya. Gadis itu hanya berdiri seraya memandang kearah laut tidak sedikit pun
menoleh kearah Amirul. Amirul berdehem kecil cuba mendapat perhatian dari si
gadis. Si gadis tidak menoleh bila dia berbuat demikian.
“Assalamualaikum,”
Amirul memberi salam.
“Waalaikumsalam,”
jawab gadis tersentak kerana baru menyedari bahawa dia tidak sendirian di
beranda. Cepat-cepat dia menyeka airmatanya dan menoleh kearah orang yang
memberi salam. Mata bundarnya kelihatan berkaca dan ada sisa air mata. Hati
Amirul tiba-tiba tersentuh bila melihat wajah sedihnya.
“Maaf
kerana menganggu, saya Amirul,” ujar Amirul tanpa menghulurkan tangannya. Dia
pasti si gadis tidak akan menyambut salamnya. Si gadis hanya mendiamkan diri menjawab
tidak senyum pun tidak. Sukar untuk Amirul membaca akan expresi wajah gadis itu
selain dari sayu dan muram.
“Maaf,
saya minta diri dulu,” ujarnya seraya berlalu wajahnya ditundukkan lalu meninggalkan
Amirul sendirian di balkoni. Amirul hanya mampu mengiringi gadis itu dengan
pandangan keliru.
“Kenapa
abg Mirul duduk seorang di balkoni,” tegur Aina bila dilihat abang sepupunya
Amirul bersendirian di balkoni dan tidak di ruang tamu bersama tetamu yang
hadir. Setahu Aina abang Amirulnya itu seorang yang peramah dan ceria. Jarang
sekali dia duduk sendirian begini.
“Aina
perasan tak ada seorang perempuan baru sahaja berlalu dari balkoni ni,” ujar
Amirul tanpa menjawab soalan Aina.
“Perempuan
yang pakai selendang hijau tu, oh itu kak Anisha anak Dr Azman, kenapa,” soal
Aina. Memang dia ternampak Anisha baru sahaja berlalu dari balkoni. Dia nampak
wanita muda tergesa-gesa keluar seakan mahu melarikan diri. Tadi dia ada juga
cuba untuk berbual dengan Anisha, Anisha menjawab tapi bila di tanya sepatah,
sepatah juga jawapan yang di beri. Dia tidak faham kenapa Anisha terlalu
pendiam dan tidak suka bercampur dengan sesiapa. Selepas membantu di dapur dia
terus menghilangkan diri. Tidak mahu makan atau minum bila di ajak. Pelik
sungguh. Sayang sekali wajahnya yang cantik itu tidak di temani senyuman manis
di bibirnya. Wajahnya kelihatan sugul dan tidak bermaya. Sesekali Aina perasan
bahawa mata wanita itu berair seakan baru lepas menangis. Entahlah hendak
bertanya takut Anisha tidak suka dan menganggapnya kepo.
“Anak
Dr Azman,”
“Hah
ni mesti abg Amirul ganggu dia sampai dia menangis kan,” usik Aina. Dia perasan
Anisha banyak mendiamkan diri semasa majlis tahlil tadi dan dia kelihatan
sedih. Tak sampai hati pula Aina hendak bertanya kenapa dia bersedih. Apa yang
dia tahu anak Dr Azman tu baru kehilangan orang yang disayanginya.
Amirul
tersengih bila Aina berkata demikian. Pelbagai soalan bermain di fikirannya.
Kenapa gadis itu bersedih hati? Apa yang membuatkannya sedih? bisik Amirul dia
benar-benar ingin tahu.
To be continue...
No comments:
Post a Comment