“Syukur kerana tiada
komplikasi yang terdapat di urat sarafnya, kami cuma perlu membuat pemindahan
tisu dari cornea mata Anisha kerana Anisha bukan di lahirkan buta, masih ada
harapan lagi untuk memulihkan penglihatannya,”ujar Doktor Azman seraya meneliti
filem dari hasil x-ray yang diambil tiga hari lepas. Hasil dari x-ray tersebut
menunjukkan mata Anisha dapat dipulihkan dengan melakukan pembedahan dengan
kaedah pemindahan tisu.
Anisha dan Fendy tersenyum gembira dan
bersyukur kerana menurut Dr Azman lagi sekiranya kajian dan x-ray sudah
dijalankan tidak menunjukkan tanda kesukaran mereka akan menjalani pembedahan
ke atas mata Anisha seawal minggu depan.
“Saya sudah tetapkan tarikhnya 29 ni
untuk pembedahan Anisha,” ujar Dr Azman seraya mencatat sesuatu di rekod
pesakitnya.
“29,” ulang Affendy ingin mendapat
kepastian dari Dr Azman.
“Ya 29 haribulan,”
“Boleh Dr tetapkan pada hari lain,
minggu selepas 29 haribulan,” ujar Affendy lagi.
Dr Azman tidak menjawab dia meneliti
jadual di screen computer dan mengelengkan kepalanya.
“The next available date would be 7
Oct,”
Oct. Terlalu lama. Dia bercadang
hendak memperkenalkan Anisha kepada mamanya awal bulan oct kerana masa itu
Anisha sudah pulih sepenuhnya dan lagi mamanya hendak mengadakan majlis
pertunangannya pada 12 haribulan dua hari selepas Amirul pulang.
“Kenapa bang,” ujar Anisha dari nada
suara Affendy dia dapat merasakan bahawa Affendy seakan keberatan.
“I won’ be around during that time,
I had an important meeting in Vanice and only be back the next day 30th,”
terang Affendy. Dia mahu memastikan bahawa dia hadir semasa pembedahan itu
dijalankan. Anisha memerlukannya.
“Tak apalah bang, Faezah boleh menemani
Anisha, pekerjaan abang penting, lagipun abang balik 30 haribulan,” pujuk
Anisha lembut. Dia tahu hati Affendy berbelah bagi. Anisha tidak mahu
membebankan Affendy. Lagipun Affendy pulang ke tanahair pada sehari selepas
pembedahannya.
“Betul Anisha izinkan abang pergi,”
ujar Affendy.
Anisha menganggukkan kepalanya
walaupun terasa berat untuk melepaskannya pergi.
To be continue...
No comments:
Post a Comment