Aku tersedar kembali bila kedengaran suara
samar-samar seorang lelaki memanggil namaku. Pipiku di tepuk perlahan
berkali-kali. Aku cuba membuka mataku perlahan. Wajah pertama yang aku lihat
adalah Adam Matin Salvatore kerana lelaki itu berada di depan mataku. Diakah
yang memanggil namaku tadi. Aku menoleh ke kanan Nadia kelihatan pucat melihat
keadaanku. Kesian Nadia selalu sangat aku buatkan dia risau.
“Are you ok,” soal Adam bila di
lihatnya Era sudah mula sedar.
Aku mengangguk perlahan. Tidak tahu kenapa
aku boleh jatuh pengsan. Belum pernah aku pitam sebelum ini. Apa sebabnya.
Mungkinkah kerana aku tidak menjamah sebarang makanan sebelum keluar rumah tadi
maka aku pengsan.
“Kita balik sajalah Era, you are not
well,” ujar Nadia dengan wajah risau. Ikutkan hati hendak sahaja dia memanggil
ambulance untuk membawa Era ke hospital sebaik sahaja dia pengsan khuatir akan
penyakitnya datang menyerang.
“Aku tak apa-apalah Nad, aku pitam sebab
aku tak makan tadi,” ujarku seraya bangun perlahan dari atas sofa dimana aku di
baringkan tadi. Aku duduk bersandar di sofa cuba menstabilkan diriku agar aku
tidak mabuk lagi. Nadia menyerahkan aku air putih untuk aku minum. Aku mencapai
gelas dari tangan Nadia lalu meneguk air putih itu perlahan. Adam duduk
memerhatikan aku. Aku menyerahkan gelas yang kosong itu kepada Harris yang
kebetulan berada di hadapanku.
“You didn’t eat dinner tadi,” celah
Adam serius seraya memandang wajahku. Gerun juga aku di buatnya bila si Vampire
itu menunjukkan wajah serius macam hendak makan orang.
Aku mengelengkan perlahan tanpa
memandang ke arahnya. Takut. Manalah tahu tetiba-tiba taring keluar. Dia kan ke
Vampire.
“You nak makan apa, I suruh Harris belikan,”
ujarnya lembut tapi nada suaranya masih serius. Baik lah pulak si Vampire ni. Dia risaukan aku ke? Tadi bukan main loratnya
dia bersama-sama perempuan-perempuan berdua tu. Tidak sedikitpun memikirkan perasaan
aku. Aku jealous tahu tak? Jeritku dalam hati. Mana mungkin aku hendak mengaku di
depannya bahawa aku sebenarnya jealous bila dia berbuat begitu pada perempuan-perempuan
itu. Faham-faham sendirilah. Tak umpama aku langsung. Dia kan ke kekasih aku,
walaupun kekasih selama 3 bulan sahaja. Cuba kalau aku pula yang buat begitu pada
dia. Boleh dia terima? Entahlah. Kemungkinan besar Adam akan buat tidak tahu
sahaja bila aku bersama lelaki lain, si Vampire tu bukan boleh di harap. Dia
bukannya ada perasaan dan hati perut. Cemuhku dalam hati.
“I’m ok tak payah
susah-susah,” jawabku dengan wajah selamba. Merajuk lah pulak. Aku masih sakit
hati akan perbuataannya tadi. Aku mencapai pepsi lemon twist yang ku pesan tadi
lalu meneguknya sehingga habis. Nasib baik perempuan-perempuan itu tidak lagi
berada di sini dah berambus, kalau tidak aku heret Harris ke dance floor lagi
dan kali ini aku akan perform seksi dance hinggakan Adam sendiri pun tidak
sanggup hendak melihatnya. Hehehe..acah aje. Kau orang ingat aku berani. Itupun
aku merasa segan hendak berbuat demikian kerana tidak tahu samada Harris itu
suaminya atau tunangan. Dan aku tidak mahu menyakitkan hati kaum ku. Lainlah kalau
si Vampire tu. Dia terang-terangan bukan suami orang atau tunangan orang. Dia
tu Dracula tak cukup dengan satu.
“Degil,” ujarnya
perlahan tapi cukup jelas di pendengaran aku. Aku tidak terasa hati pun bila
dia berkata demikian. Memang aku degil. Kalau Nadia tidak dapat memujuk aku, dia
ingat dia boleh. Aku berpura-pura tidak dengar akan komennya. Lantaklah apa yang
hendak dia fikirkan tentang aku. Aku tidak ambil pusing. Nak cakap aku perempuan
gila ke perempuan sewel ke perempuan kepala angin. I don’t give a damn.
Tiba-tiba vj
memutarkan lagu “Bad Romance” dari Lady Gaga. Lagu yang aku nak request tadi
untuk si Vampire, bila dia menyindir aku old school. Tak sangka vj tu macam
tahu aje aku hendakkan lagu itu. So apa tunggu lagi. Aku tiba-tiba bangkit dari
sofa lalu menarik lengan Nadia yang terpinga-pinga bila aku berbuat demikian.
Yelah tadi pengsan ni tiba-tiba segar pula. Kali ini Adam tidak duduk diam di
sofa. Dia turut ikut serta kami berdua di ruang tarian dan menari betul-betul di
belakang aku. Aku buat dunno aje. Malas hendak layan.
Rah-rah-rah-ah-ah-ah
Roma-Roma-mamaa
Ga-ga ohh la-la
Want ur bad romance
I want ur luv and I want ur revenge
U and me could write a bad romance
Oh-oh-oh
I want ur luv and all ur lovers’ revenge
U and me could write a bad romance
Harris pun turut serta menari.
Maklumlah kemana sahaja aku pergi dia terpaksa mengekor, dari berdiri seperti
patung yang tidak bernyawa apa salahnya dia join sekaki menari bersama. Aku
menarik Harris untuk menari denganku. Membiarkan Adam dengan Nadia. Adam
menarik tanganku dan memusingkan badanku ke arahnya. Aku menjelingnya. Apa gila
mamat celup ni. Aku tak hendak menari dengan dia pulak. Apsal sakit hati. Aku
memusingkan badanku kepada Harris semula. Adam menari di sebelah ku dengan
wanita mat saleh seksi pula kali ini. Aikk sekelip mata sudah berpindah partner
manakala Nadia dengan lelaki melayu yang tidak kurang handsomenya. Aku
menjeling kearah Adam dan minah saleh tu. Fuyoo menari tak agak-agak seksi
bangat mengalahkan coyote ugly. Tak sanggup aku melihatnya.
Si Vampire ni memang pantang di beri peluang. Cemuhku dalam hati. Ini tidak
boleh jadi. Kali ini aku pula yang menarik lengan Adam dan menyuruhnya menari
bersama aku. Adam tersenyum bila aku berbuat demikian. Ah jangan fikir aku
jealous ok. Aku tak sanggup tengok aksi seksi macam tu. Nak menari dengan orang
lain dengan aksi seksi macam tu, buat jauh dari penglihatan aku. Aku
tidak kisah tapi jangan didepan mataku, tak censor betul. Tiba-tiba datang
seorang lelaki ang moh menyelit di antara kami. Terperanjatlah aku juga. Dari
mana datangnya ang moh ni dan tetiba sahaja menyelit. Hehe. Boleh
tahan juga si ang moh ni not bad looking. Aku tersenyum meleret kerana tidak
menyangka ada juga ang moh yang hendak menari dengan aku. Kira aku ni laku
jugalah kan. Atau ang moh tu sememangnya sudah mabuk. Hehe. Lantaklah. Adam
menarik bahu ang moh tersebut.
“She’s mine,” ujar Adam kasar.
Ang moh yang menari denganku itu
membuat tidak endah akan amaran Adam dia masih menari denganku. Aku hanya
tersenyum tawar memandang wajah ang moh yang tidak kukenali itu. Aku tidak suka
cara Adam menegur ang moh itu. Kalau ye pun tak suka, cakaplah dengan
baik-baik. Adam tidak berpuas hati bila ang moh itu tidak pedulikan amarannya. Kecut juga aku bila si Vampire tu dengan kasarnya menarik
bahu ang moh itu. Eh sudahlah tu, ang moh tu hanya hendak menari aje, bukan dia
buat apa-apa pun. Yang si Adam nak baran sangat kenapa? Aku menepuk lengan Adam
memberi isyarat supaya dia bertenang. Chill ah. Dia jealous ke bila ang moh tu
menari dengan aku. Uikks orang macam dia pandai jealous ke? Tiba-tiba ang moh
yang rupa sebiji macam Matthew Bomer tu merangkul pinggang ku erat dan mahu
menciumku. Aku mula panic bila dia berani berbuat demikian. Ah ni sudah lebih
menari aje boleh. See no touch. Kali ini Adam tidak dapat mengawal perasaan
marahnya. Dia menarik badan mat saleh tu dan menolaknya ke tepi. Harris selaku pengawal
peribadi Adam segera menarik ang moh itu ke ruang bar. Nak tahu juga apa yang
akan terjadi kepada ang moh muka handsome tu. Dari jauh ku perhatikan Harris memanggil
seseorang yang berdiri tidak jauh darinya. Wah bukan satu sahaja pengawal
peribadi Adam ada lagi dua yang tidak aku kenali, dan Harris merupakan ketua
bodyguard. Wah seh. Seketika kemudian seorang bouncer Zouk yang aku lihat di
pintu gerbang tadi segera mendapatkan ang moh tersebut lalu di bawa ke tempat
mana aku tak tahu. Issk violent juga si Vampire ni. Nampak
aje macam cool.
“Dah balik,”
ujarnya ringkas lalu memaut tangan ku dan tangan Nadia. Kami berdua seakan di
heret Adam keluar dari Zouk. Adam sudah seperti seorang bapa yang menarik anak
dara mereka yang di bawah umur keluar dari disco. Semua mata memandang kearah
kami berdua sebaik sahaja kami berada di luar Zouk. Yelah macam kena halau.
Malu lah juga diperlakukan begitu.
To be continue...
No comments:
Post a Comment