Dunia terasa
gelap walaupun hakikatnya dia sudah dapat melihat kembali. Anisha merasakan
hidupnya sudah tidak bererti lagi tanpa abg Long. Anisha menangis
semahu-mahunya bila mendapat berita dari Dr Azman mengenai tragedi yang menimpa
insan yang disayanginya. Pemergian abg long sukar untuk dia terima. Berhari-hari
Anisha berendam air mata mengenangkan nasibnya yang malang . Dia menyalahkan dirinya sendiri kerana
memaksa abg long pergi walaupun hatinya begitu berat untuk melepaskannya pergi.
Kini abg long tiada lagi disisinya dan tidak akan kembali. Tiada lagi
kedengaran suara abg long memberinya semangat dan dorongan agar dia sabar dan tabah
menjalani pembedahan tersebut sebelum abg long berangkat ke Italy.
“Kak Nisa, sabarlah kak Nisa
berdoalah agar abg long ditempatkan di dalam golongan orang-orang yang
beriman,” pujuk Faezah seraya mengusap rambut Anisha perlahan. Faezah simpati
dengan nasib yang menimpa Anisha. Dia dapat merasakan betapa pilunya hati
Anisha bila mendapat berita kematian abg long. Insan yang banyak memberinya
dorongan dan sokongan kepada Anisha.
Anisha hanya membatukan dirinya.
Tiada lagi air mata yang dapat dicurahkan kerana air matanya sudah kering
menangisi permegian abg long. Dia hanya mampu menangis didalam hati. Dia tidak
berkesempatan untuk mengenali insan yang hanya di kenali sebagai abg long.
Tiada photo atau barang peribadi milik abg long untuk di jadikan kenangan.
Anisha tidak tahu di mana abg long tinggal dan tidak pernah mengenali keluarga
atau waris abg long. Dia mendapat berita tentang abg long melalui Dr. Azman
yang kebetulan cuba menghubungi abg long setelah beberapa hari selepas
pembedahan nya abg long tidak datang menjenguk mahupun menghubunginya.
Panggilan telefon dari Dr. Azman di sambut oleh pihak polis di Venice
menyatakan abg long terlibat dengan kemalangan jalan raya dan tidak dapat di
selamatkan.
“Kenapa abg long tinggalkan kak
Nisa, Faezah bukankah dia sudah berjanji hendak menjaga dan memperisterikan kak
Nisa,” ujar Nisa pilu.
“Sabarlah kak Nisa, Allah lebih
menyayanginya kak,” jawab Faezah cuba menahan airmatanya dari merembis keluar. Dia
tahu Anisha terlalu sayangkan abg long begitu juga abg long. Malah abg long
sudah berjanji akan ketemukan Anisha kepada mamanya sebaik sahaja Anisha pulih
dan akan menetapkan hari pertunangan mereka dalam masa terdekat ini.
Ajal, maut, pertemuan di tangan Allah,
kita hanya boleh merancang tuhan yang menentukan.
Amirul berdiri
termenung memandang ke luar jendela. Fikirannya kosong, sekosong hatinya. Dia sekan
tidak percaya bahawa abangnya kini tiada lagi. Seakan baru semalam Amirul mendengar
suaranya dan dapat berbual mesra dengannya. Abangnya begitu ceria bila dia
menyatakan bahawa dia akan pulang awal dari hari yang ditetapkan. Tak sabar
rasanya ingin bersua kembali setelah beberapa tahun Amirul berada di Australia
menamatkan pengajiannya dalam jurusan engineering. Amirul rapat dengan Affendy.
Sejak kecil terlalu akrab, sekolah bersama dan meminati sukan dan hobi yang
sama. Hanya bila mereka meningkat dewasa, mereka terpaksa berpisah kerana
Amirul ingin melanjutkan pelajarannya ke luar negeri manakala Affendy hanya
melanjutkan pelajaran di Universiti tempatan. Bukan dia tidak berkelayakan.
Layak. Dia tidak sampai hati hendak meninggalkan mamanya sendirian di Malaysia.
Begitulah besarnya hati Affendy. Amirul tidak pernah merasa cemburu bila
mamanya selalu memuji Affendy. Pada Amirul, Affendy seperti abang kandungnya
sendiri. Dia sanggup melakukan apa sahaja untuk membuatkan Affendy gembira
namun dia tidak pernah di beri berkesempatan kerana Affendy tidak pernah
memberinya peluang berbuat demikian. Amirul berterima kasih dan bersyukur kepada
Allah kerana memberinya seorang abang yang sebaik dan bertanggungjawab seperti
Affendy. Allah lebih menyayanginya. Dia hanya meminjamkan Affendy sementara
untuk mereka sekeluarga. Kehilangan Affendy benar-benar memberi tamparan hebat
buat mamanya. Saban malam mamanya menangis bila mengenangkan arwahnya. Amirul
sendiri tidak tahu bagaimana hendak memujuk mama supaya jangan bersedih dan
redha dengan ketentuan ilahi.
Pintu bilik diketuk perlahan. Amirul
tidak menjawab. Pintu bilik terkuak perlahan.
“Apa Mirul buat lama sangat dalam
bilik Fendy,”ujar mamanya perlahan. Matanya tidak boleh lelap. Dia hendak ke
dapur, bila dia melintasi bilik Affendy dari celahan pintu terdapat cahaya
seperti lampu di hidupkan.
Amirul tidak menjawab. Matanya liar
memerhatikan segenap penjuru bilik milik Affendy. Biliknya tersusun rapi.
Gambar arwah masih terletak di meja sisinya. Gambarnya tersenyum riang.
Buku-buku koleksi abangnya tersusun di rak buku dihadapannya. Abangnya pengemar
kereta racing kerana kebanyakkan buku yang dibelinya adalah buku berkenaan
kereta racing. Pernah menyatakan hasratnya untuk menjadi race car driver.
Affendy memang berbakat. Namun niatnya terkubur begitu sahaja bila mamanya
kurang menyenangi pilihannya kerana terlalu banyak risiko.
“Mama belum tidur lagi,” ujar
Amirul. Dia menatap wajah sugul mamanya. Walaupun tiada lagi air mata namun Amirul
tahu mamanya masih terasa kehilangan Affendy kerana Affendy yang rapat dengan
mama manakala dia jauh beribu-ribu batu.
“Amirul, mama hendak mengadakan
kenduri arwah 40 hari lusa,” ujar mamanya perlahan. Cuba menahan dari airmatanya tumpah
di depan Amirul.
“Baiklah mama,” jawab Amirul
menganggukkan kepalanya perlahan.
To be continue...
No comments:
Post a Comment