Sebaik sahaja Anesha
menunaikan solat zohor. Anesha pergi menuju ke bengkel di mana dia banyak
menghabiskan masa untuk membuat pasu bunga. Hampir seminggu bengkel itu tidak
dikunjunginya kerana sibuk. Hari ini dia punya masa yang terluang. Anisha
mengambil sebahagian tanah liat yang sudah dibancuhnya awal tadi ke atas meja
khas dimana dia akan cuba
membentukkan tanah liat itu kepada pasu ataupun tembikar. Hasil kerja tangan
Anisha sering di kagumi ramai orang. Banyak juga pasu-pasu yang dihasilkannya
di jual di pasar seni di atas pertolongan Puan Adila. Dan hasil dari jualan
pasunya Anisha mendermakan kepada tabung rumah anak Yatim Ehsan. Pasu yang Anisha
hasilkan hanya suka-suka sahaja dan dia sendiri tidak menyangka pasunya itu mendapat
sambutan dari pengunjung pasar seni. Anisha memang kreatif. Sejak kecil lagi
dia sudah menunjukkan minatnya terhadap membentuk sesuatu object itu dari
sesuatu benda yang dipegang dan cuba
membentukkannya seperti bentuk object yang dipegangnya tadi.
Kali ini Anisha ingin menghadiahkan
sesuatu buat insan yang teristimewa. Jari jemarinya yang halus itu menyapu
tanah liat yang sudah menjadi pasu bunga dengan sedikit air supaya dia dapat
membentukkannya kepada corak yang Anisha kehendaki. Kalau sesiapa melihat hasil
kerja tangannya tidak akan percaya bahawa orang yang membuat pasu tersebut adalah
seorang insan yang tidak dapat melihat. Anisha hanya mengikut naluri hatinya
untuk menghasilkan pasu-pasu yang cantik. Anisha meraba pasu itu dari atas
hingga ke bawah cuba
memastikan bahawa tiada apa yang mencacatkan pasu itu. Anisha tersenyum puas
setelah mendapati pasu tersebut sudah sedia untuk dikeringkan seterusnya
diberikan kepada yang istimewa.
“Assamualaikum Kak Nisa, abang Long
ada di pejabat, Puan Adila hendak berjumpa dengan kak Nisa” ujar Faezah
tercungap-cungap kerana penat berlari ke sana kemari mencari Anisha tidak tahu
kan Anisha berada di bengkelnya.
Anisha yang sedari tadi asyik
membelek pasu buatannya tersentak bila Faezah mengatakan jejaka yang disenangi
dalam diam datang berkunjung.
“Abang long datang,” ulang Anisha.
Gembira bercampur hairan. Apa tujuan abang long datang ke mari.
“Cepatlah kak Nisa dia sekarang berada
di bilik puan Adila,” ujar Faezah sambil memimpin Anisha. Berdebar-debar juga
hatinya hendak berdepan dengan abang long. Nisa sendiri tidak tahu kenapa dia
berperasaan sedemikian bila setiap kali mendengar Faezah menyebut abang long.
Apa yang Nisa tahu hatinya berbunga riang bila nama abang long disebut selalu.
Entahlah adakah ini dinamakan cinta? Tapi adakah abang long berperasaan
sedemikian terhadap dirinya atau sebaliknya? Nisa berdialog sendiri. Nisa
merasa rendah diri, dia sedar akan kekurangannya.
Faezah mengetuk pintu bilik puan
Adila berserta memberi salam kepadanya. Affendy dan Puan Adila menyambut
salamnya serentak. Affendy yang duduk tidak jauh dari Puan Adila memandang
tepat ke wajah gadis yang dirinduinya.
“Terima kasih Faezah, awak boleh
sambung kerja awak,” ujar Puan Adila serius. Tanpa banyak soal Faezah
meninggalkan Anisha bersama Puan Adila dan Affendy.
“Tujuan saya memanggil Anisha kerana
tuan kita ni ada hajat untuk Anisha,” Puan Adila memulakan bicara.
“Hajat,” bisik Anisha dalam hati.
Hajat apakah yang dimaksudkan oleh Puan Adila.
“Maksud kak Adila,” soal Anisha
ingin tahu apakah hajat abang long yang sebenarnya.
“Kak Adila serahkan perkara ini pada
tuan kita ni,” ujar Puan Adila seraya memandang kearah anak muda yang duduk
berhadapan dengannya.
“Abang long
berhajat untuk membiayai perbelanjaan pembedahan mata Anisha,” ujar Affendy
tenang dan lancar.
Anisha terdiam. Benarkah abang long
ikhlas ingin membantunya. Tapi kenapa abang long begitu baik padanya. Abang
long yang menyelamatkan nyawanya tempoh hari dan kali ini pula dia ingin
membiayai kos bagi untuk memulihkan penglihatannya.
“Saya minta maaf sekiranya hajat
saya ni agak keterlaluan untuk Anisha menerimanya, kalau Anisha tidak sudi saya
hormati keputusan Anisha,”ujar Affendy bila Anisha tidak menjawab. Dia sedar
kerana tidak berlaku adil pada Anisha. Dia tidak terlebih dahulu berbincang
dengan Anisha sebelum membuat keputusan bertemu dengan Puan Adila. Affendy
sedar akan kesilapannya tapi sudah terlambat kerana mungkin gadis itu sudah
tawar hati dengannya.
Puan Adila menoleh ke arah Affendy
bila Anisha tidak bersuara samada dia setuju ataupun tidak.
“Saya fikir ada baiknya Anisha dan
Affendy berbincang dahulu, saya minta diri sekejap,” ujar Puan Adila memberi
privacy kepada mereka berdua. Sebaik sahaja pintu ditutup. Affendy menoleh kearah Anisha dan menanti jawapan dari Anisha dengan penuh debaran.
“Saya terima cadangan abang Long,
cuma saya perlukan penjelasan yang sebenar daripada abang long, kenapa abang
long mengambil keputusan hendak membantu Anisha,” jawab Anisha.
Affendy menarik nafas dalam. Anisha
mahukan penjelasan. Patutkah dia memberitahu Anisha tentang isi hatinya
terhadap gadis itu? Bagaimana reaksi Anisha sekiranya dia memberitahu bahawa
dia mahu memperisterikan Anisha sebaik sahaja matanya pulih, adakah Anisha akan
menerimanya? Semalaman Affendy memikirkan segala macam kemungkinan yang bakal
dia terima sekiranya dia mengambil keputusan untuk memulihkan penglihatan
Anisha.
“Abang long hendak menjadikan Anisha
sebagai suri hidup abang long,” ujar Affendy perlahan namun ia amat jelas di
pendengaran Anisha.
Anisha tidak dapat menahan sebak
sebaik sahaja mendengar penjelasan ikhlas dari abang long. Tanpa di tahan air
matanya mengalir perlahan.
Affendy sudah bersedia menerima apa
pun keputusan dari Anisha samada ada yang baik ataupun yang buruk. Dia tidak
mahu memaksa Anisha atau mengambil kesempatan ke atas diri Anisha. Sekiranya
Anisha berubah hati setelah penglihatannya pulih Affendy tidak menyalahkan
Anisha. Sekurang-kurangnya Anisha dapat menjalani kehidupannya seperti orang
lain. Dapat menikmati keindahan alam ciptaan tuhan. Itu hajatnya yang sebenar
selain ingin menjadikan Anisha sebagai isterinya.
“Abang long beri Nisha masa untuk
memikirkannya, jangan kerana hajat abang long ini Nisha memaksa diri untuk
menerimanya, abang long tidak memaksa dan Nisha tidak perlu merasa terhutang
budi di atas pertolongan abang long ini, Assalamualaikum,” ujar Affendy.
To be continue...
No comments:
Post a Comment