Sepanjang
perjalanannya ke hospital Amirul tidak henti-henti memanjatkan doa agar pemuda
yang ditemui pihak hospital di Venice
6 bulan yang lalu adalah abangnya Affendy. Amirul tidak memberitahu sesiapa
tentang kunjungan ke Venice ,
baik Anisha mahupun mamanya. Amirul tidak mahu memberi harapan kepada mamanya
kerana dia sendiri tidak tahu siapa pemuda yang ditemui mereka. Pihak hospital
hanya memberitahu Amirul tentang pemuda itu kerana mereka percaya orang yang di
cari Amirul selama 6 bulan lalu adalah orang yang sama kerana menurut laporan
dari Amirul lelaki itu terlibat dalam kemalangan. Mereka mahukan pengesahan
dari Amirul kerana pihak polis mahupun hospital tiada sebarang butir pengenalan
dari pemuda yang berada di dalam keadaan coma selama 6 bulan. Setelah pemuda
itu sedar dari koma dan mendapat maklumat dari pemuda itu sedikit demi sedikit pihak polis meneliti rekod laporan tentang pencarian
seorang lelaki asia yang terlibat dengan
kemalangan, mereka menghubungi Amirul melalui report yang di failkan dan segala
maklumat Amirul tercatat di dalam report tersebut.
Amirul
berjalan menuju kearah bilik khas yang pemuda itu di tempatkan, ditemani Dr.
Philip. Pemuda yang berbaju hospital dan berambut panjang itu sedang duduk
membelakangkannya. Amirul berdiri tercegat
di muka pintu. Jantungnya bergedup kencang bila dia mendekati pemuda itu.
Pemuda yang sedari tadi menundukkan wajahnya mula mengangkat mukanya perlahan
kearah seseorang yang berdiri di hadapannya.
“Abg Fendy,” perkataan itu keluar dari
mulut Amirul seraya mendakap Affendy erat. Dia benar-benar bersyukur kehadrat
illahi kerana abangnya masih hidup dan terselamat dari kemalangan maut.
“Amirul,”
ujar Affendy memeluk Amirul erat. Tanpa
disedari air matanya mengalir laju . Rindu benar dia dengan Amirul. Setelah dia
sedar 3 hari lepas dia tidak tahu apa yang berlaku ke atas dirinya. Perkara
yang terakhir dia hanya mengingati bahawa kereta yang di pandu oleh pemandu
syarikatnya di Venice terbabas di gaung. Selebihnya dia tidak ingat. Bila dia
sedar semula dia kini berada di sebuah hospital di Venice dan menurut Doktor
yang merawatnya dia berada di dalam keadaan coma selama 6 bulan. Doktor
mengatakan dia bernasib baik kerana terlepas dari maut dan kecederaan yang di
alaminya sembuh dengan baik. Affendy benar-benar bersyukur di beri peluang
kedua untuk hidup. Orang pertama yang dingati adalah Anisha dan mamanya. Tak
sabar rasanya untuk pulang ke pangkuan mama dan Anisha. Tentu mama dan Anisha
risau akan dirinya.
Amirul berada di Venice selama 3 hari
kerana menurut doktor Affendy perlu menjalani beberapa ujian sebelum dia
dibenarkan pulang untuk memastikan bahawa Affendy sudah cukup sihat untuk di bawa
pulang. Dr. Philip meminta Amirul bertemu dengannya di pejabatnya sementara
Affendy berada di luar menunggunya.
“He
was in coma when we found him, we didn’t know who to contact because there is no identification found, when is out of
coma we have tried to get information from him, he can't remember due to some
minor amnesia, we have call the police station to see any information or police report lodged looking for a
missing person and found out your report from the Police HQ and we have decided
to call you hopefully he is the one that you are looking for, we are happy
to learn that he is your brother,” terang Dr. Philip kepada Amirul kerana
Amirul bertanya soalan mengapa dia tidak diberitahu awal tentang pertemuan
abangnya Affendy.
“Thanks,
Dr. Philip,” ujar Amirul untuk ke sekian kali lalu bersalaman dengan
Dr Philip.
“Yeah
just you know that he might get severe headache when he is stress of something,
I have given him some painkillers,”
“Do
we have to worry about it,”
“No,
not really,” jawab Dr. Philip seraya membuka pintu.
“Thanks
again Doctor,” ujar Amirul seraya bersalaman dengan Dr. Philip.
Amirul
mendekati Affendy yang duduk menunggunya di luar pejabat Dr Philip. Amirul
tersenyum. Rindu benar dia dengan Affendy. Sangkanya dia benar-benar kehilangan
Affendy. Dia masih belum memberitahu mamanya tentang Affendy. Dia mahu membuat
kejutan buat mamanya.
“Apa
khabar mama,” soal Affendy sebaik sahaja mereka duduk di dalam kereta milik
Amirul. Kerana sepanjang penerbangan dari Venice
ke KL. Affendy tidak banyak berbicara. Affendy banyak menghabiskan masa berehat. Amirul tidak mahu menganggu
abangnya. Biarlah dia berehat. Mungkin dia masih terperanjat dengan apa yang
berlaku ke atas dirinya.
“Mama,
baik alhamdulilah, dia benar-benar rindukan abg Fendy, Rul tidak dapat
membayangkan betapa gembiranya dia nanti bila mendapat tahu anak kesayangan
pulang,” ujar Amirul seraya tersenyum. Pasti mamanya tidak menghiraukan dirinya
sebaik sahaja Affendy berada di rumah kerana sibuk melayan anak kesayangannya.
Amirul tidak sedikitpun merasa cemburu dengan Affendy. Affendy anak kesayangan mama kerana Affendy selalu mendengar cakap mamanya dan terlalu mengambil hati mereka. Amirul pula anak yang nakal dan degil.
“Rul
pula bagaimana,” soal Affendy lalu menoleh ke arah Amirul.
“Abg
betul nak tahu tentang perkembangan Rul,” soal Amirul balik. Affendy tidak
menjawab malah menganggukkan kepalanya lalu tersenyum. Amirul seorang lelaki yang periang dan peramah berbanding dengan dirinya seorang yang pendiam.
“Rul
bersyukur kerana allah mengembalikan Abg Fendy dan dalam masa yang sama Rul
akan mendirikan rumahtangga,” terang Amirul seraya membelokkan keretanya ke kanan memasuki kawan perumahan.
“Betul
ke Alhamdulilah,” jawab Affendy tersenyum lagi. Fikirannya melayang jauh kepada
gadis yang bernama Anisha. Gadis cantik yang berjaya bertatah di hatinya.
Bagaimana keadaan Anisha sekarang. Masih ingatkah lagi dia akan dirinya.
Tentu Anisha sudah boleh dapat melihat sekarang. Mungkin Anisha kembali bekerja di rumah anak yatim Darul Ehsan kembali, itu harapan Affendy. Dia bercadang untuk ke Darul Ehsan menemui Anisha dan mahu memperkenalkannya
kepada mama dan Amirul. Bukankah itu niatnya sebelum dia terlibat dalam kemalangan.
Sedar
tak sedar kereta Amirul berhenti di perkarang rumahnya. Affendy keluar
memandang tepat ke arah rumah yang dirinduinya. Semua ahli rumah sudah tidur
kerana mereka tiba hampir ke 2.00 pagi. Langit kelihatan gelap tanpa sebutir
bintang.
“Bilik
tu tunang Rul duduk,” ujar Amirul seraya menunjukkan kepada Affendy kea rah
bilik tetamu.
“She’s
here,” soal Affendy.
“Yeah
mama suruh dia temankannya, while I’m staying at the guest house,” terang
Amirul.
“So
abang nak tinggal guest house dengan Rul atau you want to sleep in your room, I
bet you really miss your room,”usik Amirul. Dia tahu Affendy sudah tentu mahu
ke biliknya.
To be continued....
No comments:
Post a Comment