Masih
lagi terngiang-ngiang perkataan yang keluar dari mulut Amirul. Semalaman Anisha
asyik terfikirkan kata-kata Amirul. Barang yang lepas jangan di kenang kalau di
kenang meracun diri. Anisha tidak pernah terfikir dia akan hidup bahagia
selepas kejadian yang menimpa dirinya, tanpa abg long. Tapi kehadiran Amirul
kali ini seakan memberi lembaran baru dalam hidupnya. Walaupun Amirul bukanlah
abg long tetapi Anisha dapat merasakan bahawa mereka berdua seperti ada
persamaan. Seolah-olah Anisha pernah mengenali Amirul sebelum ini.
“Assalamualaikum,”
“Waalaikumsalam,”
jawab Anisha seraya menoleh kearah orang memberi salam. Jejaka yang ditemuinya
tiga hari lepas berdiri di sebelahnya. Jejaka yang berjaya menyedarkan Anisha
dari terus diselubungi perasaan bersalah dan sedih. Anisha akui kebenaran
kata-kata Amirul.
“Saya
dapat pesanan dari Mak Nab yang cik Anisha hendak bertemu dengan saya,” ujar
Amirul sopan. Hatinya berbunga riang bila mendapat pesanan dari Mak Nab bahawa
Anisha ingin bertemu dengannya. Sangka Amirul, Anisha tidak sudi berjumpa dengannya
selepas pertemuan mereka kelmarin. Amirul sudah berjanji tidak akan menganggu
Anisha sekiranya dia masih lagi tidak berjaya membuatkan gadis itu menerima
kenyataan bahawa orang yang disayanginya itu sudah pergi. Patah tumbuh hilang
berganti.
“Saya
minta maaf kerana selama ini saya berkasar pada saudara, saya tidak bermaksud
hendak menyinggung hati saudara, saya berterima kasih kepada saudara kerana
menyedarkan saya,” ujar Anisha seraya tersenyum. Buat pertama kali selama
hampir 7 bulan dia tersenyum.
“Saya
hanya akan menerima maaf cik Anisha sekiranya cik Anisha memanggil saya Amirul,
tak usahlah bersaudara-saudara dengan saya, saya bersyukur kerana cik Anisha
sudah sedar sekarang tidak lagi bersedih seperti dahulu,” ujar Amirul gembira
kerana berjaya membantu Anisha.
Anisha
tersenyum malu bila Amirul mengusiknya.
“Saya
Amirul Shamri, berusia 29 tahun dan masih single, selamat berkenalan,” ujar
Amirul seraya menghulur tangannya.
Anisha
ketawa kecil bila Amirul memperkenalkan dirinya begitu. Anisha hampir kurang
percaya bila Amirul mengatakan usianya 29 tahun. Amirul tidak kelihatan seperti
lelaki berusia 29 tahun dia kelihatan muda dari usianya yang sebenar. Amirul
seorang lelaki yang periang dan juga nakal. Anisha mendapat tahu dari papanya
Dr Azman. Amirul seorang pemuda yang tidak kenal erti putus asa. Amirul cuba
mengenalinya walaupun dia selalu memarahi pemuda itu dengan kata-kata kasar.
“Nur
Anisha,” jawab Anisha ringkas seraya menyambut huluran tangan Amirul.
“Nur
Anisha sahaja, tak apalah, sebagai permulaan Nur Anisha dulu, asalkan Anisha
sudi berkawan dengan saya,” ujar Amirul seraya tersenyum. Menyerlahkan lagi
wajah tampannya bila dia tersenyum.
To be continue..
No comments:
Post a Comment