Tanpa
disedari masa berlalu dengan pantas. Sedar tak sedar sudah sebulan usianya
perkenalan Anisha dengan Amirul. Anisha dapat merasakan hidupnya kembali ceria.
Kehadiran Amirul dalam hidupnya memberi sinar baru. Amirul seorang lelaki yang
penyayang, penyabar dan begitu ambil berat terhadap dirinya. Bila bersama
Amirul, Anisha merasa begitu tenang dan selesa, dia dapat merasakan seolah-olah
Amirul dan abg long ada kaitan. Walaupun perangai mereka berbeza. Amirul
seorang pemuda yang pandai melawak dan Anisha terhibur dengan perangainya yang gila-gila
manakala abg Long bersikap pelindung, penyayang dan matang.
“Nisa,
kalau Nisa ke Indonesia jangan pergi ke Taman Safari tau, bahaya,” ujar Amirul
tiba-tiba dengan wajah serius.
Anisha
mengerutkan dahinya. Kenapa pula secara tiba-tiba Amirul berkata demikian.
Bukankah Amirul sendiri yang mencadangkan kepadanya jika di Jakarta jangan lupa
melawat Taman Safari di sana. Katanya taman haiwan itu lebih bagus dari
tempat-tempat lain.
“Kan ke Rul yg cakap
tempatnya cantik,” soal Anisha.
“Memang
tempatnya cantik, tapi kawan Rul ada pergi taman Safari tu tahun lepas pulak tu
masa first day puasa dia kata bahaya tempatnya,”
“Pergi
taman safari bulan puasa, pelik sungguh lah kawan Rul tu,”jawab Anisha seraya
tersenyum.
Amirul
tidak menjawab malah menjungkitkan bahunya tanda tidak tahu.
Anisha
berhenti mengunyah kacang putih yang di beli Amirul tadi. Dia mula cemas. Dia
sudah sarankan kepada mama dan papanya bila mereka bercuti ke Indonesia Anisha
teringin sangat hendak ke Taman Safari melihat haiwan liar seperti di Africa.
Dia teringin juga hendak memberi zirafah makan dan melihat singa dan harimau
bebas berkeliaran.
“Betul
ke, apa yang bahaya sangat,” soal Anisha kurang puas hati.
“Kawan
Rul pergi sekeluarga naik kereta masuk ke taman Safari tu, bila sampai ke zon
haiwan liar enjin keretanya tiba-tiba mati, mereka cuba mendapatkan bantuan
dari ranger tapi kebetulan ranger tak ada, so kawan Rul keluar dari kereta nak
periksa enjin kereta dia, sementara isteri dan anak-anaknya duduk dalam
kereta,” ujar Amirul seraya memandang tepat ke wajah manis Anisha.
“Habis
tu apa jadi,” soal Anisha lagi. Tak sabar rasanya ingin tahu kisah teman
Amirul.
“Sedang
suaminya sibuk memeriksa enjin, anaknya ternampak kelibat singa sedang menuju
ke arah kereta mereka,” ujar Amirul serius.
“Singa,
habis tu macamana,”
“Isteri
dan anaknya tergamam kehilangan kata-kata bila ternampak singa besar tu
menghampiri mereka dan singa itu berada betul-betul di belakang suaminya,”
“Ya
Allah, apa jadi lepas tu,” soal Anisha cemas. Dia seolah-olah dapat
membayangkan bagaimana nasib teman Amirul selepas itu.
“Singa
tu betul-betul berada di belakangnya, singa itu mengaum kuat, kawan Rul
terperanjat gilalah bila sedar singa besar yang kelihatan lapar itu berada di
belakangnya, dia berdoa semoga allah selamatkannya,”
“Apa
jadi, cepatlah Rul,” ujar Anisha kurang sabar. Ngeri mendengar cerita Amirul.
“Singa
tu pun…berkata jangan takut bang saya puasa, kereta rosak ye,” ujar Amirul cuba menahan
ketawa.
Anisha
turut tertawa bila menyedari Amirul hanya hendak mengenakannya. Amirul
tersenyum bila dilihatnya Anisha kelihatan begitu cantik bila tersenyum dan
tertawa.
“Anisha
kelihatan cantik bila tersenyum, wajah Anisha kelihatan berseri bila Anisha
senyum,” ujar Amirul seraya menatap wajah Anisha lama. Hatinya sudah terpaut
pada Anisha semenjak pertama kali dia menatap wajahnya. Namun wajah Anisha
kelihatan lebih berseri bila dia ketawa atau tersenyum.
Anisha
terdiam. Dadanya sebak secara tiba-tiba.
Perkataan
yang keluar dari mulut Amirul pernah di ucapkan oleh abg long.
“Faezah,
agaknya apa yang membuatkan abg long tertarik pada kak Nisa,”
“Ketawa
dan senyuman manisnya,” ujar seseorang.
Masih
terngiang-ngiang lagi perkataan yang sering abg long katakan padanya bahawa
wajahnya kelihatan lebih berseri bila dia tersenyum.
“Kenapa
Nisa,”soal Amirul bila gadis itu tiba-tiba mendiamkan diri.
“Hantar
I balik Amirul,” ujar Anisha perlahan.
“Kenapa
Anisha tiba-tiba hendak balik, maafkan Rul kalau Rul ada tersilap kata,” ujar
Amirul setelah menyedari ada sesuatu yang tidak kena. Wajah Anisha tiba-tiba
berubah muram.
“Tak
ada apa-apa, Nisa rasa kurang sihat,” bohong Anisha.
Amirul
mengeluh kecil. Tujuan dia membawa Anisha bersiar-siar kerana dia mahu
menyampaikan berita kepada gadis itu. Lama sudah dia ingin menyatakan hasratnya.
Namun dia belum bersedia untuk menyampaikannya kepada Anisha kerana dia tidak
mahu kelihatan terburu-buru. Hari ini dia mahu meluahkan isi hatinya agar
Anisha tahu bahawa selama ini dia cintakan Anisha.
“Nisa,
Rul rasa Rul tak mahu lagi berahsia dengan Nisa,” ujar Amirul dengan wajah
serius.
“Berahsia,
rahsia apa,” ujar Anisha ingin tahu. Wajah tampan milik Amirul dipandang hairan.
Amirul masih lagi kelihatan serius tiada petanda yang mengatakan bahawa dia
bergurau.
“Rul
belum pernah jatuh hati pada mana-mana wanita, percayakah Nisa sekiranya Rul
katakan Rul terpaut hati pada Anisha bila pertama kali terpandang akan wajah
Anisha, sejak dari hari itu Rul cuba mengenali Anisha lebih dekat lagi, dan
mahu memiliki hati Anisha, sudikah Anisha menjadi suri hidup Amirul,” ujar
Amirul seraya memandang tepat ke wajah Anisha. Anisha terpana seketika. Amirul
melamarnya.
To be continue...
No comments:
Post a Comment