Affendy
menyandarkan badannya di birai katil. Fikirannya melayang jauh kepada gadis
bernama Nisa. Senyuman si gadis masih belum dapat dia lupakan. Belum pernah
Affendy terpaut hati pada mana-mana gadis dengan hanya pandangan yang pertama.
“Hah kenapa senyum-senyum sorang ni,
teringatkan seseorang ke,” tegur Puan Hasnah bila dilihatnya anak bujangnya
yang seorang ini sedang tersenyum-senyum sendiri sehingga kehadirannya tidak
disedari olehnya.
“Eh mama, Fendy tak perasan mama
masuk tadi,” ujar Affendy seraya membetulkan duduknya. Puan Hasnah duduk di
atas katil Affendy lalu tersenyum memandang wajah Affendy yang kelihatan tidak selesa
bila dia mengusiknya tadi. Ada sesuatu yang di sembunyikan Affendy.
“Fendy ingatkan siapa ni,” soal Puan
Hasnah. Jarang sekali dia melihat Affendy duduk berkhayal.
“Fendy ingatkan Amirul,” jawab
Affendy cuba mengelak dari di tanya oleh mamanya.
Puan Hasnah tersenyum sebaik sahaja
mendengar jawapan dari Fendy. Dia tahu bukan itu sebabnya Fendy berkhayal pasti
ada sesuatu yang cuba
disembunyikannya.
“Pasal Amirul,”soal Puan Hasnah
hairan.
Affendy menganggukkan kepalanya
perlahan.
“Bukan pasal kekasih hati,” soal
Puan Hasnah lagi.
Affendy terdiam. Tidak mengeleng
mahupun mengiyakan soalan mamanya. Dia sedar dia tidak dapat mengelak dari
soalan Puan Hasnah. Mamanya itu seorang wanita yang bijak dapat menekanya
dengan tepat. Tapi buat masa ini dia tidak mahu memberitahu Puan Hasnah
mengenai Anisha kerana ia terlalu awal untuknya menceritakan tentang gadis
idamannya kepada Puan Hasnah. Lagipun dia takut dia hanya bertepuk sebelah
tangan kerana dia sendiri tidak pernah bertemu dengan Anisha selepas bertemunya
di kedai kopi di Bandar kelmarin.
“Bukan Fendy tidak hendak memberitahu
mama, cuma Fendy belum lagi meluahkan isi hati Fendy kepadanya,” jawab Fendy
segan-segan. Maklumlah dia belum lagi bersedia untuk berbual secara terbuka
dengan mamanya. Sungguhpun dia hanya anak angkat kepada Puan Hasnah namun layanan
dan kasih sayang yang diberi oleh mama dan papa angkatnya tidak berbelah bagi. Malah
Fendy, seakan terlupa bahawa dia hanyalah seorang anak angkat kepada Puan
Hasnah dan Dato Masran. Affendy terhutang budi kepada Puan Hasnah dan arwah Dato
Masran. Merekalah yang selama ini memberikan sepenuh kasih sayang kepadanya.
Begitu juga Amirul adiknya. Mereka tidak pernah membeza-bezakan antara Affendy
dan Amirul. Kedua-duanya anak mereka. Jasa baik mereka berdua tak akan Affendy
lupakan.
“Jangan tunggu lama-lama nanti
diambil orang, mama percaya gadis itu pasti menerima cinta Fendy kerana anak
mama yang seorang ni sudahlah bertanggungjawab, tampan dan penyayang orangnya,”
puji Puan Hasnah seraya tersenyum.
Pujian dari mamanya itu cukup
membuatkan Affendy tersenyum. Memang itu niatnya sejak kecil akan membalas jasa
baik keluarga Puan Hasnah selagi dia terdaya. Kerana itu dia agak keberatan
bila mendapat kerja jauh di kota kerana tidak sanggup meninggalkan mamanya seorang
di kampung. Namun, setelah di pujuk dan mamanya tidak mahu Affendy mengorbankan
cita-cita hanya kerana dia terpaksa duduk sendirian di kampong. Lagipun Puan
Hasnah punya pembantu rumah suami isteri yang tinggal bersamanya dan dia tidak
sendirian. Dia hanya berjauhan dengan kedua-dua anak bujangnya. Affendy di kota
dan Amirul di US. Sungguh begitu Affendy kerap juga pulang ke kampong bila dia kesempatan
atau bercuti lama untuk menemani mamanya. Affendy rapat dengan mamanya. Maklumlah
anak sulung.
“Fendy cuti lama? Mama rindu pada
Fendy dan Mirul, mama kesunyian tanpa kamu berdua,”
“Mama sunyi, tak lama lagi anak
manja mama dah nak balik, Mirul akan tinggal dengan mama lama pasti masa itu mama
sudah lupakan Fendy,”usik Affendy. Dia sedar sejak akhir-akhir ini dia jarang
sekali meluangkan masa bersama mamanya kerana terlalu sibuk dengan
pekerjaannya. Amanat arwah papanya masih utuh di ingatan supaya menjaga mama
dan Amirul dengan baik. Affendy tidak pernah lupa.
“Affendy dan Amirul kedua-duanya
mama sayang, kedua-duanya buah hati dan pengarang jantung mama, jadi mama rindu
kedua-duanya sekali,”
Begitulah jawapan yang selalu mama
berikan kepada kami. Kedua-duanya dia sayang. Mama tidak pernah membezakan
kami. Semasa kecil apa yang dibeli untuknya di belikan juga untuk Amirul. Sama
rata walaupun hakikatnya Amirul adalah anak kandung mama.
To be continue...
No comments:
Post a Comment