Setibanya di rumah Alia. Ramai
tetamu juga yang hadir untuk majlis pertunangan Alia. Tetamu jemputan dan juga
tetamu rewang iaitu aku, selaku teman sekampung Alia dan juga teman rapatnya. Hanya
aku ni start karat. Sepatutnya dari siang tadi aku sudah ke rumah Alia rewang
tapi aku tunggu mak pergi baru aku ikut sama. Ramai juga wajah-wajah orang yang
tidak ku kenali datang bergotong royong membantu menjayakan majlis pertunangan
Alia. Hehehe aku ni jarang sekali balik ke kampung. Kalau tidak kerana Alia tu
kawan baik aku, jangan harap aku balik kampong hanya untuk menghadiri majlis
pertunangannya.
“Mak
ni majlis tunang ke majlis nikah,”bisikku. Melihatkan betapa meriahnya majlis
pertunangan Alia siap ada khemah lagi. Ini bukan majlis tunang saja, boleh buat
majlis nikah sekali.
“Bakal
suaminya orang berada tentulah majlis pertunangannya meriah,”jawab mak ringkas.
Aku hanya menganggukkan kepala tanda faham. Dari jauh aku ternampak abang
sepupuku Taufiq dengan gengnya sedang elok menghisap rokok di belakang rumah
Alia dimana tempat memasak di sediakan.
“Mak
apa kata maik naik dulu, Farah menyusul sekejap lagi,” ujarku lalu meninggalkan
mak sebelum mak sempat membebel kat aku.
“Hah,
hisap rokok baguslah tu,”sergahku dari belakang lalu menepuk bahu abg Taufiq
kuat.
Taufiq
terbatuk-batuk mungkin tersedak kerana disergah Farah tadi. Kawan-kawannya yang
lain hanya mentertawakan Taufiq.
“Farah,
nasib baik abg tak kena heart attack, kenapa suka sangat sergah macam tu,”
“Bilang
mak baru tahu, ni dah tak ada kerja lain ke orang sibuk buat kerja dia sibuk
hisap rokok kat sini,” aku ni bila mak tak ada aku jadi pengantinya, membebelkan
abg Taufiq. Sejak dulu lagi Abg Taufiq dah terbiasa memanggil emak aku dengan
gelaran mak kerana masa dia kecil mak aku yang menjaganya.
“Farah
dah lah tu cukup, jangan membebel macam orang tua, ni hah banyak sangat cakap
tolong abang kacau lauk rendang ni,” sambil menyerahkan senduk atau ku panggil
pendayung sampan kepadaku. Tahu apa itu pendayung sampan. Ala yang orang buat
mengacau dodol hah itu lah dia, aku tak tahu apa nama panggilannya.
Aikk aku pulak yang kena buat. Tak
apalah best jugak tak payah aku join mak tolong kat dapur. Boring aje rewang
duduk dengan makcik-makcik kat dapur apa yang bestnya. Di sini aku boleh
bersembang dengan abg Taufiq maklumlah aku sudah lama juga tak bertemu
dengannya.
“Apalah
kau ni Fiq kesian adik kau yang kena buat tu semua, kan ke dia perempuan, kau ingat
kuat ke dia hendak mengacau rendang tu,”sampuk Azrul sambil tersengih.
Berdesing juga telinga aku mendengarnya. Apa ingat orang
perempuan tak kuat ke. Dia belum tengok kehebatan aku dalam mengendalikan apa
jua perkerjaan. Sedap mulut dia aje beri komen tentang aku. Walaupun ada
kebenaran pada kata-kata kawan abg Taufiq memandangkan aku sendiri agak
terkial-kial juga hendak mengacau rendang di dalam periuk besar tu. Silap
haribulan aku pun boleh termasuk dalam periuk tersebut. Tapi aku tetap
maintain. Tak mahu kalahlah katakan.
“Aleh
Rul kau tak payah hendak jadi hero, adik aku tak akan layan punya, dia tu keras
kepala kalau kau agak batu tu keras, kepala dia sepuluh kali keras,”ujar Taufiq
lalu ketawa.
Tak
sayang mulut agaknya abg Taufiq ni sewenang-wenangnya mengutuk aku didepan kawan-kawannya.
Takpe aku cuba kontrol..kalau aku tunjukkan kebrutalan aku didepan kawan abg
Taufiq ini akan mensahihkan lagi statement abg Taufiq tentang diri aku.
“Mana ada brutalnya aku
tengok macam wanita melayu terakhir, bukan main sopan santun tingkah
lakunya,”komen Azrai kembar Azrul.
Ini
sudah lebih aku pulak menjadi tajuk perbualan mereka. Dan aku pulak pakai baju
kebaya hari ni. Leceh betul. Itupun bila mak dah sound jangan pakai
baju t-shirt dengan track pants. Alah bukannya aku yang hendak tunang kena
pakai lawa-lawa, aku kan tolong rewang sahaja. Nak tak nak terpaksa jugak
menurut. Kalau tidak dikut nanti mak Hendon bising memanjang. Hah sekarang dah
kena giat. Mentang-mentanglah aku bunga dikalangan kumbang-kumbang yang kat
situ aku pulak dijadikan sasaran mereka.
“Kau
jangan Rai, nanti kau kena aku tak jamin dia ni kalau tempat orang dia kontrol
sikit kalau kau datang rumah mak long aku kalau dia tak pelepah kau dengan
batang pucuk ubi nasib kau memang baik,”
Hah
tahu tak apa. Aku tersenyum bila abg Taufiq memberi amaran kepada si kembar. Aku ni catwoman kat sini jangan cari pasal dengan aku.
“Farah,”
Alamak
bunyinya macam suara Mak Hendon aje. Aku berlari bersembunyi di belakang abg
Taufiq takut mak nampak aku. Kalau dia nampak sure suruh aku pergi dapur tolong
dia.
“Bang
cakap Farah tak ada,”bisikku perlahan masih lagi bersembunyi di belakang abg
Taufiq.
“Ada
belakang Fiq ni mak dia nak mengelak dari tolong mak,”jerit Taufiq kea rah mak
long dari berada di muka pintu mencari kelibat Farah.
Hissh
tak guna punya abg ni tak boleh jadi mesti nak kena dengan aku.
“Yang
kau pergi kat tempat lelaki tu apa hal tu bukan tempat kau, kat sini banyak
kerja,”bebel mak berterusan dari pintu dapur.
Malunya.
Semua mata tertumpu ke arahku. Aku tersengih. Sengih yang
tak ubah macam kerang busuk. Kalau ye pun janganlah buat pengumuman kuat-kuat kat
rumah orang mak oii. Banyak orang tak kenal aku kenapalah mak ni tak reti nak
cover line sikit.
Abg
Taufiq dan kuncu-kuncunya pakat gelakkan aku. Binawe betul. Seronoklah tu
kenakan aku.
Aku
menarik muka masam kerana bukan kuncu abg Taufiq aje yang gelakkan aku pakcik
yang membantu turut tersenyum-senyum padaku.
“Hah
seronok ketawa kan
nah ambik ubat,” sempat jari runcingku mencari sasaran mencubit pinggang abg
Taufiq untuk membalas dendam.
Hah rasakan cubitan berbisa aku. Hehehe seronok.
“Adoi, sakitlah Farah,”jerit Taufiq mengadu
kesakitan akibat cubitan berbisa Farah. Belum sempat
dia membalas aku dah pun cabut meninggalkan dia. Aku berpaling sambil mengejek.
Puas hati aku. Siapa suruh cari pasal dengan aku.
No comments:
Post a Comment