Amirul
merasakan dunia ini miliknya bila Anisha memberitahunya bahawa dia menerima
lamaran Amirul. Amirul menyangka Anisha memerlukan masa yang lama untuk memberi
jawapan kepadanya. Anisha mahu Amirul menguruskan hal-hal yang lain. Anisha
sudah memberitahu mama dan papanya mengenai persetujuannya menerima lamaran
Amirul. Dr. Azman dan isterinya gembira dengan keputusan Anisha. Mereka memang bersetuju
sekiranya Amirul dipilih menjadi menantunya. Mereka bersyukur kerana Anisha
dapat menerima kenyataan dan menjalani hidupnya seperti biasa tidak lagi
bersedih seperti dahulu. Amirul tidak sabar hendak menyampaikan berita tersebut
kepada mamanya. Mamanya tahu dia berkawan dengan anak Dr. Azman.
“Ma,
Rul nak mama hantar rombongan meminang untuk melamar anak Dr. Azman,” ujar
Amirul selamba seraya meneguk kopi.
Puan
Hasnah buat tak dengar, bukan dia tak tahu perangai Amirul yang suka bergurau,
bukan sekali dia bergurau menyuruhnya menghantar rombongan sudah banyak kali.
Bila dia excited Amirul akan mengatakan bahawa dia hanya bergurau. Sebab itu
bila Amirul menyuruhnya lagi dia hanya buat tidak kisah.
“Ma,
dengar tak ni, Rul hendak mama telefon pak ngah, telefon mak teh pergi masuk
memimang anak dara Dr. Azman tu,” ujar Amirul lagi. Dia memandang wajah mamanya
yang masih selamba bila dia mengatakan tentang hajatnya.
“Mama
memang macam tu, kalau abg long yang minta cepat aje mama usahakan,” ujar
Amirul seakan merajuk.
“Kenapa
Rul suka cakap macam tu, arwah Fendy dan Mirul dua-dua mama sayang, mama tak
pernah membelah bagi kasih sayang mama,” ujar Puan Hasnah sebak bila Amirul
berkata demikian. Kedua-dua anak bujangnya dia sayang. Fendy seorang pemuda
yang tegas dan matang manakala Amirul suka bergurau dan keanak-anakan. Namun
kedua-duanya dia sayang.
“Ma,
maafkan Mirul o.k., Mirul bergurau aje,” pujuk Amirul bila menyedari dia
menyinggung hati mamanya. Dia sedar mamanya cepat terasa hati bila dia menyebut
nama abg longnya. Walaupun mereka dapat menjalani hidup seperti biasa namun
Mirul dapat merasakan mamanya masih lagi rindukan abg long.
“Jadi
tentang rombongan meminang tu pun bergurau ajelah ye,” ujar Puan Hasnah seraya
menjeling kearah Amirul. Dia cuba
menyembunyikan perasaan sedihnya bila berdepan dengan Amirul. Dia masih ingat
lagi tentang hasrat Affendy menyuruhnya membuat persiapan memasuk meminang
gadis yang dicintai. Belum sempat hasratnya tercapai Affendy ditimpa musibah.
Puan Hasnah tidak berkesempatan mengenali wanita itu. Dia tidak tahu apa
terjadi pada wanita itu. Niat Puan Hasnah hendak bertemu sekaligus membiayai
kos pembedahan ke atas mata wanita itu walaupun anaknya telah tiada. Dia ingin melaksanakan
niat Affendy. Namun cita-citanya tidak tercapai kerana Affendy terlalu perahsia
orangnya dan dia tidak tahu siapa namanya dan tempat tinggal wanita itu.
Anisha
banyak mendiamkan diri semasa menghadiri rumah Amirul. Anisha tidak menafikan
bahawa hatinya sudah mula dapat menerima kehadiran cinta Amirul. Bakal ibu
mertuanya pun baik dan peramah orangnya. Anisha sudah menyatakan kepada mama
dan papanya bahawa dia tidak mahu bertunang. Dia punya sebab tersendiri kenapa
dia tidak mahu bertunang, mujurlah Puan Hasnah tidak keberatan dengan kehendak
Anisha. Dia turut bersetuju dengan kehendak Anisha dan mahu terus melangsungkan
pernikahan mereka dalam masa tiga bulan ini. Lagipun bagi pendapatnya perkara
baik tidak usah dilengah-lengahkan. Dr Azman sekeluarga tidak membantah malah
mereka bersetuju dengan cadangan Puan Hasnah.
“Ma
cantik tak bakal menantu mama,” ujar Amirul sebaik sahaja Anisha berada di
sisinya membantu mengelap meja.
“Cantik,
pandai Mirul pilih,” puji Puan Hasnah seraya tersenyum. Memang gadis pilihan
Amirul cantik dan ayu orangnya, lemah lembut dan baik budi bahasanya. Wajah
Anisha merona merah bila Amirul mengusiknya di depan mamanya.
“Nisa
jangan ambil hati dengan Mirul, dia memang macam tu, manja sikit,” ujar Puan
Hasnah bila Anisha merasa tidak selesa bila diusik demikian.
“Bukan
manja sikit aje ma, manja banyak,” celah Amirul seraya mengenyitkan matanya.
Anisha
menjegilkan matanya kurang selesa dengan usikan Amirul lebih-lebih lagi di
depan bakal ibu mertuanya.
“Nisa
tak payahlah ikut mama dan papanya balik ke Sweden, mama hendak berkenalan
dengan Nisa,” ujar Puan Hasnah. Dia mendapat tahu Dr. Azman dan isterinya mahu
ke Sweeden kerana Dr Azman di kehendaki berada di sana selama sebulan untuk membuat kajian bersama
doktor pakar di sana .
“Rul
setuju ma, lagipun mama harus beramah mesra dengan bakal menantu mama ni,
pandai masak ke tak, pandai menjaga suami ke tak, lagipun Amirul nak balik Australia
sekejap nak uruskan sesuatu di sana ,”
celah Amirul turut bersetuju dengan cadangan mamanya. Amirul perlu menguruskan
sesuatu di tempat pengajiannya dahulu. Mungkin dia sudah mendapat tawaran
pekerjaan di sana .
Kalau Anisha ada, sekurang-kurangnya dapat menemani mamanya.
“Ya,
tinggallah di sini dengan Puan Hasnah, mama dan papa tak kisah kalau Anisha tak
nak ikut kami ke Sweden,” celah Puan Aina yang kebetulan terdengar perbualan
Puan Hasnah dengan Anisha tadi.
Amirul
tersenyum lebar bila Puan Aina memberi kebenaran supaya Anisha tinggal dengan
mamanya.
“Baiklah
Puan Hasnah,” jawab Anisha tanpa berfikir panjang.
“Eh
janganlah panggil Puan Hasnah, panggil mama aje, Nisa jangan risau mama dah
siapkan tempat tinggal Amirul sepanjang Anisha tinggal dengan mama,” ujar Puan
Hasnah seraya tersenyum. Puan Hasnah ada menyediakan rumah untuk para tetamu
datang bertandang. Tak sampai hati pula dia hendak membiarkan Anisha tinggal
seorang. Biarlah Amirul tinggal di rumah itu dan Anisha tinggal bersamanya.
“Betul
tu, wah bestnya tak adalah Rul dengar mama berleter pagi-pagi nanti,” ujar
Amirul seraya tersenyum.
“Amirul,
ada panggilan telefon untuk Amirul,” ujar Mak Nab seakan berbisik. Amirul
menganggukkan kepalanya lalu menuju kea rah telefon.
“Hello,
Is this Mr Amirul Syamri,”
“Yes,
I’m Amirul,”
“I’m
Dr. Philip calling from Venice ,”
Jantung
Amirul berdegup kencang bila lelaki itu memperkenalkan dirinya sebagai Dr.
Philip dan apa yang begitu mendebarkannya panggilan itu dibuat dari Venice .
No comments:
Post a Comment