Jamilah memerhatikan anak perempuan kecil
yang berumur lebih kurang 7 tahun itu dengan penuh minat. Suaminya sedang sibuk
berbincang dengan pegawai rumah kebajikan anak yatim Darul Ehsan menyatakan
hasrat mereka hendak menjadikan Anisha sebagai anak angkat mereka. Sudah hampir
15 tahun mereka mendirikan rumahtangga namun usahanya untuk mendapatkan zuriat
sendiri masih belum di perkenankan tuhan. Sudahnya Jamilah mengambil keputusan
untuk mengambil anak angkat.
“Encik
berdua betul-betul ke berminat hendak mengambil Anisha sebagai anak angkat,”
ujar pegawai yang bernama Adila itu serius bila Encik Kamarul dan Puan Jamilah
memilih Anisha.
“Kami
ingin benar menjadikan Anisha sebagai anak kami,” pujuk Kamarul.
Hampir
setengah jam dia memujuk Puan Adila supaya membenarkan mereka mengambil Anisha sebagai
anak angkat mereka. Namun Puan Adila seperti keberatan. Dia menyarankan supaya
dia dan isterinya membuat pilihan yang lain.
“Tapi
Anisha bukanlah anak yang normal dia hilang deria penglihatannya sejak dia berumur
4 tahun,” terang Puan Adila. Bukan dia tidak mahu meluluskan permohonan Encik
Kamarul dia mahu Encik Kamarul dan Jamilah tahu akan keadaan Anisha.
Encik
Kamarul dan Puan Jamilah berpandangan sesama sendiri. Terperanjat dengan
penjelasan Puan Adila.
“Saya
beri peluang untuk Encik Kamarul dan Puan Jamilah berbincang dahulu, dalam masa
10 minit Encik Kamarul beritahu saya keputusan Encik Kamarul,” ujar Adila
seraya meninggalkan mejanya. Pintu di tutup dan dia berlalu menuju ke arah
Anisha yang sedang leka bermain dengan tanah liatnya. Rambut anak comel itu
dielus lembut.
*****
Seperti
biasa setiap petang Anisha akan bersiar-siar atau beriadah. Walaupun dia tidak
dapat melihat keindahan alam ciptaan tuhan. Namun jauh di sudut hatinya dia
bersyukur kerana masih ada orang yang sayang akan dirinya. Anisha tidak pernah
menyesal akan nasibnya yang buta. Dia terhutang budi dengan jasa baik Puan
Adila kerana membenarkan Anisha bekerja di Rumah Kebajikan Darul Ehsan dimana
dia diasuh dan dibesarkan di sini. Kini giliran Anisha pula untuk berbakti
kepada anak-anak yang senasib dengan dirinya. Anisha tidak mahu terus menerus
terhutang budi dengan Puan Adila. Walaupun dia buta itu tidak bermakna dia
tidak dapat menyumbang tenaga dan kemahiran yang pernah dipelajarinya di sini.
“Nisa
jalan baik-baik, Nabiha tak ada hendak temankan Nisa jalan,” pesan Jannah
setelah dilihatnya Nisa hendak bersiar-siar sendirian.
“Tak
apalah Jannah bukannya Nisa tak biasa jalan seorang lagipun Nisa tak pergi jauh
cuma dekat dengan kawasan sini sahaja,”
“Ok
balik cepat tau nanti ramai pula anak bujang mengurat Nisa nanti,”usik Jannah
seraya tertawa kecil.
“Issh
kesitu pulak dia, siapalah yang nak kan dengan gadis
buta macam Nisa ni, kalau Jannah lainlah,”ujar Nisa merendah diri.
“Nisa
kenapa cakap macam tu, orang yang tak suka Nisa, orang itu yang buta, bukan
buta mata sahaja, buta hati,” ujar Jannah ikhlas. Nisa seorang gadis yang
berhemah tinggi dan baik budi perkertinya. Anisa seorang gadis yang cantik,
memiliki kulit yang putih gebu, rambut yang ikal dan raut wajah yang cantik,
sayang sekali dia tidak dapat melihat akan dirinya.
Anisa
hanya mendiamkan diri bila Jannah mengusiknya. Dia tahu Jannah seorang sahabat
yang baik.
“Nisa
pergi dulu, jumpa lagi besok tau,” ujar Anisha seraya berjalan perlahan menuju
ke pintu. Anisha tidak perlukan tongkat untuk berjalan di sekitar kawasan rumah
anak yatim ni kerana dia sudah arif selok belok kawasan sini. Kalau orang yang
tidak tahu akan keadaan Nisa pasti mereka tidak menyangka bahawa gadis itu
buta. Anisha berjalan seperti orang dapat melihat.
No comments:
Post a Comment