Sebaik sahaja aku melangkah masuk mataku melilau untuk
mencari port yang sesuai untuk aku lari dari perhatian mak dan makcik-makcik
lain. Yelah mak tu bukan boleh di percayai pantang ada peluang mesti dia hendak
mengenakan aku di depan gengnya. Sebelum peristiwa lama berulang kembali lebih
baik aku cabut. Hah itu dia. Aku menyelit di hujung sudut dekat dengan pintu
bilik Alia. Mak tak perasankan aku kerana sibuk menyenduk lauk untuk kenduri
nanti. Sempat juga aku menjenguk ke bilik Alia. Hmm no bad pandai juga si minah
ni memilih warna cadar untuk biliknya. Aku mengalihkan pandagan ke arah meja
solek. Alia sedang sibuk disolek oleh kak Tipah. Mak andam terkenal di Kampung
Peserai. Kalau mengikut hukum akal selalunya teman rapat akan menemani si
pengantin di dalam. Tapi aku pulak malas nak sibuk-sibuk kat dalam bukan boleh
buat apapun selain dari dok mengadap muka si Alia yang sedang disolek. Lebih
baik aku buat benda faedah sikit ada juga maknanya. Aku lihat Kak Gi dan Suraya
sedang sibuk menghiris daun pandan untuk dijadikan bunga rampai.
“Kak
Gi bak sikit daun,”
Aku
mula menghiris daun pandan dengan penuh tekun bila tiba-tiba konsentrasiku
terganggu dek terdengar suara sumbang milik kak Ramlah reporter tak bertauliah
kampung Peserai pot pet pot pet mengumpat pasal Alia.
“Aku
dengar tunang Alia pegawai bank, betul ke,”soalan pertama yang keluar dari
mulut becoknya.
“Haah
dengarnya begitulah,”jawab Mak Ani mungkin malas nak komen lebih bukan dia tak
tahu perangai Ramlah yang suka kepo nak tahu hal orang.
“Eleh
dulu si Miha pun pernah kenal dengan budak pegawai bank, saja aje dia tak
nak,”ujarnya tanpa di tanya.
Aku
hanya mengelengkan kepala gelihati pun ada. Macamlah orang berminat hendak tahu
tentang anak dia berkawan dengan siapa. Lantaklah anak dia nak kawan dengan
anak datuk ke menantu datuk ke cucu datuk ke pasal lah.
“Si
Miha tu dahlah kerja kat tempat TNB
bahagian pegawai, ramai pulak yang berkenan kat dia,”
Hish
kak Ramlah ni apa dia nak kena dengan aku ke. Sibuk sangat cakap pasal anak
dia. Apa dia ingat ni majlis anak dia ke.
“Ha,
bertuahlah anak awak dapat kerja bagus,”jawab Mak Ani lagi.
Kesian
pulak aku dengan Mak Ani terpaksa mendengar coletah kak Ramlah aku mesti
lakukan sesuatu.
“Si Mas pun sama nak jadi-
“Lah
tak sudah-sudah nak promote anak dia,”ujarku kuat bergema seisi ruang tamu
Alia.
Semua
mata tertumpu ke arah aku. Tidak terkecuali Kak Ramlah.
“Ni
hah mak artis ni tak sudah-sudah nak promote anaknya disuruhnya berlakon banyak
filem,”kataku sambil menunjuk kepada kak Gi suratkhabar hiburan di sebelahku.
Kak
Gi yang sedar aku hanya memandai buat cerita mengekek kecil. Dia tahu aku
menyindir kak Ramlah. Kak Ramlah yang baru menyedari dirinya disindir terus
mendiamkan diri. Tidak berani dia membuka mulut mencerita tentang kehebatan
anaknya lagi.
No comments:
Post a Comment