“Assalamualaikum,”
Amirul menyapa. Kali ini dia tidak ambil kisah jika perbuatannya itu membuatkan
Anisha marah. Memang itu tujuannya. Dia mahu Anisha meluahkan hati dan
perasaannya kepada Amirul. Setidak-tidaknya melegakan hati Anisha kerana dapat
melepaskan apa yang terbuku di hatinya. Dia tidak kisah sekiranya Anisha benci
akan dirinya di atas perbuataannya. Dia tidak akan mengalah.
Anisha
menjeling. Riak wajahnya jelas menunjukkan dia tidak senang dengan kehadiran
pemuda itu.
Amirul
tidak berganjak dia berdiri di hadapan Anisha. Anisha sudah malas hendak
memarahinya lagi. Sangkanya selepas kejadian malam kelmarin Amirul tidak akan menganggunya
lagi.
Anisha
segera bangun dari tempat duduknya dia berjalan menuju kearah bangku
berdekatan. Amirul mengekorinya lagi.
“Saudara-,”
“Saudara
apa, tolong pergi, tolong jangan ganggu saya, kalau itu yang cik Anisha hendak
katakan, saya tidak akan pergi selagi cik Anisha tidak memberi saya peluang
untuk berkata sesuatu,”ujar Amirul tegas. Sebenarnya dia tidak pernah terfikir
hendak berkata demikian apatah lagi membuatkan gadis itu marah. Tapi dia terpaksa,
mungkin dengan cara begini Anisha akan mendengar penjelasannya.
Anisha
tidak menjawab. Dia hanya mendiamkan diri. Tidak lagi melarikan diri dari
Amirul.
Amirul
mengeluh lega.
“Jangan
biarkan peristiwa lalu membuatkan cik Anisha begini, cik Anisha seharusnya
redha dengan apa yang berlaku ke atas diri cik Anisha, setiap kejadian ada
rahmatnya,” ujar Amirul semoga gadis itu dapat menerima takdir.
“Bercakap
memang senang, orang yang tidak pernah mengalami nasib seperti saya hendak
bercerita tentang bulan dan bintang, saudara tiada hak untuk mengadili saya
kerana bukan saudara yang mengalaminya, tapi saya, tolong saudara, tolong
jangan hendak menambahkan lagi penderitaan saya, saya tidak menyusahkan saudara
kenapa mesti saudara ambil tahu tentang diri saya, saya tidak perlu simpati
dari saudara,” jawab Anisha marah.
“Cik
Anisha ingat cik Anisha sahaja yang pernah mengalaminya,” jawab Amirul. Dia
tidak lagi boleh bersabar seperti selalu. Anisha perlu disedarkan. Bukan itu
caranya untuk menghukum dirinya.
Anisha
tidak menjawab. Dia tahu Amirul marah padanya namun Amirul tidak meninggikan
suaranya malah dia cuba
mengawal dirinya untuk tidak berkasar padanya walaupun layanan darinya itu
umpama langit dengan bumi.
“Kalau
cik Anisha masih tidak percayakan saya, saya ingin membawa cik Anisha ke rumah saya
dan menceritakan segalanya kepada cik Anisha dan sekiranya selepas itu cik
Anisha masih lagi mahu berkeadaan seperti sekarang, saya faham dan saya
berjanji tidak akan ganggu cik Anisha lagi,” ujar Amirul tenang.
Lama
Anisha mendiamkan diri bila Amirul berkata demikian. Amirul masih setia menanti
jawapan yang keluar dari mulut Anisha.
“Jika
saya bersetuju, saudara berjanji tidak akan menganggu saya lagi selepas ini,”
ujar Anisha dengan wajah serius.
“Saya
berjanji,” jawab Amirul serius juga. Hatinya merasa lega kerana Anisha
bersetuju dengan cadangannya walaupun dia tahu Anisha berbuat demikian kerana
mahu mengusirnya dan tidak mahu dirinya di ganggu lagi. Yang penting dia dapat
menarik perhatian Anisha.
Amirul
membuka pintu penumpang di mana Anisha duduk. Sebaik sahaja Anisha keluar dari
perut kereta Amirul menutup kembali pintu keretanya. Sepanjang perjalanan ke
rumahnya. Tiada patah perkataan yang keluar dari mulut Anisha begitu juga Amirul.
Anisha tidak tahu kenapa dia turuti kehendak Amirul dan mengikutnya ke rumah.
Rumah banglo yang pernah dikujungi dua minggu yang lalu kelihatan sunyi di
waktu siang hari.
Amirul
menanti Anisha di muka pintu.
“Assamualaikum,
mama,” ujar Amirul seraya menuju kea rah dapur mencari mamanya kerana menyangka
mamanya berada di belakang kerana pintu ruang tamu tertutup rapat.
“Puan
Hasnah tak ada di rumah, dia ke rumah Datin Adibah,” jawab makcik Zainab
pembantu rumahnya bila terpandang akan wajah Amirul di muka pintu dapur.
“Mak
Nab kenalkan ini Anisha anak Dr. Azman,” ujar Amirul memperkenalkan Anisha
kepada Mak Nab.
“Oh
ye patutlah makcik macam pernah nampak,”ujar Mak Nab baru teringat akan dimana
dia pernah ternampak wanita muda itu. Makcik Nab tahu sedikit sebanyak tentang
Anisha dari mamanya Puan Aina. Puan Aina begitu sayangkan Anisha. Kasihan pula
dia melihat Anisha begitu.
Anisha
menghulur tangan untuk bersalaman dan mencium tangan mak Nab.
“Mak
Nab, Mirul hendak mak Nab temankan saya ke bilik abg Fendy,” ujar Amirul. Tak
manis pula dia dan Anisha sahaja berada di bilik Fendy.
“Erm
baiklah,” ujar Mak Nab mendahului mereka menuju kearah bilik anak sulung Puan
Hasnah. Pintu bilik di buka luas. Amirul meluru masuk ke dalam bilik diikuti
Anisha. Mak Nab hanya berdiri sahaja di muka pintu. Dia tidak tahu apa tujuan
Amirul membawa Anisha ke bilik Fendy. Anisha berdiri tidak jauh dari Amirul.
Amirul memandang ke arah luar jendela.
“Siapa
yang tidak bersedih sekiranya orang yang di sayang meninggalkan kita,” ujar
Amirul sayu. Sebak hatinya tidak terkata bila terkenangkan Affendy. Abang yang
disayang telah pergi meninggalkannya dalam usia yang muda.
Amirul
menuju kearah meja sisi lalu menarik laci itu perlahan. Frame gambar yang sebesar
4R yang berisi gambar Affendy sedang tersenyum dikeluarkan.
“Cuba
cik Anisha tengok gambar ini,” ujar Amirul seraya menyerah frame tersebut
kepada Anisha.
Anisha
mengambil frame tersebut dari tangannya. Gambar Amirul dan pemuda di sebelahnya
dipandang silih berganti. Kedua-duanya tersenyum riang. Mereka kelihatan
sungguh akrab dan mesra. Anisha meneliti tarikh yang tercatat di bawah gambar
tersebut. Gambar itu diambil 6 tahun yang lalu. Amirul kelihatan muda ketika
gambar itu diambil. Mungkin ketika itu dia berusia dalam lingkungan 22 tahun.
Manakala pemuda tampan di sebelahnya kelihatan lebih kurang 26 tahun ketika
itu. Wajah pemuda tampan yang sedang tersenyum itu diperhatikan lama. Anisha
mengalihkan pandangannya kearah dinding berdekatan dengan katil. Gambar sebesar
saiz A3 potret pemuda yang dimaksudkan tergantung kemas. Wajah pemuda itu kini.
Masih kelihatan tampan dan sedikit matang.
“Dia
bukanlah dari darah daging saya, tapi saya menganggapnya sebagai abang kandung
sendiri, kami dibesarkan bersama, bersekolah bersama dan mempunyai hobi yang
sama, kami bagai isi dengan kuku, dia seorang abang yang contoh, seorang lelaki
yang penyayang, tapi kini dia pergi meninggalkan kami,” terang Amirul tenang
matanya terarah kearah luar jendela. Amirul merasa sebak dia tidak mahu Anisha
mengetahui bahawa dia turut bersedih hati di atas pemergian Affendy. Dia mahu
di mata Anisha dia adalah seorang yang tabah dan tidak lemah. Amirul menoleh semula
kearah Anisha yang masih lagi mengamati gambar mereka berdua.
Mak
Nab yang sedari tadi berdiri di muka pintu tidak dapat menahan sebak turut
mengalirkan airmata. Dia tahu Amirul sayangkan Affendy begitu juga dirinya. Dia
yang membantu Puan Hasnah membesarkan kedua-dua anak terunanya. Kedua-dua anak
lelaki Puan Hasnah baik terutama sekali Affendy. Amirul ada nakalnya juga suka
mengusik Puan Hasnah tapi Affendy tidak pernah dia terlalu menjaga hati mamanya
dan juga Amirul dan selalu sahaja mengalah jika Amirul berkehendakan sesuatu.
Begitulah peribadi Affendy. Dia seorang anak yang baik.
“Saya
tidak membenarkan sesiapa tahu betapa sedihnya hati saya sejak kehilangan
Affendy, saya tidak benarkan airmata ini tumpah di hadapan sesiapa, saya cuba
cekalkan hati dan menerimanya dengan redha, orang yang telah pergi tak akan
kembali, dan kita yang masih hidup ini harus meneruskan kehidupan ini tidak
bermakna kita melupakan yang telah tiada, dan cik Anisha seharusnya tahu patah
tumbuh hilang berganti, cik Anisha tidak akan dapat mengembalikan orang yang
cik Anisha sayangi,” terang Affendy.
Tanpa
disedari Anisha turut mengalirkan airmata. Dia sedar akan kebenaran kata-kata
Amirul. Dia tidak dapat mengembalikan abg long. Yang pergi akan tetap pergi.
Dia sedar kesilapannya. Dia sepatutnya redha dengan tadir dan ketentuan Allah.
Dia berterima kasih kepada Amirul kerana menyedarkan dirinya selama ini dia
hanya mementingkan hati dan perasaannya dan tidak peka akan perasaan orang
lain. Perasaan papa dan mamanya. Padanya tiada siapa yang memahami dirinya.
Tiada siapa yang tahu sedihnya kehilangan orang yang disayangi sehinggalah
Amirul. Jejaka yang di sangka hanya mahu mengambil kesempatan ke atas
kedukaannya. Persepsi Anisha terhadap diri Amirul bertukar sama sekali. Dia
tidak sendirian. Amirul juga pernah merasa kehilangan orang yang di sayanginya.
To be continue...