Seumur hidupku belum pernah aku berada di
Presidential Suite di Hotel mewah 5 bintang. Apatah lagi berada di dalam kereta
Cayenne Turbo S milik Faries. Inilah kali pertama. Namun begitu aku tidak
begitu teruja kerana moodku tidak begitu baik. Faries pula hanyut bersama I-pod
sedikit sebanyak membuatkan aku lega kerana aku tidak perlu berbual dengannya.
Manakala Aliff sibuk dengan telefonnya 24 jam. Menguruskan promosi filem dan
press conference untuknya.
“Oh sorry, I biarkan you seorang,”
Aku tersentak sekali lagi bila Faries tiba-tiba
menegurku.
“Eh tak apa, I don’t mind, lagipun I tak tahu
hendak berbual apa dengan you,” jawabku tanpa berfikir panjang.
“You tak tahu hendak bual apa dengan I?,” soal
Faries lalu tersenyum. Dia menyimpan I-pod.
“Sorry…maksud I,” aku kehilangan kata-kata.
Aku tidak bermaksud hendak berkata demikian tapi tidak tahu kenapa lidahku begitu
lancar sahaja menjawab pertanyaannya tadi.
“Tak kan lah you tak tahu hendak berbual
apa-apa dengan I, mustahil,” ujarnya lagi lalu tersenyum.
Aku menelan air liur bila mendengar suara
macho milik Faries. Memang suaranya sahaja bisa mencairkan hati mana-mana wanita
apatah lagi dia dikurniai wajah yang tampan.
“Er…, I tak pernah tengok lakonan you di
filem,” ujarku gugup.
Faries kelihatan seperti terperanjat bila aku
berkata demikian. Seolah-olah tidak percaya bahawa aku tidak pernah sekali
menonton filem lakonannya.
“Really that’s interesting, selama I berlakon
selama 9 tahun belum pernah I jumpa dengan orang yang tidak pernah melihat lakonan
I,”
Aku memandang tepat ke wajahnya dan berharap Faries
tidak marah padaku bila aku berkata demikian. Memang aku tidak pernah mengikuti
dunia hiburan. Aku jarang menonton drama atau filem melayu kerana aku mempunyai
2 pekerjaan sebelum ini. Tidak punya masa untuk menonton TV. Aku tahu
mengenai Faries pun kerana Raudah selalu memberitahu aku akan perkembangan
dunia artis. Raudah banyak membantu aku dengan memberi maklumat mengenai Faries.
Berapa lama dia berkecimpung dalam dunia lakonan. Dia selalu melakonkan watak
apa. Bekas temanwanitanya. Filem lakonan terbarunya. Gossip-gossip mengenai
dirinya. Semuanya tersimpan di dalam kotak fikiranku agar aku lebih selesa
dengan tugasku. Walaupun tidak banyak tapi sekurang-kurangnya ia dapat
membantuku sekiranya Faries bertanya kepadaku.
“You jangan salah faham, I selalu nampak you di
TV dalam talk show, I think you look better in person dari dalam TV,” jawabku
jujur.
“Well thanks I guess, you mean you tak pernah
tengok lakonan I langsung, never. Zilch,”
Aku mengelengkan kepala perlahan berharap Faries
tidak melenting marah.
“I can’t believe it, but it’s good to know,”
jawab Faries seraya ketawa. Dia tidak tahu kenapa dia merasa begitu lega. Dia
sepatutnya berasa ‘insult’ kerana dia bukanlah pelakon baru dan tidak terkenal.
Tapi dia seorang pelakon yang di sukai ramai.
Aku memandang kearah Aliff yang duduk di
sebelah pemandu peribadi Faries, dia kelihatan terlopong bila aku berkata
demikian. Dia turut tidak percaya dengan apa yang di dengarinya tadi. Nasha tidak pernah menonton drama atau filem lakonan Faries selama ini.
“You are not kidding aren’t you,” ujar Aliff.
“Why should I?,” jawabku ringkas.
“Where do you stay?, you mean your place tak
ada cable tv ke atau something, I think I need to fix your cable,” ujar Aliff.
“Stop it Aliff, jangan takutkan dia,”
“I hope you are not mad with me,” ujarku serba
salah kerana mungkin Faries akan terasa hati bila aku mengatakan aku tidak
pernah melihat lakonannya sebelum ini. Memang tak pernah tak kan aku hendak
mengaku. Buatnya dia tanya filem apa? Tak ke susah nanti. Lebih baik aku
beritahu secara jujur.
“Why should I, I’m glad that you know nothing
about me, the rumours, the gossips…the bad boy image,” terang Faries, dia kelihatan
rileks.
Riak di wajahnya menunjukkan bahawa dia tidak terasa
hati bila aku mengatakan bahawa aku tidak begitu mengikuti perkembangannya. He
might think I’m ignorance person.
“Sorry,” ujarku lagi.
“No…Please, I think you should hang out with me
more often,”
Hang out dengan Faries Syamri..haha like real.
Macam dia hendak keluar dengan orang seperti aku.
Sebaik sahaja kereta berhenti di tempat yang
di tuju. Akulah orang pertama yang keluar dari SUV Faries. Lelaki itu masih
berada di tempat duduk penumpang dan tidak berganjak. Aku menjeling hairan. Did
I forget to do something? Setahu aku bila sampai kena turun kan. Habis kenapa
Faries masih berada di dalam kereta. Apa yang di tunggunya lagi? Pemandu
peribadi Faries keluar dari perut kereta lalu membuka pintu untuk Faries. Ah
spoilt brat hendak di bukakan pintu buatnya. Apa hendak buat anak orang kaya
dan juga celebrity terkenal. Aku tidak sepatutnya merasa hairan dengan keadaan
sebegini.
bersambung....
best 3x.
ReplyDelete