Untuk tidak mahu sakit hati. Aku mengambil
keputusan untuk tidur. Bukankah itu plan aku tadi. Hendak tidur sepanjang
perjalanan ke Auckland, New Zealand. Aku meminta pramugari sleeping eye pad
bertujuan supaya aku dapat melelapkan mata dengan aman. Nasib baik si Rizal itu
tidak buat masalah. Kalau dia mula aku tidak teragak-agak meminta pramugari
untuk pindahkan dia dari tempat duduk kami. Aku tidak hendak tukar tempat duduk
sebab bukan aku yang buat masalah tapi dia. Sedap pulak bantal yang di sediakan
pesawat Emirates. Hmm bestnya. Aku tersentak bila bantal itu seakan bergerak
sedikit. Eh sejak bila pulak bantal boleh gerak ni? Aku menarik eye pad ke atas
lalu menjeling kearah kiri. Oh fish head curry. Opss I did it again! Sesedap
rasa sahaja aku memeluk lengan Ehsan dan tidur menyandar di bahunya. Aduh! Aku
memberanikan diri memandang ke wajahnya. Lelaki itu terlena dan tidak sedarkan
diri. Fuh nasib baik dia tak sedar, kalau tidak apa aku hendak buat di situasi
janggal begini. Perlahan-lahan aku cuba melepaskan tanganku dari memeluk lengan
Ehsan. Aku tidak mahu lelaki itu terjaga dari tidur.
Aku tersentak bila terdengar seseorang
berdehem. Aku menoleh kearah kanan spontan. Hampir hendak terkeluar biji mataku
bila menyedari orang yang berdehem itu Encik Faries. Ah mati aku. Dia nampak
aku memeluk lengan Ehsan tadi. Die!..Die!
“Encik Faries!,” ujarku terkejut wajahku pucat
serta merta. Kalau di tarah dengan pisau pasti tidak akan berdarah.
Faries memandangku tanpa expresi jadi aku
tidak tahu samada dia marah, sedih atau geram gila dengan aku. OMG!!! Encik
Faries tidak berkata apa tapi aku tahu Encik Faries marah pada aku. Suami mana
yang tidak akan baran bila melihat isterinya sewenang-wenangnya memeluk lelaki
lain di hadapannya. Lainlah aku pelakon dan sedang melakonkan watak dalam filem
di mana aku di kehendaki berbuat demikian. Ini bukan lakonan.
Faries masih tidak berkata apa bila dia pergi
meninggalkan aku dan berjalan menuju kearah belakang semula. Oh No! He’s angry
with me. Aku segera menanggalkan seat belt. Nasib baiklah hampir ke semua
penumpang di pesawat sedang tidur termasuk si Rizal. Aku sempat menjeling ke
tempat duduk asalku. Puteri Ernisa juga sedang tidur. Good. Aku berjalan pantas
mendapatkan Encik Faries kerana lelaki itu tidak menuju ke arah seatnya malah
menuju kearah belakang.
“Abang..,” tegurku lalu menarik tangan Faries.
Faries menoleh bila rasa tangannya di tarik
dari belakang.
“Here you go Mr. Faries,” tegur pramugari dari
hadapan Encik Faries lalu menyerahkan sebotol evian kepada lelaki itu.
“Thanks,” jawab Faries ringkas lalu membuahkan
senyuman.
“My pleasure..,” jawabnya lalu tersenyum.
Tahulah aku kenapa Faries datang ke tempat aku
tadi mungkin dia mahu meminta air evian dari aku tadi. Tapi memandangkan aku tidur
lena tadi dia mengambil keputusan untuk meminta sahaja dari pramugari bertugas.
Faries menoleh kearah Nasha. “Kenapa tak
sambung tidur lagi,” ujar Faries dengan wajah selamba seolah-olah perbuatan
Nasha tadi tidak memberi kesan apa-apa ke atas dirinya. Tujuannya ke tempat
Nasha tadi kerana dia tidak dapat tidur dan ingin berbual dengannya dan juga kerana
semua krew lain sudah lena ia memberinya kesempatan untuk berbual dan bermanja
dengan Nasha. Tapi bila menyedari wanita itu sedang terlena di atas bahu lelaki
lain. Perasaan cemburu mula terbit di hatinya. Dia benar-benar tidak dapat
mengawal perasaan cemburunya melihat Nasha bersama Ehsan. Namun dia cuba untuk
menyembunyikan perasaan cemburunya dari pengetahuan Nasha.
Nasha sukakan Ehsan? Semasa di set dia selalu
lihat Ehsan berbual dengan Nasha bila babaknya tidak diperlukan. Dia tahu Nasha
turut senang dengan lelaki itu kerana Nasha kelihatan selesa dan mesra bila
berbual dengannya. Adakah Nasha turut cintakan Ehsan? Faries tidak mahu
memikirkan tentang perkara itu. Nasha miliknya. Walaupun dia belum mampu
membuatkan wanita itu cinta dan sayangkannya. Nasha tetap miliknya.
Aku cuba mengawal perasaan sedih bila Encik Faries
berkata demikian. Aku tahu Encik Faries marahkan aku tapi dia cuba untuk tidak
menunjukkannya kepadaku. Tapi kenapa? Adakah kerana dia takut jika krew filem
tahu bahawa hubungan kami lebih dari PA dan boss? Sampai bila Encik Faries
hendak rahsiakan hubungan kami? Aku sayangkan Encik Faries. Ye aku sedar aku
sayang dan cintakan Encik Faries. Aku baru menyedarinya bila aku merasa cemburu
bila setiap kali aku lihat Puteri Ernisa mesra dengannya. Tapi aku tidak mampu
berterus terang pada Encik Faries kerana aku takut dia tidak dapat membalas
cintaku kembali. Aku tidak kisah jika dia memarahiku kerana aku tahu aku
bersalah walaupun aku tidak tersengaja berbuat demikian.
“Abang maafkan Nasha.., Nasha tidak sengaja,”
ujarku cuba menahan sebak. Aku mahu Faries mengerti bahawa aku tidak sengaja
berbuat demikian.
“Go and sleep,” ujar Faries lalu mencium pipi
Nasha perlahan dan tanpa menoleh kearah Nasha dia berlalu menuju kearah
seatnya. Faries duduk di seatnya lalu memasang seat belt. Dia mengalihkan
pandangan kearah luar tingkap. Walaupun tiada apa yang dapat di lihat selain
kegelapan malam dan kepulan awan putih.
Seketika kemudian Ernisa menyandarkan
kepalanya di bahu Faries. Faries tersentak dia menolak bahu Ernisa perlahan
agar kepala wanita itu berada diseatnya semula, selimut yang terlurut dan hampir
terjatuh di lantai di tarik perlahan hingga ke bahu Ernisa. Sekali lagi Ernisa
menyandarkan kepalanya di bahu Faries dan tangannya memeluk lengan Faries mesra
sepertimana yang aku buat pada Ehsan ketika tertidur tadi. Kali ini aku tahu
Puteri Ernisa sengaja kerana ketika dia berbuat demikian dia sedar. Dia sengaja
memeluk lengan Faries erat dan percaya Faries tidak akan berbuat apa-apa jika
dia berbuat demikian kerana menyangka dia benar-benar tidur dan tidak sedar bila
melakukannya. Seperti apa yang di jangka Faries membiarkan sahaja dia memeluk
lengannya. Dia hanya mampu membiarkan Ernisa berbuat demikian sehingga dia
terjaga.
Aku perhatikan semuanya dengan perasaan sebak.
Baru kini aku tahu akan perasaan Encik Faries bila dia melihat aku tidur sambil
memeluk lelaki lain. Aku sendiri tidak sanggup melihat Ernisa berbuat begitu
pada suamiku. Hendak sahaja aku mengejut wanita itu agar dia tidak lagi tidur
menyandar di bahu Faries dan memeluk lengannya. Tapi aku tidak mampu berbuat
apa-apa. Hatiku benar sebak. Aku tahu Faries kecewa dengan sikapku. Maafkan
Nasha abang.
bersambung....
No comments:
Post a Comment