Friday, 9 May 2014

From Boss with Luv - Part 10



Suatu ketika dahulu aku pernah impikan, bahawa suatu hari ada seorang putera yang kacak dan tampan akan melamarku menjadi suri hidupnya. Tapi itu suatu ketika dahulu. Kini aku tidak akan percaya akan adanya lelaki yang baik seperti yang aku impikan. Pengalaman cinta aku not even close to nice and charming. Aku mengeluh sendiri. Mana perginya lelaki yang baik, sensitive dan bertimbangrasa. Yang ada hanya baik dan cantik di luaran sahaja dan tidak berkualiti.

Aku berada di lokasi shooting Faries. Faries di beri peranan utama dalam filem romantic hasil nukilan Datuk Mansur sendiri. Filem ini dilakonkan era zaman dahulu. Zaman ‘Nordin Ahmad’ dan ‘Mustapha Maarof’. Faries di beri peranan sebagai seorang lelaki miskin yang bercinta dengan gadis dari keluarga orang ternama. Hubungan mereka di tentang hebat dari keluarga si gadis dan akhirnya Faries atau ‘Amran’ nama peranannya itu mati kerana menghidap penyakit kronik. Hari ini mereka melakonkan babak yang terakhir iaitu babak dimana Faries terlantar di rumah pondok buruknya dimana Amran akan meninggal dunia. Semua crew termasuk diriku diminta mendiamkan diri ketika Faries sedang menghayati peranannya.

“Amran, maafkan Sarah, Sarah tidak bermaksud hendak melukakan hati Amran,” ujar Eliana yang diberi peranan wanita utama dalam filem ini.

Amran menoleh kearah Sarah lalu mengelus lembut pipinya. Airmatanya yang mengalir di kesat perlahan. Sungguh romantic.

Hatiku begitu tersentuh bila melihat lakonan Faries yang begitu berkesan di sanubariku. Ekpresi wajahnya sahaja sudah cukup membuatkan hatiku benar-benar terharu dan sedih seolah-olah dia benar-benar sedang didalam penderitaan yang amat sangat. Dia seorang pelakon yang hebat dapat menjiwai wataknya dengan baik. Aku sengaja berdiri di ceruk tepi kerana mata aku tidak makan saman. Pantang tengok benda sedih sikit mulalah hendak meleleh air mata. Dan sebelum orang lain perasan bahawa aku menangis ada lebih baiknya aku menyorok.

“Sudahlah sayang, jangan bersedih, jangan kau tangisi permergianku,” ujar Amran tersekat-sekat. Sesekali wajahnya berkerut menahan sakit.

“Amran jangan tinggalkan Sarah, jangan pergi,” ujar Sarah menangis sehendak-hendaknya.

Amran menitiskan air mata melihat keadaan Sarah. Hatinya sedih melihat keadaan kekasih begitu. Namun dia pasrah dengan kehendak tuhan. Dia tidak dapat hidup bersama dengan Sarah seperti yang impikan. Kerana Sarah di kehendaki bernikah dengan sepupunya yang setaraf dan mampu memberikan kemewahan padanya. Manakala Amran lelaki yang serba-serbi kekurangan.

“Kalau tuan mudik ke hulu, carikan saya bunga kemboja, kalau tuan mati dahulu, nantikan saya di pintu syurga,” ujar Sarah tersekat-sekat menahan sendu.

“Aku berjanji sayang,” jawab Amran lemah seraya menyapu air mata Sarah yang mengalir tanpa henti.

Air mataku mula mengalir laju. Isskk payah. Aku membuka handbag lalu mencari tisu.

“CUT!!…, nice job, Faries and you too Elliana,” ujar Datuk Mansur tiba-tiba.

Elliana bangun dari tempat duduknya. Wajahnya yang kelihatan sedih kini bertukar bersahaja. Para juru make-up segera berlari mendapatkannya. Faries bingkas bangun dari katil lalu menuju ke arahku.

Oh dear. Aku cepat-cepat mengelap airmataku dengan tisu sebelum lelaki itu perasan bahawa aku menangis melihat lakonannya.

Faries berdiri di hadapanku lalu menghulurkan tangannya seolah-olah menunggu aku memberinya sesuatu.

“Encik Faries you nak apa?,” soalku kurang faham akan kehendak Faries. Yelah tetiba hulur tangan pada aku. Apa dia hendak slow dance dengan aku ke?

“Hand sanitizer, I need to clean my hands, germs,” jawabnya dengan wajah bersahaja. Oh hand sanitizer..ingatkan nak apa tadi. Cakaplah macam aku boleh membaca fikirannya. Aku membuka bag tanganku mencari ‘hand sanitizer’ seperti yang di minta. Nasib baiklah aku membawanya tadi kalau tidak satu kerja hendak membeli satu.

“Kenapa dengan you, you menangis ke?,” tegur Faries lalu tersenyum bila perasan akan sepasang mata bundar milik Nasha kelihatan basah dan berair.

“Yeah, I’m really touch, you are fantastic, you an good actor,” jawabku jujur tanpa memandang wajahnya..pasti dia ketawakan aku. Aku segera mengesat airmataku malu juga kerana Faries perasan dan menyangka aku wanita cengeng. Siapa yang tidak cengeng bila orang yang disayangi pergi meninggalkan kita.

“Ok..,” jawab Faries ringkas lalu pergi meninggalkan Nasha.

Aku memandang wajahnya tanpa berkedip. Aku belum habis cakap lagi dia dah pergi tinggalkan aku. Bangau betul. Bisikku dalam hati. Faries selalu membuatkan aku merasa jengkel bila dia kembali ke perangai OCDnya.

Aku mempercepatkan langkahku mengejarnya dengan perasaan sebal. Baru hendak ku puji lakonannya itu sememangnya ‘the best’. Namun ku simpan sahaja hasrat untuk memberinya pujian lebih-lebih bila dia kembali ke mode OCDnya. Aku tidak berpuas hati selagi aku tidak mengetahui akan makna OCD itu. Selagi aku tidak tahu, selagi itu keinginan aku hendak berhenti bekerja dengan Faries semakin meluap-luap.

                              Faries duduk di kerusi yang disediakan untuknya. Juru mekap memberinya touch-up sebelum dia melakonkan babak yang seterusnya. Aku berdiri di belakang Faries. Melihatkan Faries tidak memerlukan apa-apa dari aku ketika ini, ada lebih baiknya aku googled akan makna OCD tu. Mini i-pad milik Faries aku guna untuk membuat research.

                              “Hello,” tegur Aliff membuatkan PA baru Faries terkejut dan hampir sahaja mini i-pad yang di pegangnya terjatuh terhempas ke lantai.

                              “Astarfirullah al azim, Encik Aliff you terperanjat kan aje…nasib baik tak jatuh i-pad, kalau jatuh pecah siapa nak ganti?,” ujarku lalu mengurut dadaku perlahan.

                              Aliff hanya tersengih bila PA Faries memarahinya.

                              “Sorry, tak sengaja so macamana boleh bekerja dengan Faries?,” soalnya ingin tahu. Dia benar-benar berharap Nasha dapat bertahan dengan Faries. Dia tidak mahu mengadakan temuduga lagi. Letih rasanya.

                              Aku mengeluh berat bila Aliff bertanya tentang kerjaku sebagai PA. I should write a diary. PA’s diary tentang tugas harianku sebagai PA Faries Syamri. Mana tahu boleh di bukukan suatu hari nanti.

                              “No..No..Nooooo, no matter what..you kena bertahan dengan Faries, please..please, jangan berhenti kerja,” rayu Aliff seperti anak kecil. Aku hanya memandang wajahnya dengan wajah hairan. Hai teruknya cara dia merayu. Apa yang Aliff cuba sembunyikan dari pengetahuan aku.

                              “Encik Aliff, kalau hendak I terus bekerja dengan Encik Faries, you better help me out..if not I quit, you carilah orang lain,” ugutku. Sebenarnya aku saja aje hendak gertak manager Faries aku tahu dia tidak mahu aku berhenti bekerja dari cara dia merayu tadi.

                              “Ok..ok I beritahu apa yang I tahu tentang Faries, what do you want to know?,” soalnya lalu memandang wajah Nasha dengan wajah serious.

                              “Apa OCD? Why Fiza cakap Encik Faries OCD??,” soalku ingin tahu lalu memandang tepat ke wajah Aliff. Yes..tak sempat hendak ‘google’ tadi disebabkan Encik Aliff. Maka dia harus terangkan kepada aku sehingga aku benar-benar faham akan maksud ‘OCD’ itu.

                              “I tak tahu bagaimana hendak explain to you, OCD adalah penyakit yang menyebabkan seseorang memiliki keinginan atau dikenali obsesi dan dorongan untuk mengulang-ulang perilaku tertentu kompulsi atau berkali-kali. Kadang mereka mengetahui bahawa obsesi dan kompulsinya itu tidak masuk akal, tetapi mereka tidak boleh menghentikannya dan tidak dapat dikawal. Tanpa melakukannya mereka akan merasa gelisah atau cemas. Sehingga penyakit ini digolongkan sebagai penyakit kecemasan anxiety,”

                              Aku terlopong sebaik sahaja mendengar penjelasan dari Encik Aliff. Patutlah dia perlukan wet tisu kerana merasakan tangannya kotor dan perlu di bersihkan setiap kali dia bersalaman dengan seseorang takut kuman yang terdapat di tangan orang lain. Patutlah dia tidak suka makanannya bersentuhan kerana dia obses. Patutlah perangai dia pelik semacam. Eh berapa banyak patutlah.

Aku tidak menyangka Faries mengidap penyakit jiwa kronik begini. Aku merasa kasihan pada Faries tiba-tiba. Tiada perubatan yang dapat menyembuhkan penyakitnya ke? Ini baru beberapa perkara yang aku tahu mengenai Faries. Aku dapat merasakan ada lagi banyak perkara yang aku tidak tahu mengenai Faries.

                              “Kesian…,” jawabku perlahan mengenangkan nasib pelakon terkenal itu. Memiliki wajah yang tampan dan harta yang banyak tapi dia mengidap penyakit sebegini. Allah itu maha adil. Tidak semua yang kita dapat memiliki. Aku harus bersyukur.

                              “Awak faham tak? kenapa saya perlukan awak Nasha, saya rasa hanya awak sahaja yang dapat menjadi pembantunya,” ujar Aliff pada Nasha bila wanita itu hanya mendiamkan diri sebaik sahaja dia memberi penjelasan mengenai OCD kepadanya.

                              “Kesian..,” ujarku sekali lagi.

                              “Eh awak ni dah tersampuk ke..asyik kesian..kesian dari tadi,” ujar Aliff.

                              “Eh..eh Encik Aliff..jangan marah nanti kena jual,” ujarku sebelum Encik Aliff naik radang. Encik Aliff nampak aje garang tapi dia cool sebenarnya.
bersambung....

No comments:

Post a Comment