Wah aku tidak menyangka pelakon lelaki
terhebat benar-benar hebat berlakon di hadapan mak dan abah serta adik beradik
aku. Kalau tidak, dia tidak akan dapat award sebagai pelakon lelaki terbaik
selama 3 tahun berturut-turut ye tak? Kenapa aku katakan begitu kerana
sepanjang Encik Faries tinggal di BP dia tidak banyak Macarena. Dia hanya
berkelakuan pelik bila berada bersama dengan aku sahaja. Itupun jauh dari
pandangan mereka. Di hadapan mak dan abah dan adik beradik ku lain. He’s
perfect son-in-law. Encik Faries cuba tidak menunjukkan perangai OCDnya. Dia
pandai berlakon.
Sepanjang perjalanan menuju ke KL aku
tersenyum bila mengingatinya. Yelah Encik Faries cuba sedaya upaya untuk
berlagak normal. Dia sedikit tidak menunjukkan kepayahan di wajahnya bila dia
terpaksa menahan diri untuk tidak menyentuh hand sanitizer bila bersalam dengan
mak dan abah tadi. Dan dia cuba makan nasi goreng yang aku buat sarapan pagi
kerana nasi goreng, semuanya sudah bercampur. Sayur, ikan bilis dan nasi
digoreng sama. Tak kan aku nak asingkan nasi dan ikan bilis dengan sayur. Dia
ingat aku ni Puspawangi dalam cerita Musang berjanggut ke? Aku respect kat Encik
Faries walaupun aku lihat dia seperti di paksa makan racun lagaknya kerana
dapat melihat dahinya berpeluh juga kerana terpaksa menelan nasi goreng itu.
Namun untuk tidak menghampakan permintaan adik-adik iparnya yang nakal itu
Faries menurut. Haha. Kesian Encik Faries. Nasib baik dia tidak terkena
keracunan makanan atau ceret beret tadi.
“Eh tak tidur pulak..selalunya jalan jauh
macam ni awak dah selamat berdengkur,” tegur Faries lalu menoleh kearah Nasha
yang tersenyum-senyum sendiri sedari tadi. Apa yang membuatkan wanita itu
tersenyum sendiri.
Aku menoleh kearah Encik Faries. Berdengkur?
Aku tidur berdengkur ke? Issk malunya aku dengan Encik Faries kalau aku
benar-benar tidur berdengkur.
“Kenapa awak pandang saya macam tu?,” ujar
Faries bila Nasha membesarkan mata bila dia mengusiknya.
“Saya tidur berdengkur ke Encik Faries?,”
soalku ingin tahu.
‘Encik’ Faries lagi. Dia tidak faham kenapa
Nasha masih hendak ber’encik’ encik dengan dia.
Faries menoleh kearah Nasha bila wanita itu
benar-benar ingin tahu samada dia tidur berdengkur. Sebenarnya tidak. Nasha
tidur macam baby. Baring satu sudut sahaja. Mungkin takut terlanggarnya atau
terpeluknya seperti kelmarin. Namun kalau terpeluknya dia tidak kisah pun.
Nasha bukan orang lain isterinya juga.
“Satu rumah boleh dengar,” jawab Faries dengan
wajah serious. Sengaja dia hendak mengenakan Nasha. Walhal wanita itu tidak
berdengkur pun.
“Betul ke..eii malunya saya,” ujarku lalu
melemparkan pandangan kearah kiri. Tidak mahu menoleh kearah Encik Faries malu
jangan cakaplah. Dah selama 2 malam berturut aku terpaksa tidur sekatil dan
sebilik dengannya. Dan selama 2 malam tu juga aku tidur berdengkur. Nasib
baiklah selepas ini aku tidak perlu tidur dengan dia lagi.
“Habis tu merajuk..saya cuma bergurau
sahaja..awak tidak tidur berdengkur pun,” pujuk Faries bila Nasha tidak mahu
memandang ke arahnya bila dia mengatakan Nasha tidur berdengkur.
“Mana ada saya merajuk..saya cuma malu
sahaja..nasib baik balik nanti saya tidak perlu tidur sebilik dengan Encik
Faries lagi dah boleh tidur di katil empuk saya di rumah, rindu dengan bantal
busuk saya,” ujarku lalu tersenyum. Tak sabar hendak memeluk bantal kegemaran
aku bila balik nanti.
“Siapa kata awak tak perlu tidur sebilik
dengan saya?,” jawab Faries dengan wajah serious.
Gulp. Alamak aku lupa! Aku bukankah ke isteri
Encik Faries. Ini bermakna aku harus tinggal dengannya. Aku tidak boleh lagi
tinggal serumah dengan Raudah. Aduh! Macamana aku boleh terlupa ni. Aku tak
beritahu Raudah lagi. Mesti Raudah putus kawan dengan aku. Kerana aku tidak di
benarkan memberitahu teman-teman bahawa aku sudah bernikah dengan Faries
Syamri. Tapi Raudah teman baikku aku percaya dia tidak akan menceritakan kepada
sesiapa.
“Encik Faries..saya hendak minta izin boleh? Saya
hendak beritahu teman serumah juga merangkap teman baik saya bahawa saya sudah
berkahwin, jadi dia tidak akan tanya kenapa saya tidak tinggal dengan dia
lagi,” ujarku lalu menoleh kearah Faries yang sedang memandu.
“Tak boleh,” jawab Faries dengan wajah
serious.
“Huh..oklah,” jawabku perlahan dengan wajah
sedih. Habislah aku, macamana hendak aku terangkan kepada Raudah bahawa aku
tidak boleh tinggal serumah dengan dia lagi. Alasan apa yang hendak aku berikan
kepadanya.
“Boleh tak kalau awak jangan panggil saya
Encik Faries lagi,” ujar Faries menoleh kearah Nasha sekilas. Panggilan itu
terlalu formal. Kalau di ‘Set’ atau bekerja dia izinkan Nasha memanggilnya
begitu. Tapi bila mereka berdua sahaja. Dia lebih suka Nasha memanggilnya
‘abang’ atau ‘dear’.
“Err..you nak I panggil you ‘Sir’ atau ‘Mr.’
Faries?,” ujarku lalu menoleh kearahnya dengan wajah tidak bersalah.
“Call me ‘abang’..or ‘hubby’ or ‘dear’..or
whatever you please..anything yang dapat membezakan antara kerja dengan tidak,
yang dapat membezakan boss dan suami,” jawab Faries dengan wajah serious.
Aku menelan air liur melihat Faries kelihatan
garang bila dia menegurku tadi. Aku tidak menyangka perbuataan aku itu
benar-benar membuatkan Encik Faries benar-benar terasa hati. Aku bukan sengaja
pun dah terbiasa memanggilnya dengan gelaran itu.
“Sorry abang,” jawabku lalu menyeka air mataku
perlahan. Terkedu bila di marah Faries tadi. Aku tidak pernah melihat Faries
segarang ini. Mungkin sebelum ini aku hanya PA sahaja maka dia tidak berhak memarahi
aku. Tapi kini, aku bukan sahaja PAnya aku juga isterinya. Maka dia berhak
menegur kesilapan aku.
Faries menyeluk saku seluarnya lalu
mengeluarkan sapu tangan dan menyerahkan kepada Nasha. Dia tidak berniat hendak
membuatkan Nasha sedih tapi Nasha harus tahu membezakannya. Aku mencapai sapu
tangan dari Faries kerana tidak mahu membuatkan lelaki itu marah pada aku lagi
jika aku tidak mengambilnya.
“Of course you can tell Raudah about your
status..but please tell her to keep to herself,” jawab Faries perlahan.
Aku menganggukkan kepala perlahan tanda faham.
Tidak berani melawan cakap Faries.
“Kita singgah ke rumah Nek Yah sekejap sebelum
balik,” tegur Faries lalu menoleh kearah Nasha. Dia hendak berehat di rumah Nek
Yah sekejap sebelum menyambung perjalanan menuju ke rumahnya.
“Ok juga lagipun mak ada beri buah tangan
untuk Nek Yah, elok juga abang singgah,” jawabku bersetuju bila Encik Faries
mahu singgah ke rumah neneknya.
bersambung....
Sweett laaa...suke2....klau boleh like...dah like bnyk2...
ReplyDeleteHehe terima kasih shira.. :))
ReplyDeleteTiap hari x sabar menanti, best terus perah idea tau, kita sukaaa,FARIES!!!! :D
ReplyDeleteterima kasih nuramal..ins sha allah ni sedang perah idea ni tatapan blog ini.. :D
Deletenak lagi...
ReplyDelete