Di dalam lif hanya kami berdua sahaja. Namun
Faries tidak berkata apa-apa. Begitu juga dengan aku. Mungkin Faries masih lagi
marah padaku kerana aku melakukan kesilapan tadi. Dan aku pula hanya mendiamkan
diri kerana masih terasa dengan perbuataan Faries. Faries tidak merasa apa-apa
kerana dia kelihatan tidak ambil endah malah merasa senang bila aku mendiamkan
diri sahaja. Apa masalah Faries? Seolah-olah dia mempunyai split personality.
Sekejap ok, sekejap tak ok. Aku masih belum punya kesempatan untuk google akan
maksud ‘OCD’ seperti saranan Fiza.
Sebaik sahaja pintu lif terbuka. Aliff berada
di muka pintu.
“Hi Nasha, how’s everything ok?? Good??,” tegur
Aliff lalu berjalan seiringan dengan Faries. Aku hanya mengetap bibir menahan
rasa bila dia berkata demikian. Nasib baiklah tawaran gaji yang di berikan
bagus. Sabar Nasha sabar. Sabar itu separuh daripada iman. Pujuk hati kecilku.
“Producer untuk filem terbaru kita just
called, kita kena shoot beberapa babak di NZ selama 2 minggu, Elliana tak
setuju kita shoot di Cameron Highland, katanya tak ada class, dia nak yang
real, baru ada feeling,” ujar Aliff lalu menyelak akhbar di depannya.
Elliana. Oh ya pelakon muda baru yang
terkenal. Sama taraf dengan Eira Faeza dan Farah Shila. Aku ada banyak
mendengar tentang karektor pelakon muda itu. Elliana seorang artis yang cerewet
dan demanding. Walaupun dia baru dalam dunia lakonan. Namun dia banyak mendapat
tawaran dari banyak syarikat untuk filem mereka. Tidak di nafikan Elliana
seorang yang cantik dan berbakat besar. Dan dalam masa yang singkat namanya
melonjak naik. Lakonannya bagus cuma dia ada attitude problem.
Faries hanya mengelengkan kepalanya. Pelakon
baru sudah demanding. Hendak lokasi yang bagus itu dan ini. Masa dia mula
berlakon dahulu dia tidak pernah hendak itu atau ini. Semuanya dia terima
asalkan dia dapat berlakon dan menjiwai watak yang di berikan. Faries memang
passion dalam lakonan dan menyanyi. Dia tidak pernah ambil sambil lewa akan
watak yang dilakonkannya. Walaupun dia berminat pada kedua-duanya. Tapi Faries hanya
menumpukan perhatian pada dunia lakonannya dahulu. Dia belum bersedia untuk
bernyanyi. Dia pernah berlakon dengan ‘Jacky Chan’ dan juga dengan ‘Michael
Gibson’. Mereka pelakon popular tidaklah terlalu mengada-ngada seperti pelakon disini.
“Whatever!! just get it done, and I’m out of
her face,” jawab Faries tidak kuasa untuk memeningkan kepala memikirkan
attitude problem Elliana. Banyak lagi perkara lain yang hendak di fikirkan.
Kalau tidak kerana dia hormatkan Datuk Manaf selaku director dan teman baiknya.
Dia tidak akan setuju untuk berlakon dengan Elliana.
Faries berhenti melangkah lalu menoleh kearah
Nasha yang berada jauh dari mereka. Aku memandang wajah Faries bila lelaki itu
memandang ke arahku tanpa berkata apa. Aku segera mendapatkannya mungkin dia
memerlukan sesuatu.
“Here, you take care of this,” ujar Faries lalu
menyerah dompet dan BBnya kepada ku. Aku menoleh kearah Aliff. Aliff hanya
tersenyum melihat aku kelihatan seperti orang bingung.
“You simpankan untuk dia, jaga macam nyawa
sendiri,” pesan Aliff seakan berbisik. Dia tidak mahu Faries terdengar
usikannya tadi.
Aku hanya menganggukkan kepala tanda faham.
Lalu menyimpan dompet dan handphone Faries ke dalam bag tanganku.
bersambung....
No comments:
Post a Comment