Shiela meletak pingan
di atas meja. Dia memastikan bahawa steak daging tidak bersentuhan dengan
kentang pusar dan kacang peas. Sos mushroom yang di tempatkan ke dalam bekas
kecil di letakkan di hadapan pinggan dan berada lebih kurang 1 inci dari
pinggan. Pisau di letakkan di sebelah kanan manakala garfu pula di letakkan di
sebelah kiri, begitu juga napkin yang sudah di lipat cantik di letakkan di
sebelah kiri. Setelah berpuas hati dengan susunannya, Shiela berjalan menuju
kearah bilik Faries lalu di ketuknya pintu bilik perlahan 2 kali. Faries membuka
pintu.
“Dinner is ready,” ujar
Shiela seraya berlalu menuju kearah bilik dining. Diikuti dengan Faries. Faries
berjalan menuju kearah dapur lalu membasuh tangannya di sinki. Shiela menarik
kerusi lalu duduk menanti Faries kembali ke meja makan. Dia menjeling kearah
jam di dinding setelah hampir 5 minit Faries masih belum kembali ke mejanya.
Shiela mengeluh kecil. Dia bangkit dari kerusi lalu menuju kearah dapur di mana
Faries masih berada.
Faries sedang mengelap
tangannya dengan napkin kering yang tersusun cantik di atas kaunter sinki.
Setelah di lap tangannya. Faries melipat tuala itu semula lalu di masukkan ke
dalam bakul. Dia memutar paip sinki lalu membasuh tangannya kembali dengan teliti.
Shiela mengeluh kecil lalu menghampiri Faries. Kepala paip di tutup. Dia
mencapai sekeping napkin kering yang baru lalu mengelap tangan Faries kering.
Setelah di lap Shiela mencampak tuala itu kedalam bakul.
“Come let’s go,” ujar
Shiela kepada Faries. Shiela berjalan mendahului Faries menuju kembali ke
dining. Faries mencapai ‘thong’ yang terdapat di dalam laci lalu mencapai napkin
yang digunakan yang di campak Shiela dari dalam bakul. Dia melipat napkin itu
lalu meletaknya kembali ke dalam bakul. Dia memutar kepala paip lalu mencuci
tangannya kembali. Mendengar air keluar dari paip sinki. Shiela berlari semula ke
dapur lalu mematikan paip. Dia mencapai napkin kering lalu mengelap tangan Faries
kering. Napkin yang basah itu dilipat lalu di letakkan ke dalam bakul.
“Ok…, puashati,” tegur
Shiela lalu memandang wajah Faries.
“Ok,” jawab ringkas Faries
lalu menuju ke ruang dining. Faries mengangkat kerusinya perlahan dan
memastikan bahawa kerusinya tidak senget. Setelah berpuashati dia duduk di atas
kerusi. Dia mencapai napkin yang terdapat di atas meja lalu di letakkan ke atas
ribanya. Shiela membuka penutup botol Evian lalu menuang air mineral itu ke
dalam gelas yang tersedia.
“Shiela ambil gelas lagi
satu,” ujar Faries lalu memandang ke arah gelas air mineral yang berada di atas
mejanya.
“Gelas lagi satu?? You
nak jus ke??,” soal Shiela hairan bila bossnya meminta gelas lagi satu.
“No…, just take another
glass, please?,” pinta Faries lalu tersenyum.
Shiela bangkit dari
kerusi lalu menuju kearah dapur. Seperti di arahkan, dia kembali ke ruang
dining bersama gelas kosong. Lalu meletakkannya di atas meja. Faries membuka
penutup botol mineral evian lalu menuang sisa air tersebut kedalam gelas kosong
yang di beri Shiela tadi. Air yang di tuang habis itu berada di paras kurang
setengah dari gelas tersebut. Dia mencapai gelas air yang di tuang Shiela awal tadi
lalu menuang sedikit air ke dalam gelas yang kurang. Dia mencapai gelas pertama
dan meletak bersebelahan dengan gelas kedua. Dia mencapai gelas pertama lalu
menuang sedikit air ke dalam gelas kedua lalu meletak gelas itu bersebelahan
dengan gelas kedua. Setelah memastikan bahawa paras air di kedua-dua gelas itu
seimbang dan sama rata. Faries tersenyum menandakan dia berpuashati.
Shiela mengelengkan
kepala perlahan tidak percaya dengan apa yang di lihat. Namun dia tidak kuasa
hendak berkata apa.
Faries mencapai pisau
lalu menolak kacang peas yang hampir bersentuhan dengan kentang pusarnya. Dia
mencapai garfu lalu menyucuk daging steak. Dia mengunakan pisau lalu memotong
daging steak tersebut lalu membentukkannya seperti empat segi tepat. Dia
mencapai sos lalu menuang sedikit di atas daging yang sudah di potong. Dia
mencapai garfu lalu menyucuk daging empat segi itu dan masukkan kedalam
mulutnya. Faries mengunyahnya perlahan. Wajahnya kelihatan berkerut. Dia
mencapai napkin dari ribanya lalu di letakkan ke mulutnya untuk mengeluarkan
daging yang di kunyahnya tadi. Napkin itu di letakkan di atas meja.
“Shiela kenapa daging steak
ni sejuk?,” tegur Faries lalu menoleh ke arah Shiela.
Shiela mengeluh perlahan.
Dia tidak tahu bagaimana dia boleh bekerja lama dengan Faries yang begitu dan
terlalu amat cerewet. Kalau tidak kerana gaji yang di tawarkan itu lumayan.
Shiela tidak ingin bekerja dengan Faries. Jika dia tahu dari awal dia terpaksa
menjadi pembantu peribadi kepada seorang lelaki dewasa yang terlalu cerewet.
Dia tidak akan terima walaupun gaji yang ditawarkan lumayan. Kalau baby cerewet
dia faham, ini baby ganyut. Hissh tidak faham rasanya. Kekadang dia merasakan
adakah Faries sememangnya anak manja dan ‘spoilt brat’ atau dia sememangnya
mempunyai penyakit cerewet.
“Yelah you cuci tangan
setengah jam, macamana makanan you tidak sejuk,” ujar Shiela meninggikan
suaranya kerana dia tidak dapat mengawal perasaannya.
“I tak boleh makan makanan
yang sejuk,” jawab Faries lalu memandang wajah Shiela dengan wajah bersahaja
seolah-olah dia tidak terasa hati bila Shiela memarahinya.
“Then jangan makan,
starve yourself,” ujar Shiela lalu bangun dan meninggalkan Faries sendirian di
dining. Penat dia hendak melayan karenah Faries sekarang.
Bila menyedari Shiela
tidak akan melakukan sesuatu mengenai makanannya. Faries bangkit dari kerusi
lalu menuju kearah dapur. Dia mencuci tangan lalu mengelapnya kering. Setelah napkin
sudah di lipat dan dimasukkan ke dalam bakul. Faries mencapai serving plate
dari kabinet berkaca lalu di letakkan di island counter. Dia menuju kearah
kabinet semula lalu membuka bekas roti dan mencapai beberapa keping roti organic
‘wholemeal’ lalu di letakkan ke atas tempat pemotong yang bersih. Dia berjalan
menuju kearah peti sejuk lalu membukanya. Dia mencapai kepingan salami ayam,
cheese, tomato dan sayur salad lalu membawanya ke island kaunter dimana
kepingan roti itu berada. Faries ingin menyediakan sandwich.
Shiela merasa bersalah
setelah menyedari kesilapannya. Dia tidak sepatutnya berbuat begitu terhadap
diri Faries. Faries adalah majikannya. Dia sepatutnya sudah boleh bersabar dan
memahami keperluan Faries kerana dia sudah bekerja dengannya hampir 2 tahun.
Dia tidak tahu kenapa malam ini dia seperti tidak sabar dengan perangai Faries.
Shiela menolak sliding door lalu menuju ke dining. Setelah di lihat Faries tidak
berada di dining dia mencarinya di dapur. Dia dapur dia melihat Faries sedang
memotong hujung roti mengunakan pisau. Shiela menghampiri Faries.
“Biar I yang buatkan
untuk you,” tegur Shiela perlahan.
Faries meletak pisau di
atas kaunter bila Shiela berkata demikian. Shiela mahu mencapai pisau.
“Wash your hand first,”
tegur Faries.
Shiela tertawa kecil bila
dia terlupa untuk berbuat demikian. Dia menuju kearah sinki lalu mencuci tangan
mengunakan sabun membilasnya dan mengelapnya kering. Perbuataannya itu di
perhatikan Faries. Shiela menuju ke kaunter lalu menyambung memotong kesemua
hujung roti kerana dia tahu Faries tidak suka memakannya dan Faries mahu
rotinya di potong empat segi tepat. Sayur salad yang sudah di kopek Faries di
susun cantik di atas keping roti, dia mencapai kepingan tomato yang dipotong Faries
dan menyusunnya seperti kehendak Faries, kepingan salami ayam di lepat dua dan
disusun beberapa keping di atas tomato. Dan akhir sekali dia meletak sos ranch
dressing. Shiela mencapai black pepper lalu menaburkannya sedikit di atas
dressing tersebut dan meletak kepingan roti di atasnya. Faries menuju kearah
cabinet berkaca lalu mencapai serving plate dan menyerahkannya kepada Shiela.
Shiela meletak sandwich tersebut di atas pinggan dan menyerahkannya kebali kepada
Faries.
Faries mencapai pinggan
yang di hulurkan oleh Shiela.
“Thanks Shiela,” jawabnya
lalu tersenyum. Dia membawa pinggan berisi sandwich lalu menuju kearah dining.
Shiela menyimpan kembali barang-barang yang di gunakan oleh Faries ke dalam
peti sejuk. Dan membersihkan island kaunter. Dia tahu Faries tidak suka
dapurnya kelihatan berserak. Ianya sudah terangkum di dalam buku panduan jika
menjadi pembantu peribadi Faries Syamri pelakon lelaki terkenal.
bersambung.....
best.
ReplyDelete