Wednesday, 14 May 2014

From Boss with Luv - Part 16



Aku duduk tersenguk-senguk di sofa. Mengantuk mata bila duduk tidak berbuat apa-apa. Aku mengerling kearah jam di tangan. 10.55 malam. PA Zarina tidak kelihatan duduk di sofa berdekatan. Mana dia pergi? Ah malas nak fikir. Eh diaorang ni tak reti nak balik ke? Aku menoleh kearah tempat duduk Faries dengan Zarina. Mereka masih berada di tempat yang sama sedang sibuk berbual.
 
 Yang aku masih berada di sini kenapa eh? Lupa pulak nak tanya masa kerja aku dari pukul berapa hingga pukul berapa dari Aliff tadi. Aduh! Kenapa lah aku ni selenge sangat. Aku mencapai handphone lalu menelefon Encik Aliff.
 
“Ah Nasha kenapa call ada emergency lagi?,” soal Aliff sebaik sahaja menjawab pangilan telefon dari Nasha.
 
“Ni lupa nak tanya..waktu kerja saya dari pukul berapa hingga pukul berapa?,” soalku lalu menguap kecil.
 
“Eh 9 to 6 lah macam waktu pejabat..tapi kalau schedule Faries awal awak kena datang awal lah atau ada emergency macam tempoh hari..no choice kena datang..kenapa awak tanya?,” soal Aliff merasa pelik bila Nasha bertanya waktu bekerja.
 
“Astarfirullah Al Azim..kenapa Encik Aliff tak beritahu saya siang-siang,” keluhku perlahan. Kirakan aku ni sudah terlebih masa bekerjalah. Boleh claim overtime tak? Hampeh betul. Kalau aku tahu taklah aku tercongok macam budak bongok di restaurant ini. Issk Encik Aliff ni memang sengaja hendak menyusahkan aku.
 
“Kenapa??? Awak di mana sekarang?,” ujar Aliff bila Nasha beristifar panjang.
 
“Di Cellini's italian restaurant, Dorsett,” jawabku ringkas.
 
“Apa you buat di sana?? Faries ajak you fine dining sama?,” ujar Aliff lalu tertawa kecil. Dia tahu Faries ada dinner appointment dengan Zarina co-actress yang akan bekerja sama dengannya untuk filem terbaru mereka. Faries suka berkenalan dengan pelakon wanita yang akan berlakon dengannya untuk sesuatu filem kerana Faries mahu melihat keserasian mereka untuk berlakon bersama. He’s just being professional.
 
“Ketawa..ketawa lah lagi ye Encik Aliff..nanti saya berhenti kerja baru you tahu nasib you,” ujarku dengan perasaan sebal. Kalau aku tahu aku habis waktu kerja jam 6.00 petang tadi. Tak adanya aku hendak mengekor Faries sampai ke sini. Si Faries ni pun satu bukan dia hendak beritahu aku. Senyap aje. Seronok eh ada orang jaga. Aku PA dia bukan bodyguard dia.
 
“Eh awak ni sikit-sikit nak ugut saya..tak cool macam ni..I’m sorry ok, pergilah balik dah lewat ni..esok kena datang kerja lagi,” pesan Aliff.
 
“Memang nak balik pun dah penat duduk sini dah naik kematu punggung saya ni, bye,” jawabku lalu mematikan telefon. Aku menghantar pesanan ringkas kepada Encik Faries yang aku hendak balik. Aku menyimpan handphone ke dalam bag tangan lalu bangun dari sofa. Handphone aku berdenting menandakan aku menerima pesanan ringkas.
 
Please wait for me. We are finishing soon.
 
Tunggu dia? Aku mengerutkan dahi lalu menoleh kearah Faries. Aku kembali duduk di sofa tempat aku duduk tadi. Aku rasa PA cik Zarina sudah lama pulang. Aku yang setia sangat masih berada di sini.
 
“Ok..see you next week..kita jumpa di ‘Set’,” ujar Faries lalu tersenyum. Mereka berdiri di hadapan tempat aku menunggu.
 
“You mean I boleh jumpa you di ‘set’ aje..hari-hari lain tak boleh jumpa ke?,” ujar Zarina seraya tersenyum mengoda. Dia menghulurkan tangan untuk berjabat tangan dengan Faries. Hendak tak hendak Faries terpaksa menyambut huluran tangannya.
 
Aku menjeling bila Zarina berkata demikian. ‘Gatal’. Awak tu dah tunang. Dah tunang buat hal dah tunang jangan nak mengatal dengan boss aku. Tadi masa duduk boring di sofa aku sempat google tentang Zarina. Zarina sudah bertunang dengan seorang Engineer. Boleh tahan handsome juga tunangnya. Mereka bakal mendirikan rumah tangga tahun depan.
 
“Hari lain I sibuk, schedule I pack, tak percaya tanya my PA Nasha,” jawab Faries jujur lalu tersenyum.
 
Aku tergelak dalam hati. Padan muka..haha dia ingat boss aku hendak layan perempuan ‘itchy’ macam dia tu.
 
“Ok..see you, goodnite,” ujar Zarina lalu melepaskan tangan Faries yang di pegang sedari tadi. Sengaja hendak memegang tangannya lama.
 
Aku menghulurkan botol hand sanitizer kepadanya sebaik sahaja Zarina pergi. Faries membuka penutup lalu menuangkan sedikit hand sanitizer di tapak tangannya lalu meratakan di kedua belah tangannya. Kali ini aku tidak menuangkan hand sanitizer di tapak tangannya seperti biasa. Dia menuangnya sendiri. Aku tersenyum.
 
“Encik Faries your take away,” ujar pelayan restaurant lalu menghulurkan bungkusan kepada Faries. Faries menyambut.
 
“Thanks,” jawab Faries ringkas lalu menghulurkan bungkusan itu kepada Nasha.
 
“Untuk siapa?,” soalku hairan bila Faries menyerahkan bungkusan take-away kepada ku.
 
“Your dinner,” jawabnya ringkas lalu mengatur langkah menuju kearah lif. Dia menekan butang lif mengunakan sikunya kerana dia tidak mahu menyentuh butang lif mengunakan jarinya. Sebaik sahaja pintu lif terbuka kami berdua masuk ke dalam perut lif. Kali ini aku yang menekan butang lif untuk ke lobby.
 
“Dinner..you mean steak yang tadi ke?? ok I lupa nak collect,” ujarku. Aii..baiknya boss aku ni. Ingat juga dia pada aku. Tadi memang aku ada serahkan steak itu kepada pelayan restaurant untuk ditapaukan steak yang tidak di sentuh Faries. Aku terlupa langsung hendak mengambil dari pelayan itu.
 
“Steak tadi dah sejuk dan I takut dah contaminated, I dah suruh diaorang dispose..ni yang baru,” ujarnya lalu melangkah keluar sebaik sahaja pintu lif terbuka.
 
“Kenapa Encik Faries suka membazir? Encik Faries tahu tak membazir tu amalan syaitan,” ujarku kerana tidak percaya steak yang aku suruh bungkus tadi di suruh buang kerana menyangka steak itu sudah tercemar.
 
Faries memandang wajah Nasha bila wanita itu memarahinya. Dia benar-benar terperanjat dan tidak percaya Nasha begitu berani menegurnya. Pembantunya Shiela pernah memarahinya beberapa kali kerana tidak tahan dengan perangainya, tapi Shiela tidak seperti Nasha yang berani menegur kesilapannya.
 
Gulp. Aku menelan air liur bila terlepas kata. Lancang sangat mulut aku ni. Aku hendak kerja lama dengan Encik Faries. Adui matilah aku kena pecat dengan Encik Faries nanti. Ampun Encik Faries. Aku tidak sengaja.
 
“FYI, I tak buang steak tadi..I suruh mereka heat kan untuk awak, saya cuma bergurau sahaja dengan awak tadi,” ujar Faries mendatar cuba mengawal perasaannya lalu menyerahkan kad valet kepada pekerja hotel.
 
Bergurau??? Aduh! Lain kali boleh tak signal dulu..cakap saya nak bergurau ni awak jangan over terlepas kata pulak..Ini tidak. Jadi aku ingat dia benar-benar serious masa dia cakap tadi. Serba salah aku bila melihat air wajah Encik Faries berubah dan dia kelihatan terasa dengan teguran aku tadi. Isskk. Tadi rekod aku baik aje. Ni dah kena blacklisted gara-gara mulut celupar aku. Sorry Encik Faries.
 
Kereta Cayenne Faries berhenti di hadapan kami. Faries berjalan lalu membuka pintu kereta. Aku masih berdiri tercegat di tempat tadi. Aku tahu Encik Faries marahkan aku. Dari riak wajahnya aku dapat rasakan bahawa dia benar-benar terasa bila aku menegurnya tadi. Hanya boss aku itu tidak menunjukkannya kepadaku. Dia cuba mengawal perasaan marahnya. Great! Well done Nasha, kau telah menyakitkan hati boss pada hari kedua kau bekerja dengannya.
 
 
Aku tersentak bila Faries membunyikan hon kuat. Ok..dia dah mengamuk. Aku segera menuju kearah keretanya lalu membuka pintu di tempat penumpang. Aku duduk lalu memasang tali pinggang keledar. Tidak berani menoleh mahupun bersuara.
 
 
 
 
bersambung...
 
 
 
 


 

1 comment: