Aku duduk menompang dagu memandang kearah
Encik Faries dengan Zarina sedang melakonkan salah satu scene untuk filem
romantic komedi mereka yang terbaru. Memang waktu pertama kali ikut Encik
Faries ke set aku merasa teruja hendak tengok sama lakonan dari para
pelakon-pelakon yang memainkan watak-watak dalam drama atau filem tersebut.
Tapi bila dah selalu ke set terasa boring lah pulak. Encik Aliff pula sibuk ke
sana kemari kalau tak sembang di telefon, sembang dengan teman-teman produksinya
sikit tak sembang dengan aku. Apa sembang dengan aku boring ke? Hissh kalau aku
boleh bawak kawan dah lama aku ajak si Raudah. Dia tu suka benda-benda macam
ni. Aku pula tidak berapa minat atau ingin tahu akan perkembangan dunia artis.
“Hi boring ke?,”
Aku menoleh kekanan kearah suara yang
menegurku. Lelaki yang aku rasa seorang artis juga, kerana tadi aku nampak dia
melakonkan satu babak bersama dengan Encik Faries. Mungkin supporting actor.
Aku tidak tahu namanya. Kan ke aku dah cakap aku tidak begitu mengikuti
perkembangan dunia artis.
“Boring plus mengantuk,” jawabku dengan wajah
bersahaja.
Lelaki itu tersenyum bila wanita itu berkata
demikian.
“Awak PA Faries kan?,” soalnya lalu duduk di
atas kerusi kosong berhadapan dengan aku.
Aku menganggukkan kepala perlahan mengiyakan
tekaannya.
“Saya Ehsan Iskandar,” ujarnya lalu
menghulurkan tangan kepadaku.
“Nasha Nordin,” jawabku lalu menyambut
tangannya.
“Ok? Bekerja dengan Faries? I dengar-dengar he
is not easy to work with, he is fussy,” ujarnya lalu memandang kearah Faries
dan Zarina.
Hai aku ingatkan perempuan sahaja yang suka
bergosip lelaki pun suka juga. Kalau dia hendak korek rahsia tentang Encik
Faries. Aku tidak akan mendedahkan kepadanya kerana Encik Faries boss aku. Aku
harus protect his interest. In my care nobody can touch or insult my boss.
“Siapa kata, he’s nice person kalau ada pun
cerewet sikit je..dia kan ke pelakon lelaki popular..biasalah tu kan, awak pun
kalau suatu hari popular sepertinya mesti cerewet juga kan,” jawabku lalu
tersenyum.
“Awak ni PA yang baik kan..saya suka cara awak
bekerja dengan Faries, you betul-betul protect dan jaga keperluannya,” ujar
Ehsan memuji pembantu Faries. Sepanjang hari di set, dia perhatikan PA Faries memang
efficient. Segala keperluan Faries dia sediakan. Faries tidak perlu meminta dia
sudah memberi dan menyediakan untuknya. Seolah-olah PA Faries dapat membaca apa
yang di fikirkannya.
Aku tersenyum mendengar pujian Ehsan. Dia tak
tahu ke aku buat ‘homework’ dan ‘study’ di rumah untuk memahami dan mengenali
Encik Faries. Aku kena ingat semua perkara tentang Encik Faries. Apa yang dia
suka apa yang dia tidak suka aku hendak kena tahu semuanya. Sehingga brand
makanan dan jenama yang di gunakan semua aku catatkan di dalam handbook baru.
“Saya hanya menjalankan tugas,” jawabku tanpa
mengulas panjang. Hehe serasa macam inspector polis lah pulak guna ayat skema
macam tu.
Senyuman di bibirku tiba-tiba terhenti tatkala
terpandang akan wajah seseorang yang lama tidak ku temu atau memang aku tidak
mahu bertemu langsung kerana lelaki itu yang membuatkan hidupku huru hara dan
terpaksa menanggung hutang kerana dia. Apa dia buat di sini? Aku cuba untuk menyembunyikan
diri di bawah meja bertujuan agar dia tidak nampak aku berada di sini. He is
the last person I want to see.
“Nasha kenapa ni?,” soal Ehsan bila pembantu
Faries kelihatan kalut dan tidak tentu arah bila terpandang akan lelaki yang
berada di hadapan mereka tadi. Lelaki yang berada di hadapan itu datang menuju
kearah mereka.
“Nasha..apa you buat di sini?,” tegur Rizal
bila bekas teman wanitanya Nasha berada di set di mana dia dikehendaki berlakon
sebagai extra.
Fish head curry betul. Mamat tu nampak pulak.
Cemuhku dalam hati.
“I tunggu my boyfriend habis shooting,”
jawabku dengan wajah selamba. Boyfriend eh? Macamana ayat itu yang boleh
terkeluar dari mulut aku ni? Cakaplah aku tengah tunggu boss aku habis shooting.
Ini tidak boyfriend. Ah pasal lah..lagipun aku hendak si Rizal tu jealous. Dia
ingat, aku tidak boleh cari lelaki lebih hebat dari dia. Tengok oranglah.
Buatnya dia tanya mana satu boyfriend aku. Masak aku di buatnya nanti. Aduh!
Ehsan di sebelah mengerutkan keningnya lalu
tersenyum bila pembantu Faries memberi jawapan sedemikian. Dia pasti lelaki
yang tidak di kenali itu, kalau tidak teman pasti bekas teman lelakinya dahulu.
“Boyfriend you?? Siapa? semua actor yang
terlibat dalam filem ini I kenal, which one is your boyfriend?,” soalnya sambil
tersenyum sinis. Dia tahu Nasha berbohong dan Nasha sengaja berbuat begitu
untuk membuatkannya rasa cemburu.
Padan muka aku. Aduh! Ah tak kan aku nak cakap
Ehsan boyfriend aku. Aku baru kenal dia tadi. Bijak kau Nasha..memang bijak.
Apa alasan lagi yang hendak kau beri sekarang.
“Nasha my Evian water?,” tegur Faries dari
belakang Nasha.
“Ah Faries Syamri boyfriend I, you nak air..eh
dear, sekejap eh..,” ujarku membuka penutup botol evian lalu menuang air itu
kedalam gelas hingga separuh penuh dan menyerahkan gelas berisi air evian itu
kepada Faries. Faries menyambut gelas yang di hulurkan. Aku tidak berani
memandang ke arahnya. Aku tahu dia terperanjat bila aku mengaku mengatakan dia
adalah teman lelakiku.
Tak cukup dengan itu..demi untuk meyakinkan
bahawa Faries benar-benar teman lelaki aku. Dengan selamba kodok saja aku merangkul
lengan Faries mesra. Faries di sebelah tidak berkata apa malah membiarkan
sahaja Nasha memeluk lengannya. Dia tahu ada sesuatu yang tidak kena. Namun dia
layankan sahaja.
Ehsan di sebelah cuba menahan diri untuk tidak
tersenyum bila pembantu Faries berani berbuat demikian. Dia menoleh kearah
Rizal. Lelaki itu kelihatan terperanjat bila mengetahui Faries adalah teman
lelaki Nasha. Dia sendiri tidak percaya dengan apa yang di lihat.
Aku tidak kisah apa yang akan berlaku nanti.
Mungkin Encik Faries akan pekik kat aku atau pecat aku kerana
sewenang-wenangnya mengaku dia tu boyfriend aku. Aku dah terdesak. Ini kes darurat.
Yang lain belakang cerita. Yang penting aku dapat buatkan Rizal tahu bahawa aku
dapat lelaki lebih hebat darinya.
“Faries..teman lelaki Nasha,” ujar Faries dengan
wajah selamba lalu menghulurkan tangannya kepada lelaki di hadapannya. Dah
alang-alang apa salahnya dia berlakon sama.
Aku menjadi tidak keruan bila Faries berkata
demikian. Mati aku. Iskk Encik Faries tak yah berlakon dan buat dialog. Diam
dan senyum aje sudah memadai. Aku tahu mamat tu mesti blah punya bila tahu
Faries itu teman lelaki aku. Malu sebab Faries lebih hebat dari dia yang hanya
model sambilan dan pelakon extra.
Lagipun aku tak hendak si Mamat tu nanti heboh
pada wartawan, tersebarnya gossip liar mengatakan bahawa Faries punya kekasih
iaitu PAnya sendiri. Dah nak kena buat ‘damage control’. Walaupun aku tidak
berapa tahu tentang dunia artis, tapi aku terpaksa ambil tahu juga sebab
majikan aku celebrity. And the last thing I want to do ialah membuatkan Encik
Faries dan Encik Aliff kecewa dengan aku. Tak pasal-pasal aku pula di maki
Encik Aliff nanti.
“Siapa
yang tak kenal you Faries?, you are the best actor,” jawab Rizal merasa segan
berdepan dengan pelakon lelaki popular itu. Faries adalah idolanya. Rizal
menyambut huluran tangan Faries.
Aku tersenyum mengejek. Padan muka rasakan. Tercengang
dia bila Faries memperkenalkan diri sebagai teman lelaki aku.
Apa dia ingat aku frust menonggeng bila dia
tinggalkan aku. Tak adanya. Cuma aku sakit hati sangat sebab aku terpaksa
menanggung beban untuk membayar hutangnya kerana aku pemegang kad principle dan
aku di kehendaki membayarnya bila Rizal tidak mahu bertanggungjawab.
“I’ve to go..assisstant director dah panggil,”
ujar Rizal serba tak kena. Jadi benarlah Faries itu kekasih Nasha.
“Ok..good luck bila berlakon tu,” ujarku lalu
melambai kepada Rizal. Over lah pulak aku ni. Sebaik sahaja Rizal hilang dari
pandangan. Aku cepat-cepat melepaskan tangan dari terus memeluk lengan Encik
Faries.
“Ampun Encik Faries, kes darurat tadi, by the
way terima kasih many-many,” ujarku lalu mengebas lengan kemejanya takut renyuk
lah pulak. Encik Faries ni perfectionist. Aku menghulur botol hand sanitizer
lalu menuang sedikit ke tangannya. Faries meratakan hand sanitizer di tangannya.
Faries kelihatan bersahaja.
“Interesting...kalau assistant director need extras, I recommend you pada dia nanti,” jawab Faries lalu
menuju kearah kerusinya.
Aku tersengih tak ubah seperti kerang busuk..tahu Encik Faries menyindir aku tadi. Tapi tak pe..asalkan aku sudah dapat sakitkan hati mamat tu..Fuhh aku mengeluh lega kerana Encik Faries
tidak marahkan aku. Maknanya aku selamat.
Ehsan hanya mampu tersenyum melihat kelakuan
selamba Nasha dengan bossnya. Faries dan Nasha punya chemistry. Walaupun Faries
cerewet dan unpredictable. Nasha masih boleh bertahan dengan Faries. Dan Faries
kelihatan selesa dengan PAnya Nasha.
“You are right..Faries is nice person, by the
way..siapa lelaki tu?,” soal Ehsan ingin tahu. Dia ingin mengenali Nasha dengan
lebih dekat lagi. Nasha is interesting woman. Lucu, cantik dan sweet.
“Rizal???..he’s bad news,” jawabku lalu
tersenyum aku rasa jawapan yang aku berikan kepadanya sudah memadai.
bersambung...
BEST.
ReplyDelete