Aliff mengetuk pintu
pejabat Faries perlahan.
“Masuk,” jawab Faries lemah.
Aliff memulas tombol
pintu bila diarah berbuat demikian. Dia mengerutkan dahinya melihat Faries
terbaring di atas sofa chesterfieldnya. Faries tidak sihat kah?
“Kau sakit?,” tegur Aliff
lalu duduk di atas sofa bertentang dengan Faries yang sedang berbaring.
“Shiela berhenti kerja,”
jawab Faries lalu meletak lengan di atas kepalanya.
Aliff ketawa kecil bila
melihat keadaan Faries seperti orang sedang sakit tenat hanya kerana pembantu
peribadinya berhenti kerja.
“Aku tak boleh hidup
tanpa Shiela,” jawab Faries lalu mengelengkan kepalanya.
Aliff tersenyum bila Faries
berkata demikian. Bukan kerana Faries cintakan Shiela. Tapi kerana dia tidak
boleh berfungsi tanpa bantuan Shiela. Shiela begitu memahami kehendak dan
keperluan Faries. Tanpa Shiela, Faries seperti patah sayap.
“Sudahlah tu Ries, Shiela
dah buat temujanji untuk pembantu baru kau, kau pilih sahaja mana yang kau
berkenan pasti ada yang macam Shiela,” jawab Aliff memujuk Faries. Selaku manager
Faries dia turut patah sayap jika Faries tidak ada mood untuk bekerja. Hanya Shiela
yang pandai memujuk dan menambat hati Faries. Dia tidak dapat memujuk Shiela
untuk terus bekerja kerana Shiela akan mengikut suaminya berpindah kerja di
Australia dan tinggal di sana.
“I want Shiela…, kau
telefon dia, suruh dia kerja dengan aku balik, aku sanggup bayar berapa yang
dia mahu,” ujar Faries lalu bangkit dari sofa. Dia menarik jaket putihnya yang
ternaik dan kelihatan sedikit renyuk bila dia baring di atas sofa tadi. Faries mengenakan
butang di jaketnya. Dan mengebas seluar putih yang dipakainya dengan tangan.
Dia mencapai berus kasut lalu memberus loafers kulit putih dari Tods. Dia
membetulkan lengan kemejanya agar ia kelihatan rapi. Dia menuju kearah cermin
berdekatan lalu merapikan rambutnya yang kelihatan berselerak. Faries tidak
suka kelihatan selekeh dan tidak terurus. Dia seorang lelaki yang mahu
senantiasa kelihatan kemas dan bergaya. Setelah berpuas hati dengan
penampilannya. Dia berjalan menuju kearah pintu. Faries memberhentikan langkahnya, bila menyedari Aliff
masih lagi berada di sofa dan tidak berganjak.
“Shall we go?,” ujar Faries.
“Pergi mana?,” soal Aliff
bila Faries tiba-tiba hendak keluar.
“Cari Shiela,” jawabnya
dengan wajah selamba.
“Ries, Shiela dah pergi
Australia, there’s nothing you can do, I’m sure there someone out there that
can be as good as Shiela,” terang Aliff bila Faries masih berdegil mahu mencari
Shiela.
bersambung....
No comments:
Post a Comment