“Kau jangan main-main dengan aku Nasha.. betul
kau tak bergurau dengan aku..,” ujar Raudah lalu memandang wajah Nasha. Dia
tidak percaya dengan berita yang Nasha khabarkan kepadanya. Nasha sudah
berkahwin? Bila??? Dengan siapa??? Jadi selama dia out-station 4 hari itu
kerana dia balik cuti berkahwin.
Aku mengelengkan kepala perlahan. Aku sudah
menjangka Raudah akan terperanjat bila ku mengatakan bahawa aku sudah
berkahwin. Semuanya berlaku dengan pantas tidak sampai sebulan kerana Encik Faries
mahu rancangannya dalam keadaan teratur sebelum kami berangkat ke NZ.
Idea ini semua berlaku kerana gurauau Encik
Aliff tiba-tiba menjadi serious bila Encik Faries bersetuju dengan cadangannya.
Dia benar-benar mahu aku menemaninya ke NZ dan aku pula bersetuju bernikah
dengannya dalam keadaan ‘desperado’ kerana memerlukan wang untuk melunaskan
hutang Rizal si penyapu. Aku sendiri tidak percaya bahawa aku benar-benar terdesak
sehingga sanggup bernikah dengan lelaki yang tidak pernah cintakan aku dan aku
pula tidak pernah cintakan dia. Sudah jodoh aku dengan Encik Faries.
“Mak dan abah kau paksa nikah dengan lelaki
pilihan mereka?,” soal Raudah ingin tahu,
dia merasa kasihan dengan nasib Nasha. Lepas satu..satu ujian yang dia terima.
Dahulu dia ditipu tunangnya dan dia terpaksa melangsaikan hutang bekas
tunangnya itu sehingga sekarang. Dan kini pula, dia terpaksa berkahwin dengan
lelaki pilihan mak dan abahnya.
“Tak aku yang rela sendiri,” jawabku perlahan.
Mak dan abah tidak pernah memaksa aku untuk menerima Faries. Aku sendiri yang
menerima lamaran Faries kerana aku benar-benar memerlukan bantuannya. Dan
menurut Faries aku tidak berhutang apa-apa dengannya jika aku bersetuju bernikah
dengannya.
“Rela?? Kau nikah dengan siapa Nasha?,” soal
Raudah ingin tahu lelaki mana yang menjadi suami teman baiknya. Dia hanya
berharap lelaki itu menjaga dan menghargai temannya dengan baik. Kerana Nasha
seorang wanita yang baik.
“Faries Syamri,” jawabku perlahan.
“FARIES…?? Faries Syamri boss kau??,” tanya
Raudah kerana dia tidak percaya dengan apa yang dia dengar.
Aku menganggukkan kepala perlahan.
“Betul..alhamdullilah syukur..,” jawab Raudah
lalu memeluk teman baiknya erat. Dia tidak tahu kenapa dia begitu gembira bila
mengetahui siapa suami Nasha. Hendak kata dia kenal pada Faries Syamri tidak.
Tapi dia tidak tahu kenapa dia merasa lega bila Nasha berkata Faries itu adalah
suaminya.
“Kau tak terperanjat??,” soalku kerana Raudah
tidak kelihatan terperanjat malah gembira bila aku mengatakan Faries suamiku.
“Eh mestilah aku terperanjat kau bernikah
dengan Faries pelakon popular tu..but actually aku macam dah dapat rasa, jodoh
kau dengan Faries kuat,” jawab Raudah lalu tersenyum. Memang lah dia
terperanjat kerana teman baiknya itu menjadi isteri kepada pelakon lelaki
popular. Boleh tumpang glamor gitu. Dan dia sukakan Faries. Dia dapat merasakan
Faries boleh membahagiakan Nasha.
“Huh??..kau ni jangan hendak ada-adakan cerita
jodoh aku dengan dia kuat itu lah..inilah,” ujarku tersenyum bila Raudah
beria-ia berkata begitu sejak dari dulu lagi. Dia selalu membandingkan Faries
dengan mantan teman-teman lelaki aku yang dahulu. Dan aku selalu mematikan
angannya mengatakan bahawa aku dengan Faries tidak akan sampai ke tahap yang
dia angankan kerana aku sedar siapa diri aku. Namun Raudah tidak pernah endah
malah seronok mengusik aku serasi dengan Encik Faries, aku tidak tahu kenapa
Raudah suka berbuat demikian, mungkin dia dapat merasakan bahawa suatu hari aku
akan bernikah dengan Faries.
“Kau
dengan Faries ada good chemistry..dan kelihatan serasi bersama, apa kata orang
tu saling perlu memerlukan,” jawab Raudah.
“Ok..jangan teruja sangat fyi..dia bernikah
dengan aku kerana dia tidak dapat hidup tanpa PAnya dan aku pula bernikah
dengan dia kerana aku hendak melangsaikan hutang si Rizal..so our marriage is
not based on love, and please keep it to yourself tentang aku dengan
Faries..dia belum bersedia hendak announce to public,” jawabku lancar kerana
tidak mahu Raudah over excited.
“Huh?? really that’s sad?? Kau berdua tak ada
feelings??,” tanya Raudah.
Aku mengelengkan kepala perlahan.
“Ah siapa tahu cinta selepas bernikah akan
berputik bila kau tinggal serumah dengannya nanti,” jawab Raudah lalu
tersenyum. Yelah sekarang belum ada perasaan cinta dan suka sama suka. Siapa
tahu bila sudah tinggal serumah pasti cinta akan bersemi.
“About that?,” ujarku lalu menelan air liur.
Aku belum memberitahu Raudah aku terpaksa tinggal dengan Faries dan tidak dapat
menyewa dengannya lagi.
“Kau nak kena pindah?,” soal Raudah bila Nasha
kelihatan serba salah.
Aku menganggukkan kepala perlahan.
“Sampai hati kau eh..tinggalkan aku sendiri,”
ujar Raudah dengan wajah sedih.
Aku menjadi serba salah bila Raudah
menunjukkan wajah sedih. Ikutkan memang aku hendak tinggal dengan Raudah tapi
Encik Faries tidak benarkan.
“Aku-..,”
“Eh kau ni dah kenapa..of course lah dah nikah
kena tinggal dengan suami tak kan lah kau hendak tinggalkan suami kau dan
tinggal dengan aku..kau ni Nasha..lurus bendul sangat,”
Aku menyengih bila menyedari kesilapanku. Apa
nak buat aku ni kan ke Joker? Semua hati hendak aku jaga.
bersambung.....
No comments:
Post a Comment