Wednesday, 14 May 2014

From Boss with Luv - Part 15


 


Aku membuahkan senyuman kepada PA Zarina yang turut ikut sama seperti aku ke restaurant menemani boss masing-masing. PA Zarina tidak membalas senyuman yang aku berikan kepadanya. Uikk sombongnya. Tak jadilah aku nak berbual dengannya. Aku mengeluarkan mini-ipad lalu menekan butang ‘On’. Apa lagi yang boleh aku buat selain dari bermain game atau melungsuri internet sementara menunggu dinner date Encik Faries kita habis. Daripada aku mati kebosanan di sini ada lebih baiknya aku bermain game. Aku melirik kearah 4 orang wanita muda sedang berjalan menuju kearah restoren. Dari cari pakaian dan bag yang dibawa menunjukkan mereka semuanya orang berada. Bilalah aku hendak merasa baju dan bag tangan berjenama seperti mereka. Jangan mimpilah ya kerana walaupun gajiku boleh di katakan besar juga aku tidak dapat mengunakan gaji aku itu untuk diri aku sendiri kerana aku terpaksa melunaskan hutang-hutang Rizal. Itu baru hutang credit card belum hutang loan dari bank lagi.
 

“Eila…Faries Syamri ada sini,” ujar salah seorang dari temannya bila terpandang akan wajah kacak pelakon yang mereka minati turut berada di restaurant tempat mereka makan malam.
 

“Faries mana???,” jawab temannya lalu menoleh ke arah belakang.
 

“Yelah..oh my goodness..I nak bergambar dengan dia..,” jawab teman yang lagi satu lalu mengeluarkan iphonenya.
 

“Dia dengan siapa?,” soal temannya yang lagi satu.
 

“Macam actress Zarina..ah I don’t care..aku nak bergambar dengan Faries,” ujar Eila lalu menarik temannya menuju kearah meja Faries bersama Zarina.
 

Aku tersentak bila tiba-tiba di ganggu oleh suara riuh rendah datang dari arah meja Faries. Aku menoleh ke arah Faries. Ah fans. Faries sedang sibuk melayan peminatnya untuk bergambar dengannya. Faries kelihatan professional dan begitu sabar melayan karenah mereka bila mereka mahu bergambar dengannya bermacam-macam pose. Actress Zarina hanya menjeling bila peminat-peminat Faries kelihatan teruja dapat bergambar bersama dengan jejaka kacak itu. Nasib baiklah aku tidak begitu.
 

Sebaik sahaja peminat-peminat Faries pergi. Dia memandang wajahku memberi isyarat dia memerlukan sesuatu dariku. Aku segera bangun dari tempat dudukku dan berjalan menuju ke arahnya. Aku mengeluarkan botol kecil hand sanitizer lalu menuangkan sedikit di atas telapak tangannya. Aku ingin kembali ke tempat aku tadi bila pelayan restaurant datang menyajikan makanan di atas meja mereka. Aku ingin memastikan bahawa air pesanan aku tadi berada di atas meja mereka. Aku membuahkan senyum bila mendapati botol kecil Evian berada di sisi gelas Faries. Steak yang di pesan tidak bersentuh dan aku meminta chef mengasingkan sos ke dalam bekas kecil. Yes..semuanya teratur. Aku tersenyum puas kerana hari ini tiada perkara yang tidak menyenangkan Faries berlaku. Syukur, Alhamdullilah.
 

Zarina mencapai garfunya lalu mengambil sedikit salad dari pinggan Faries.
 

Aku membesarkan mata bila Zarina selamba berbuat demikian. Oh No..Oh No..Aku memandang kearah Faries. Lelaki itu kelihatan kaget bila makanannya di sentuh. Tengok dari air mukanya sahaja dia kelihatan seperti hendak pitam bila-bila masa sahaja. Aduh! kenapa pulak Zarina ni mesti ambil salad dari pinggan dia. Tidak bolehkah dia order salad itu sendiri.
 

“Kenapa tak makan lagi Faries?,” tegur Zarina bila jejaka itu tidak menyentuh apatah lagi makan steak yang di pesan tadi. Malah hanya memandang sahaja.
 

“Err sebab steak tu Encik Faries pesankan untuk saya, thank you Encik Faries,” ujarku lalu menarik kerusi dari meja sebelah lalu duduk di antara Zarina dengan Faries. Aku mencapai pinggan steak Faries lalu ku letak di hadapanku. Aku melambai kearah pelayan yang melintas meja kami.
 

“Beri I satu lagi steak yang Encik Faries order ni..err nak medium ke well done?,” soalku selamba lalu menoleh kearah Faries.
 

“Well done,” jawab Faries lalu tersenyum.
 

“Cakap chef cepat sikit eh..Encik Faries kita dah lapar,” ujarku dengan wajah selamba. Lantaklah bekerja sebagai PA Faries tidak boleh malu.
 

“I hendak dinner dengan Faries sahaja, yang you sebagai PAnya kenapa sibuk nak join sama,” sindir Zarina lalu menjeling kearah PA Faries, bila wanita itu tiba-tiba menyibuk menganggu makan malam mereka.
 

Aku membuahkan senyum kepada Zarina actress yang ‘mengada-ada’ tu. Nasib baiklah aku ni penyabar orangnya. Kalau tidak sudah ku cakar-cakar wajah cantiknya itu. Apa dia ingat dia actress boleh timing dengan aku. Pegi dah. Actress biasa aje nak kata popular sangat tu tidaklah. Lainlah dia Angelina Jolie ke Natalie Portman ke? Nak mengada begitu aku masih boleh take-it. Boss aku pelakon lelaki popular tak kata apa yang dia over pulak kenapa?
 

“Maaf..boss saya ni baik hati orangnya, dia tidak sampai hati tengok PA dia tak makan dinner, jadi dia orderkan makanan untuk saya sekali, tapi memandangkan cik Zarina tak selesa saya join sama, saya ‘tapau’ ajelah, selamat menjamu selera,” jawabku lalu membuahkan senyum. Macam aku hendak sangat join makan malam mereka, please lah eh. Aku tak hard-up. Aku cuma menjalankan tugas untuk menyelamatkan boss aku sebelum dia freak-out. Faries hanya tersenyum bila aku berbuat demikian. Pass?? Alhamdullilah so far dia tidak bersuara dari tadi maknanya ok lah tu.
 

Aku bangkit dari kerusi lalu mengangkat pinggan steak dan menuju kearah pelayan yang berada di kaunter tempat menyediakan minuman. Aku meminta dia membungkus steak tu.
 
 
 
bersambung....
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment