Raudah ketawa tanpa henti bila aku
menceritakan kepadanya akan kejadian semalam di mana aku sedap tidur dan
memeluk lengan Encik Faries. Kenapa semua orang ketawakan aku? Aku ni joker ke?
Aku hendak kena tukar nama macam tu..Mere Nam Joker.
“Kau ni Nasha kelakar tak sudah..agaknya sebab
tu mantan-mantan teman lelaki kau tak pernah serious dengan kau..sebab kau tu
joker,” ujar Raudah tawanya masih bersisa. Dia masih tidak dapat melupakan
cerita Nasha yang lucu itu.
Aku hanya mampu menelan kata-kata Raudah tadi.
Mungkin ada benarnya apa yang dikatakan Raudah. Mereka tidak pernah menganggap
serious tentang aku. Entahlah aku sendiri tidak faham dengan lelaki sekarang.
Wanita jujur seperti aku seringkali di mainkan perasaan. Aku tidak suka
berprasangka buruk terhadap mereka. Dan kerana sikapku begitu senang mereka
mengambil kesempatan ke atas diriku.
“Aku minta maaf Nasha kalau kau terasa hati
bila aku cakap tadi...,” ujar Raudah serba salah bila Nasha tiba-tiba
mendiamkan diri.
“Tak apa betul apa yang kau cakap tu..apa nak
buat sudah nasib aku..aku cuba hiburkan hati aku dengan menghiburkan hati orang
lain..sungguhpun hatiku terluka dan sedih tapi bila aku dapat membuatkan orang
lain happy sedikit sebanyak terubat juga hati aku..tak naklah aku fikirkan
tentang nasib aku..buat bertambah sedih aje, macam joker..dia hiburkan hati
orang tapi hati sendiri tidak terhibur,” jawabku perlahan cuba untuk tidak
memikirkan perkara-perkara yang membuatkan aku sedih. Aku happy bekerja dengan
Encik Faries. Walaupun lelaki itu cerewet tapi aku seperti tidak kisah dan
sudah biasa dengan perangainya.
“Insyallah satu hari ada orang yang akan
membuatkan kau happy Nasha, banyakkan bersabar, berdoa dan bertawakal kepada
Allah,” ujar Raudah lalu menepuk tangan Nasha. Dia tidak suka melihat Nasha
bersedih. Dia nampak perubahan pada diri Nasha sejak bekerja dengan Faries
Syamri. Nasha seakan dapat melupakan masalahnya. Walaupun dia sering mengadu
perihal Faries yang lucu dan cerewet tapi Nasha kelihatan happy.
Aku menganggukkan kepala lalu senyum mengakui
akan kebenaran kata-kata Raudah tadi. Insyallah, Amin berkat doa Raudah.
“Sabtu pun kau kena kerja ke Nasha?,” soal
Raudah lalu menoleh kearah Nasha yang sedang menyedut ice lemon tea. Nasha
hanya dapat menemaninya shopping sekejap sahaja kerana dia terpaksa mengikut
bossnya pergi ke Set petang nanti.
“Ikutkan tak kerja..tapi memandangkan sabtu
dan ahad dia ada shoot aku kena ikut sama..bulan ni schedule Encik Faries
padat..tu yang sibuk sikit..,” jawabku lalu mencapai kentang goreng lalu kunyah
perlahan. Nak balik kampung jumpa mak dan abah pun tak dapat lagi sebab bulan
ni sabtu dan ahad pun aku kena bekerja walaupun tidak sepenuh masa. Ikutkan
hendak sahaja aku minta cuti dengan Encik Aliff barang sehari dua.
“Jadi tak ada off langsung lah..teruk juga
jadi PA celebrity terkenal kan..sampai tak ada rehat langsung,”
Handphone ku berdering nyaring. Nama Encik
Aliff tertera di skrin ku. Panjang umur Encik Aliff ni. Aku baru sebut namanya.
“Nasha awak kat mana??,” ujar Aliff sebaik
sahaja Nasha menjawab telefon.
“Kat Berjaya Times Squarelah..tadi bukan ke
Encik Aliff suruh jumpa kat Berjaya,” jawabku hairan bila Encik Aliff bertanya
di mana aku berada. Tadi dia juga yang kata jumpa dia di Berjaya Times Square.
“Berjaya besar cik Nasha oii..I dah ada di
drive way..you better come fast..Faries dah bising,” ujarnya lalu mematikan
telefon.
Isskk bangau betul tau Encik Aliff ni.
Cakaplah tunggu kat drive way. Ini tidak aku ingatkan nak jumpa dalam Berjaya.
Aku mengelap tanganku dengan wet tisu dan memasukkan kembali handphone ke dalam
bag tanganku.
“Eh dah nak pergi ke??,” tegur Raudah bila di
lihatnya Nasha kelihatan kelam kabut dan tergesa-gesa sebaik sahaja menerima
telefon dari manager Faries.
“Ah sorry Raudah aku nak kena gerak dulu..jumpa
di rumah nanti ok..,” jawabku lalu bangun dari kerusi. Bag tangan ku sangkutkan
di bahu. Aku keluar dari restaurant Mcdonald lalu menuju kearah jalan keluar.
Encik Aliff selalu guna nama Encik Faries sebab dia tahu aku mengelacat bila
dia kata Faries bising. Siaplah dia. Dah lama tak kena ugut dengan aku.
Aku terpandang akan kereta Cayenne putih
berada di hujung jalan jauh dari tempat orang ramai. Aku tahu kenapa dia park
kat situ sebab takut orang perasan. Aku berjalan pantas menuju kearah kereta
lalu membuka pintu belakang penumpang dan masuk ke dalam perut kereta. Tanpa
menoleh kearah orang di sebelah aku memasang tali pinggang kereta.
“Hello excuse me?,” tegur orang yang duduk di
sebelahku lalu tersenyum.
Aku menoleh. Gulp..Siapa pulak ni?? Mana Encik
Faries dan Encik Aliff? Lelaki mat saleh mana pulak ni? Pelakon tambahan dalam
drama Encik Faries ke? Apsal diaorang tak beritahu aku?
“Err hi-,” jawabku lalu membuahkan senyuman
kepada lelaki mat saleh handsome tu. Belum sempat aku bertanya lebih lanjut
handphone ku berdering lagi.
“Excuse me,” ujarku lalu menjawab telefon.
“Nasha..awak hendak kena jual ke naik kereta
orang lain?,” ujar Aliff bila dilihat PA Faries, Nasha selamba menaiki kereta
Cayenne milik orang lain.
“Kereta orang lain…ni bukan kereta Encik
Faries ke??,” ujarku panik lalu tersengih kepada mat saleh handsome yang sedari
tadi tersenyum melirik kearah ku. Seram juga aku di buatnya. Yelah senyum lain
macam aje.
“Kereta Faries hantar service hari ni naik
kereta saya Audi yang park belakang kereta yang awak naik tu..lebih baik awak
keluar cepat sebelum dia bawak awak lari Nasha,” ujar Aliff dari dalam kereta.
Dia mengelengkan kepalanya perlahan. Tidak percaya Nasha menaiki kereta orang
lain tanpa melihat nombor platnya terlebih dahulu.
“Ah ye..nak keluar lah ni..kenapa tak beritahu
awal-awal tadi..nasib baik saya tak kena kidnap tadi..see you bye..,” ujarku
lalu mematikan telefon.
“I’m sorry..I get into wrong car..nice car by
the way,” ujarku malu. Aku menanggalkan tali pinggang keledar dan ingin membuka
pintu.
“Where are you heading too, I can ask my
driver to send you,” ujarnya ramah lalu memegang lengan wanita itu.
“Ah it’s ok..my boss car is waiting for me,
thanks anyway,” jawabku menolak perlawaannya sopan. Yelah buatnya dia lock
pintu bawak aku lari aniaya aku nanti. Aku masih wanita suci tidak rela
diperlakukan begitu.
“Beautiful PA..how much he pay you? I can pay
you more,” ujarnya masih tidak mahu membenarkan wanita cantik itu keluar dari
keretanya.
“He’s not only my boss..he is my husband too,”
jawabku dengan wajah yakin. Aku dapat merasakan mat saleh ni nak jual minyak
dengan aku. Gatal. Sebelum agenda tidak di ingini berlaku sekali lagi aku
terpaksa mengunakan Encik Faries. Apa nak buat sudah darurat.
“Lucky him..have such a beautiful woman as his
wife,” puji mat saleh itu lalu tersenyum.
“Ah yes..he’s lucky to have me,”
Aku membalas senyumannya. Kami di kejutkan
dengan ketukan di cermin tingkap tempat aku. Aku menoleh. Encik Faries. Gulp
aku menelan air liur.
“That’s must be your husband,”
Aku ketawa panik bila mat saleh itu mengatakan
Encik Faries itu suami aku. Ah ye. Kalau Encik Faries tahu pasti aku kena
murder. Dah dua kali aku gunakan nama dia untuk melepaskan diri. Aku membuka
pintu kereta lalu keluar. Encik Faries berdiri tegak di hadapan ku, wajahku di
pandang seperti tidak percaya dengan apa yang telah aku buat.
“Sorry for the confusion..have a nice stay
here in Malaysia,” ujarku membuahkan senyuman kepada mat saleh tu. Aku tidak
tahu samada mat saleh itu penduduk tetap Malaysia ataupun pengunjung. Ah
lantaklah dah rasa macam bekerja di Tourism Malaysia pulak.
“Well thank you..it’s a pleasure meeting you,
and you too Mr. Husband,” ujar mat saleh itu ramah.
“Bye..,” ujarku lalu menutup pintu keretanya
dan menarik tangan Encik Faries jauh dari kereta Cayenne putih itu. Ingin
segera masuk ke dalam kereta Audi milik Encik Aliff. Dari jauh aku lihat Encik
Aliff tersenyum sambil mengelengkan kepalanya pada aku. Aku tahu dia mengejek
aku. Apa nak buat aku kan ke Joker.
“Thank you Encik Faries,” jawabku tanpa
mengulas panjang. Dahlah naik kereta orang lain menyusahkan boss aku pulak.
“Awak lambat sangat keluar dari kereta
tu..risau juga saya buatnya dia larikan awak susah saya dibuatnya,” jawab
Faries. Yelah naik kereta orang lain. Nasib baik kereta itu tidak bergerak
pergi. Kalau tidak satu kerja dia hendak ke balai polis membuat aduan PAnya
kena culik.
“Sayang juga Encik Faries pada saya eh..,”
ujarku tanpa berfikir panjang. ‘Sayang’ uikk kenapa pula boleh keluar perkataan
sayang tu eh. Aduh mesti Encik Faries kata aku ni perasan kan. Ah lantaklah.
Terlajak perahu boleh di undur terlajak kata-kata dah tak boleh nak erase
balik.
“Risau..Nasha..risau,” ujar Faries membetulkan
ayat Nasha.
“Ye risau..tadi tu terlepas kata, terima kasih
kerana risau kan saya tadi,” ujarku lalu membukan pintu belakang untuk Encik
Faries dan aku pula duduk di hadapan bersama Encik Aliff. Karang Encik Aliff
sound kat aku jika aku duduk belakang dengan Encik Faries.
“Tadi I dengar mat saleh tu ada mention husband??,”
soal Encik Faries terdengar akan mat saleh itu menyebut ‘husband’ semasa dia
mengetuk tingkap keretanya.
“Husband?? Tak ada..Encik Faries salah dengar
kot,” ujarku lalu menarik tali pinggang keledar lalu memasangnya. Pura-pura
tidak tahu kerana aku tidak mahu Encik Aliff dan Encik Faries tanya banyak
soalan nanti. Tidak semena-mena aku jadi ‘badut’ permanent untuk Encik Aliff
dan Encik Faries nanti. Apa taknya lawak hari ini aku tersalah naik kereta.
bersambung...
No comments:
Post a Comment