Wednesday, 21 May 2014

From Boss with Luv - Part 25



Aku mencuit bahu Aisyah dan Liana bila kedua-dua nya sibuk mengendap tetamu yang berada di ruang tamu sambil berbisik sesama sendiri dan sesekali ketawa kecil. Teruja dengan tetamu istimewa yang bertandang di rumah hari ini. Tetamu special kerana tetamu itu adalah seorang celebrity terkenal.
 

“Hah apa yang seronok sangat?,” usikku bila mereka tidak henti-henti terhendap-hendap dari dapur sedari tadi.
 

“Kak long..abang Faries tu handsome gila eh kak Long..untung kak long dapat bekerja dengan dia..kak long angah dan adik nak bergambar dengan dia nanti, nak autograph juga,” ujar Aisyah dan Liana di sebelah menganggukkan kepala tanda sependapat dengan kak Ngahnya.
 

“Untuk adik-adik kak long sudah tentu boleh..tapi kena bantu kak long dulu..ni pergi hantar air dan kuih ni ke ruang tamu,” ujarku lalu menyerahkan dulang berisi teko dan sepiring kuih bakar yang dibuat mak pagi tadi.
 

“Ok,” jawab Aisyah lalu menyambut dulang yang di beri.
 

“Dulang ni untuk abang Faries kita ok..,” ujarku kepada Liana. Dulang kecil itu berisi gelas dan sebotol kecil air evian. Diet Encik Faries kita. Dia tak akan minum air lain jika di rumah itu tidak ada tea jenama yang di sukai iaitu TWG. Jangan tanya kenapa dia tu up sangat. Dah itu jenama teh yang di sukanya. Jadi dia tak minum jenama teh yang lain. Nasib baik aku tergerak hati membawa setengah dozen air eviannya.
 

“Evian water je?,” tanya Liana dengan wajah hairan.
 

“Abang Faries tengah diet..,” jawabku ringkas senang tidak perlu hendak menerangkan kepada mereka kenapa Faries tidak minum air lain. Akan aku terangkan kepada mereka bila aku berpeluang untuk berbuat demikian nanti.
 

“Oh ok..,” jawab Liana lalu menuju ke ruang tamu mengekori kak ngahnya. Aku mencuci tangan lalu mengelap tanganku kering. Apa mimpi Encik Aliff dan Encik Faries hendak datang singgah kampung aku. Ah mungkin mereka mahu menjaga hati aku kerana aku seorang pembantu yang baik dan mereka takut aku berhenti kerja nanti. Hmm takut juga mereka eh? Ataupun Encik Faries dan Encik Aliff mahu memujuk mak dan abah untuk memberi kebenaran aku untuk menemaninya ke NZ selama 3 bulan. Sebab itu mereka beria-ia mahu bertemu dengan keluargaku ingin menambat hati mereka. Walau apa pun alasan mereka. Aku merasa gembira dapat balik bertemu dengan keluarga tercinta walaupun sekejap cuma.
 

Aku mengorak langkah menuju ke ruang tamu. Kedengaran Encik Aliff sedang berbual dengan abahku mesra. Manakala suara Encik Faries tidak kedengaran langsung. Ah mungkin dia malu lah tu. Aku tersenyum sendiri. Apa mimpi Encik Faries menjejakkan kakinya ke teratak buruk kami. Kerana hendakkan aku pergi menemaninya ke NZ sanggup belikan hadiah mahal dan sanggup datang ke Batu Pahat.
 

“Entah perkara ini hendak tanya pada yang empunya diri dulu,” ujar abah lalu menjeling kearah Nasha yang kebetulan menuju kearah mereka.
 

Semua mata tertumpu kearah aku. Gulp. Apahal pulak semua memandang kearah aku tidak semena-mena ni. Apa muka aku comot ke? Aisyah dan Liana pakat senyum-senyum memandang aku. Aku memandang kearah mereka agar mereka memberi aku ‘clue’ apa yang Encik Aliff dan abah bualkan tadi. Mereka menjungkitkan bahu dan tersenyum lagi. Issk budak berdua ni tidak boleh pakat langsung.
 

“Aisyah dan Liana masuk bilik sekejap..abah dan mak nak bincang dengan kak long kamu,” ujar Pak Nordin lalu memandang kearah kedua-dua anak daranya yang turut ada bersama di ruang tamu. Aisyah dan Liana akur lalu bangun dari tempat duduk mereka. Mereka menuju kearah bilik seperti di arahkan abahnya.
 

Melihatkan Aisyah dan Liana menuju ke bilik aku yang tiada clue langsung datang menghampiri mak lalu duduk di sebelah mak. Aku memeluk lengan mak. Aku memang manja. Apa nak di malukan emak aku dan Encik Faries dan Encik Aliff bukan orang lain pun boss-boss aku. Lagipun mereka tahu aku ni memang manja dan mesra orangnya.
 

“Mak dan abah beri Nasha ke NZ bulan 6 nanti?,” soalku dengan wajah selamba. Apa nak formal sangat. Lagipun Encik Faries dan Encik Aliff datang hendak memujuk emak dan abah supaya membenarkan aku pergi. Aku mencapai secawan teh yang berada di atas meja. Dahaga pula tekak ni. Aku mendekatkan cawan ke bibirku.
 

“Bergantung..jika Nasha setuju tak kan mak dan abah nak larang..ikut suami ke NZ,” jawab Pak Nordin lalu memandang wajah anak sulungnya.
 

Tersembur keluar air teh dari mulut ku dan terkena tempiasnya pada muka Encik Aliff yang duduk berhadapan dengan aku. Aku meletak cawan teh kembali di atas meja. Segera mencapai tisu yang tersedia lalu menyerahkan tisu itu kepada Encik Aliff.
 

“Sorry Encik Aliff..tak sengaja..apa abah..Nasha kurang dengar? Cuba abah ulang sekali lagi?,” ujarku lalu memandang kearah abah dan mak. Tidak faham dengan maksud abah yang tersirat tu.
 

Suami?? Siapa pulak yang hendak bersuami ni? Bila pulak aku cakap aku hendak kahwin. Calon pun belum ada lagi. Kalau aku kahwin pun tak kan aku nak angkut laki aku sama. Isskk abah ni jangan buat aku suspen boleh tak? Jangan dia terima pinangan dari mana-mana lelaki tanpa pengetahuan aku sudah.
 

“Maksud abah jika Nasha setuju abah dan mak tak ada alasan hendak melarang Nasha untuk pergi ke NZ,”
 

“Setuju?? Setuju apa tu abah..Nasha tak faham,” jawabku masih tidak faham akan maksud abah. Apa yang abah cakapkan ni. Cuba jangan cakap berkias-kias and straight-to-the-point. Tak lah pening kepala aku.
 

Abah menoleh kearah Encik Faries dan Encik Aliff bila anaknya Nasha masih tidak faham akan maksudnya.
 

“Encik Aliff datang meminang Nasha untuk Encik Faries..Nasha setuju,” ujar Pak Nordin bila anaknya tidak faham akan apa yang di bincangkan mereka tadi. Dia sendiri terperanjat bila majikan Nasha pelakon terkenal itu datang ke rumahnya membawa hajat yang besar hendak merisik dan dalam masa yang sama melamar anaknya itu. Yelah anaknya Nasha datang dari keluarga sederhana manakala Encik Faries orang berada dan celebrity pula. Apa yang dia berkenankan pada Nasha. Encik Faries senang-senang boleh mendapatkan wanita yang sama taraf dengannya. Tapi kenapa dia memilih anaknya Nasha?
 
 
 
 
bersambung....
 
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment