Aku duduk menegak di atas sofa di lobby
penthouse Faries menunggu kedatangan Aliff. Scheduled Faries hari ini mula
lewat kerana Faries ke gym bersama personal trainernya. Jadi khidmatku tidak di
perlukan ketika ini. Aku ada masa untuk berbincang dengan Aliff.
Aliff memakai t-shirt putih tidak berkolar
di padankan dengan capri pants berwarna biru gelap dan memakai jaket biru gelap
dan berkaca mata hitam. Panas-panas tegak begini dia memakai jaket. Pelik aku
dengan lelaki yang pandai bergaya seperti Aliff. Panas tak apa asalkan nampak
bergaya.
Aliff menuju ke arah Nasha yang dari jauh
lagi sudah memandang ke arahnya tanpa berkedip. Dia tahu dia kelihatan macho
hari ni. Wanita tidak akan dapat menahan diri dari memandang ke arahnya. Dia
tersenyum senyum.
"Free aje..tak kerja hari ni,"
sindir Aliff lalu duduk di hadapan Nasha. Cermin mata raybannya di tanggalkan
lalu di letak di atas meja.
Aku tidak memberi respon malah memandang
ke arah Aliff seperti mahu menelannya. Yelah..dia masih boleh act selamba
seolah-olah kejadian semalam atau lebih tepat pagi tadi tidak memberi kesan
apa-apa terhadap dirinya. Dia tahu tak, aku tidak cukup tidur dan setiap kali
mataku hendak terlelap aku asyik terjaga kerana menyangka telefonku berdering.
Aku tidak boleh hidup begini.
"Tak sebab today my last day of
work..oh actually sekarang I sudah tidak bekerja dengan Encik Faries,"
jawabku dengan wajah selamba seperti wajah selamba Aliff ketika dia memberi
sindiran padaku tadi.
"Nasha you jangan hendak bergurau
dengan saya..saya sudahlah tidak cukup tidur semalam awak pula bagi saya news
macam ni?," jawab Aliff cuba mendapat pengertian dari Nasha.
"Encik Aliff ingat encik Encik Aliff
sahaja yang tidak cukup tidur..habis saya tidak? sebab itu saya fikir ada lebih
baiknya saya letak jawatan sebelum saya jadi zombie kerana bekerja dengan orang
macam Encik Faries," jawabku dengan suara tegas supaya Encik Aliff tahu
bahawa aku serious untuk berbuat demikian walaupun aku sebenarnya mahu
menduganya sahaja. Mana tahu dia offer untuk naikkan gaji kepadaku tak ke
untung. Bak kata orang 'Untung sabut timbul untung batu tengelam'.
Aliff mengeluh bila Nasha komplain
tentang Faries. Memang tidak mudah bekerja dengan Faries. Orang yang penyabar
sahaja yang boleh bekerja dengannya. Dia tahu Nasha boleh bekerja dengan Faries
kerana Nasha seorang pekerja yang efficient dan juga kerana Nasha punya
pengalaman bekerja sebagai PA. She's natural.
"I naikkan gaji you lagi 300
ratus," ujar Aliff perlahan.
Aku cuba mengawal cool kerana Aliff
bersetuju untuk naikkan gajiku 300 ratus. Alhamdullilah. Bukan kerana aku
tamak. Tapi kerana aku hendak melunaskan hutang yang tertunggak. Lagi cepat
habis lagi bagus. Tak perlulah aku memikirkan tentang hutang itu.
"500 ratus," ujarku mencuba
nasib.
"Don't push it," jawab Aliff
lalu mengenakan cermin mata raybandnya.
"Ok, thank you," jawabku lalu
bangun dari sofa. Lega hati aku. Tapi lega sekejap sahaja. Aku sudah sign
contract untuk menjadi PA Faries. Ya Allah permudahkanlah kerja-kerja ku. Amin.
bersambung....
No comments:
Post a Comment