Cincin hadiah pemberian Encik Faries ku belek
tanpa minat. Cincin berlian itu memang cantik dan indah namun aku belum
teringin untuk memakainya kerana aku masih belum memberi kata putus samada aku akan
menerima lamarannya atau tidak. Aku tahu cincin itu diberi sebagai cincin tanda
pertunangan kami. Mak dan abah serahkan keputusan itu kepada aku, kerana kata
mereka ini adalah soal masa depan aku. Yang hendak bernikah aku, bukannya
mereka. Mereka hanya mahu aku hidup bahagia, itu sahaja. Aku tahu mak dan abah
berniat baik mahu melihat aku bahagia dan hidup selesa. Dan aku juga tahu mak
dan abah berkenankan Encik Faries.
Encik Faries majikan aku dan aku hormatkan dia.
Aku tidak seperti PA lain yang akan teruja mendapat boss yang kacak, popular kerana
niat aku berbeza dengan niat orang lain. Aku mahu menjadi pembantu yang baik
kepada majikanku dan aku pegang amanah itu dan cuba melakukannya sebaik
mungkin. Dan majikan aku perlukan perhatian yang luar biasa kerana dia mengidap
penyakit OCD yang tidak semua pembantu yang boleh tahan dengan sikapnya dan
perangainya yang pelik. Mak dan abah tak tahu tentang Encik Faries kerana aku
tidak menceritakan pada mereka.
Kalau aku terima lamaran Encik Faries boleh ke
aku hidup dengannya? Aku tidak punya perasaan apa-apa terhadap dirinya begitu
juga Encik Faries. Dia hanya perlukan aku untuk menguruskan keperluannya dan
tidak sanggup bertukar ganti pembantu. Kalau kami hidup bersama, kami akan
menjadi teman serumah atau teman baik kerana kami selesa bersama. Sanggupkah
aku korbankan kebahagiaan aku demi untuk memenuhi hasrat Encik Faries? Serba
salah aku di buatnya.
Aku mengangkat telefon bila handphoneku
berdering nyaring. Aku mengerling kearah skrin. Nombor tidak ku kenali tertera.
Siapa?
“Hello,”
“Hello..ini Nasha??,”
“Ye Nasha bercakap siapa di sana?,” tanyaku
ingin tahu siapa nama si pemanggil kerana suaranya tidak kukenali.
“Saya Taufiq kawan Rizal…itu hari saya datang
ke kampung awak di BP..,”
“Saya tak kenal awak kenapa awak cari saya,”
ujarku tidak senang dengan lelaki yang menghubungi aku. Dia berkawan dengan
Rizal apa kena mengena dengan aku pula.
“Masalahnya sekarang Rizal ada meminjam saya 20
ribu yang masih belum di lunaskan lagi..dan dalam kontrak dia meletak nama Cik
Nasha sebagai penjamin,” ujarnya lancar.
Astarfirullah Al Azim. Istifar ku dalam hati.
Aku tidak tahu Rizal ada meminjam wang sebanyak itu dan apa yang menyedihkan
dia melibatkan aku dan menjadikan aku sebagai penjaminnya.
“Saya tak percaya..awak mungkin hendak tipu
saya..saya tak tahu menahu pun dan bagaimana saya hendak percaya jika saya
tidak nampak document itu sendiri,” ujarku bila lelaki itu mahu mengugutku.
“Saya minta secara baik pada cik Nasha..kalau
cik Nasha tidak mahu membayar saya terpaksa gunakan khidmat peguam untuk
mendapatkan balik duit saya,” ujarnya.
Sesak nafasku mendengar dia menyebut lawyer.
Ya Allah buntu aku memikirkan masalah Rizal. Rizal tidak sudah-sudah
menyusahkan hidup aku.
“Awak beri saya tempoh..saya akan cuba bayar
duit awak balik..tak perlu gunakan khidmat lawyer,” ujarku berjanji padanya.
“Saya beri tempoh sebulan untuk cik Nasha
membayar balik hutang saya..saya akan hubungi cik Nasha dalam masa sebulan
nanti,” ujarnya lelaki yang bernama Taufiq itu lalu mematikan talian.
Aku meletak handphone di atas meja. Lemah
seluruh anggota aku mendengar tempoh yang diberikan oleh Taufiq tadi. Sebulan??
Mana aku hendak dapatkan wang sebanyak itu dalam masa sebulan? Ya Allah mana
hendak aku cari 20k dalam tempoh sesingkat itu. Peluh dingin mula membasahi
dahiku.
“Nasha..kenapa dengan awak? Awak sakit ke?,”
tegur Aliff bila kehadirannya tidak di sedari Nasha walhal dia duduk di hadapan
wanita itu. Wanita itu hanya memandang ke hadapan dengan wajah pucat.
Aku menoleh kearah Encik Aliff bila dia
menegur. Hendak sahaja aku menangis di hadapannya dan mengadu padanya tentang
nasibku. Selama ini aku tidak pernah berkongsi atau bercerita apa-apa tentang
diriku kepada Encik Aliff. Tapi kini aku benar-benar perlukan seseorang untuk
ku luahkan rasa hatiku.
“Are you ok?? You look worried?? You ada
masalah ke Nasha?,” tanya Aliff bila Nasha tidak kelihatan ceria seperti
selalu. Wajahnya kelihatan sedih dan risau. Apa yang menganggu fikiran Nasha?
Susah untuknya meneka apa masalah Nasha kerana Nasha tidak pernah berkongsi
apa-apa dengan dirinya.
Airmataku mengalir perlahan bila Encik Aliff
bertanya soalan demikian.
“Kenapa menangis ni??..you better tell me..apa
masalah you sebenarnya..don’t make me worried Nasha..you can share your problem
with me and Faries..kita sudah seperti saudara,” ujar Aliff risau bila dia melihat
Nasha menangis. Pasti ada sesuatu perkara besar yang membuatkan Nasha benar-benar
sedih. Nasha yang kenali seorang wanita yang ceria dan lucu. Sentiasa riang dan
suka tersenyum. Inilah kali pertama dia melihat wanita itu bersedih.
“If I setuju berkahwin dengan Encik
Faries..boleh tak Encik Faries bantu saya dari segi kewangan?,” ujarku tanpa
berfikir panjang. Aku sudah hilang ikhtiar. Itu sahaja cara yang terlintas di
fikiranku. Mungkin ada benarnya apa yang mak dan abah katakan jika aku bersuami
sekurang-kurangnya aku tidak mudah di buli oleh orang lain dan kebajikan aku
terpelihara. Tapi aku tidak mahu Encik Faries menyangka aku mengambil
kesempatan ke atas dirinya.
“You ada masalah kewangan?? But how? I tengok
you tak spendthrift tak gunakan bag berjenama, tidak makan di restaurant-restaurant
mewah..don’t tell me your pay 5800 for a month is still not enough?,” soal
Aliff bila Nasha mengatakan dia perlukan bantuan kewangan. 5800 untuk gaji
seorang PA sudah di kira lumayan. Nasha tidak mempunyai kenderaan sendiri dan
seperti yang di katakan tadi, Nasha tidak boros berbelanja. Dan kadang kala dia
membawa bekal makanan dari rumah.
“Kalau tak boleh bantu tidak mengapa Encik
Aliff saya sekadar bertanya sahaja,” jawabku dengan perasaan sebak bila Encik
Aliff bertanya banyak soalan bila aku mengatakan aku perlukan bantuan kewangan
jika aku dikehendaki bernikah dengan Faries.
“It’s not that? You kena beritahu I..kenapa
you perlukan bantuan kewangan dan berapa yang you perlukan untuk menyelesaikan
masalah you, you have to tell me the reason why? So that I can tell Faries,”
ujar Aliff.
Airmataku mengalir perlahan mengenangkan
nasibku. Aku seringkali membuatkan orang risau tentang diriku. Mak abah kini
Encik Aliff dan Encik Faries. Aku mengambil keputusan untuk menerima lamaran
Encik Faries kerana aku perlukan bantuannya. Mungkin ini adalah jalan yang
terbaik untuk diriku.
bersambung....
No comments:
Post a Comment