Aku berdiri betul-betul di hadapan pintu
nombor 202 seperti yang dikatakan oleh lelaki yang bernama Aliff Sofian.
Sepanjang perjalanan kemari aku memikirkan mengapa temuduga pembantu peribadi
itu diadakan di Marriot hotel? Aku mula merasa tidak enak. Apa sebenarnya
pekerjaan yang di tawarkan. Aku mula memikirkan yang bukan-bukan. Sungguhpun
begitu aku sudah terpacak di hadapan pintu Bilik Suite 202. Aku menekan loceng.
Seketika kemudian pintu di buka seseorang. Seorang lelaki tegap berpakaian
kemas dalam lingkungan awal 40an menyambutku di hadapan pintu.
“Please come in,” ujarnya bila dilihatnya aku
berdiri tercegat tanpa berkata apa. Aku melangkah masuk mengekori lelaki yang
tidak kukenali namanya. Tapi aku yakin bahawa lelaki itu adalah Aliff Sofian.
“Sorry I didn’t get your name?,” ujarnya
seraya tersenyum.
“Nasha,” jawabku ringkas. Aku mengekori Aliff
menuju ke arah bilik yang sedang tertutup. Aliff menolak pintu tersebut. Aku
agak terperanjat bila menyedari ada beberapa wanita muda atau sebaya denganku
sedang duduk di atas sofa yang telah disediakan. Ada yang sedang sibuk menulis
sesuatu dan ada yang sedang sibuk menyelak majalah.
“Please have a seat,” ujarnya lalu menuju
kearah bilik yang lain dan menutup pintu dari belakang. Aku menuju kearah
kerusi kosong yang berdekatan dengan meja dining. Di atas meja dining tersebut
terdapat beberapa clipboard dan terdapat borang di atasnya berserta pensil.
Sementara menanti giliran aku mengisi borang tersebut.
Aku merasa tidak yakin
bahawa aku boleh mendapat jawatan sebagai pembantu peribadi bila aku mendapati
ada beberapa ramai calon yang menghadiri temuduga untuk jawatan tersebut
kelihatan hebat-hebat belaka. Rata-rata calon yang hadir kelihatan professional
dengan memakai suit lengkap dan kelihatan sempurna dari ‘top-to-toe’. Aku
bangkit dari sofa lalu menuju kearah wanita yang duduk di hadapan meja yang
terdapat clipboard yang aku ambil tadi lalu menyerahkan borang yang sudah
lengkap dengan butir peribadi ku. Aku kembali duduk di sofa menanti giliran aku
dipanggil untuk di temuduga.
****
“How many candidates left?,” ujar Faries
sebaik sahaja temuduganya dengan calon yang bernama Rainah berakhir.
“Roughly about 8,” jawab Aliff lalu melabuhkan
punggungnya di sebelah Faries. Faries mengelengkan kepalanya. Tidak sanggup
rasanya untuk meneruskan temuduga yang selanjutnya. Dia penat dan mahu berehat.
Dan dia rindukan Shiela. Kenapa Shiela sanggup meninggalkannya begini?
“Who’s next?,” ujar Faries tanpa melihat fail
yang berisi borang di hadapannya. Pening kepala. Kalaulah tidak kerana Shiela berhenti
dia tidak perlu menghabiskan masanya untuk mencari pembantu peribadi lagi. Aliff
pula sengaja tidak mahu mengendalikan temuduga tersebut kerana katanya dia amat
cerewet orangnya.
“Nasha,” jawab Aliff.
“Call her in, I want to end this interview
now,” jawab Faries lalu meneguk gelas berisi air mineral evian.
Pintu di ketuk.
“Come in,” jawab Faries sambil lewa. Tanpa
memandang kearah calon selanjutnya. Dia sibuk meneliti majalah di hadapannya.
Aku agak terkejut bila menyedari selain dari Aliff
ada seorang lelaki lagi yang akan menemuduga aku. Apa yang memeranjatkan lelaki
yang berada di sebelahnya itu tidak lain dan tidak bukan adalah celebrity
terkenal iaitu Faries Syamri actor lelaki yang disukai ramai.
“Oh hi, I’m Faries Syamri,” ujar Faries lalu
menghulurkan tangannya. Sebaik sahaja tangan aku melepaskan tangannya. Faries menghulur
tangannya kepada Aliff. Aliff mencapai botol kecil ‘hand sanitizer’ lalu
menuang sedikit di tapak tangan Faries. Faries meratakan hand sanitizer di
kedua belah tangannya.
“I’m Nasha,” jawabku gugup kerana inilah kali pertama aku berhadapan dengan celebrity lelaki terkenal di serantau asia. Terus terang aku katakan. Faries kelihatan jauh lebih kacak secara peribadi dari di dalam filem mahupun di TV.
“You ada pengalaman bekerja sebagai PA?,” soal
Faries.
“Ada,”
“Good..then you are hired,” ujar Faries lalu
bangun dari tempat duduknya. Dia berjalan menuju kearah kamar yang memisahkan
tempat beradu dan study room.
Aliff di sebelahnya terperanjat bila Faries berkata
demikian.
Aku lebih terperanjat kerana tidak sampai satu
minit temuduga aku sudah berakhir dan aku di terima untuk bekerja dengan Faries
Syamri. Seperti bermimpi aku, bila di terima bekerja dengannya.
“Ok, that was fast, you need to report work
tomorrow at 8.00 a.m. di residence Faries, address ada dalam this black diary,
oh yes please guard the diary and the handboook like your life, jangan sampai
hilang,” pesan Aliff lalu mendekati Nasha pembantu baru Faries. Diary kulit yang
berada di tangannya diserahkan kepadaku.
Aku menganggukkan kepala tanda faham.
“Faries ada shooting at Central jam 10.00
pagi, make sure you be here by 8.00 a.m., jam 7.30 malam ini ‘Denaida’ press
conference di sini. Don’t forget to remind him about that,” terang Aliff
panjang lebar.
Handbook? Aku mengerutkan dahi. Bila ketika
dia pass handbook kepada aku. Blackdiary ni ke handbook yang di maksudkannya?
Aku membuka diary. Isi kandungannya hanya terdapat schedule Faries. Tiada isi
kandungan lain selain dari jadual.
“Any questions?,” soal Aliff kepada Nasha.
“Erm Encik Aliff, you hanya beri I the black
diary, no handbook,” jawabku lalu memandang tepat ke wajah Aliff.
“Tak ada handbook? Serious tak ada?,” ujarnya
lalu menarik laci meja di hadapannya mencari handbook yang dimaksudkan.
“Oh my goodness,” ujar Aliff terduduk di atas
kerusi. Tidak percaya Handbook itu hilang. Tanpa handbook itu PA baru Faries
tidak dapat bekerja dengan baik kerana di dalam handbook tersebut adalah
panduan untuk PAnya bekerja di bawah Faries Syamri. Dan handbook itu adalah
catatan Shiela sepanjang dia bekerja dengan Faries. Tanpa buku panduan itu PA
barunya harus mempelajari tentang diri Faries.
Aku menelan air liur bila Aliff berkata
demikian. Penting sangatkah handbook yang di maksudkan oleh Aliff itu. Kalau
sekadar panduan bekerja sebagai PA biasa. Aku tahu.
“Oh dear…, ok dengar pesanan saya betul-betul,
disebabkan handbook itu tak ada, kerja awak tidak sesenang yang awak sangka,
Faries banyak perkara yang dia tidak sukai and I don’t remember all, make sure
setiap kali keluar bersama dengannya bring along hand sanitizer, what else…?? oh gosh
I can’t really remember, sorry dear, good luck,” jawab Aliff lalu tersenyum
simpati kesian dengan nasib pembantu baru Faries.
“By the way, I’m his agent cum manager, you
will see more people tomorrow dan liaise directly with them ok, you will be
great trust me, Faries cerewet sikit aje,” jawab Aliff lalu menepuk lengan
Nasha cuba untuk tidak membuat wanita itu merasa panik.
Sekali lagi aku menelan air liur bila Aliff
mengatakan Faries cerewet. Dan dari cara dia terangkan tadi aku sudah mengagak
kerjaku tidak semudah ABC.
bersambung....
No comments:
Post a Comment