Tuesday, 27 May 2014

From Boss with Luv - Part 36




Aku membuka pintu bilik lalu menghidupkan lampu. Perasaan aku berbelah bagi. Adakah cara aku ini betul? Walaupun aku tahu Encik Faries tidak pernah memaksa aku menerimanya tapi aku kini isterinya. Derhakakah aku kerana tidak menyenangkan hati Encik Faries? Tapi Encik Faries kata dia tidak suka memaksa aku. Maka aku tidak berdosa kerana bukan aku tidak mahu tapi aku belum dapat menyesuaikan diri aku dengannya. Fikiran ku bercelaru bila memikirkannya. Aku menuju kearah laci lalu menarik sehelai night gown lalu mengantikan seluar panjang dan t-shirt yang ku pakai tadi. Bila aku meluangkan masa bersama dengan Encik Faries aku lebih selesa memakai seluar panjang dan t-shirt. Tapi bila hendak tidur tu aku suka memakai nightie atau pajamas.
 
 
Aku mematikan lampu lalu baring di atas katil. Lampu sisi ku hidupkan. Aku sukakan Encik Faries. Setakat ini layanan yang dia berikan kepadaku semuanya baik-baik belaka selain dari dia sedikit tegas dan garang bila aku melakukan kesilapan. Itu perkara biasa kerana dia berhak menegurku kerana dia suamiku. Cuma perasaan aku terhadap diri dia masih belum dapat ku pastikan lagi. Samada aku sayang atau hanya suka padanya. Tapi aku sedar sejak akhir-akhir ini aku merasa tidak senang bila Faries kelihatan mesra dengan pelakon yang bernama Puteri Ernisa itu. Mesranya bukan main. Cemburu?? Bukankah cemburu itu tandanya sayang? Issk betul ke aku cemburu atau aku cuma tidak boleh angkat perangai manja Puteri Ernisa tu. Hmm.
 
 
Dan Encik Faries? Bagaimana pula perasaan Encik Faries terhadap diri aku. Adakah dia cinta dan sayang pada aku? Atau perasaannya terhadap diriku masih sama macam dulu? Sepertimana yang aku katakan. Sukar untuk aku mentafsirkannya kerana Faries seorang pelakon hebat. Kadang kala stress juga memikirkannya.
 
 

Tapi walau bagaimanapun aku bahagia dan selesa dengan kehidupan aku sekarang setelah berumahtangga. Aku tidak perlu risaukan tentang Rizal dan mak abah tidak perlu khuatirkan tentang diri aku kerana aku sudah bersuami. Aku hanya perlu belajar menyayangi dan mencintai suamiku dan aku harus pandai memikat hati Faries agar dia tidak akan mencari wanita lain bila dia tidak mendapat perhatian dan kasih sayang dariku. Encik Faries layak berkahwin lebih dari satu kerana dia mampu. Dan aku tidak berhak menghalang jika dia mahu berkahwin lagi, kerana aku sendiri tidak dapat memberi kebahagian kepada Encik Faries. Ya Allah bukakanlah pintu hatiku untuk menerima suamiku. Kau lembutkanlah hati kami dan semaikan dengan perasaan cinta dan kasih sayang. Amin.
 
 

Aku tidak ingin melihat perkahwinan kami gagal sebelum kami cuba kearah kebaikan rumahtangga kami. Berilah kami kesempatan untuk bercinta dan mengenali hati masing-masing.
 
 

Sungguhpun layanan Encik Faries lebih kepada seorang teman dari seorang isteri tapi aku bahagia. Pelik kan bunyinya. Mungkin kerana selama ini aku tidak di beri layanan baik sepertimana Faries memberi kepadaku bila aku bertunang dengan Rizal dahulu. Aku seringkali di buli Rizal. Apa yang dia kehendaki aku terpaksa memberi. Rizal selalu meminjam wang denganku. Dia juga mendesak aku memohon kad kredit dan memberinya kebebasan untuk mengunakannya. Tapi bila di minta untuk melunaskan kredit. Rizal buat tidak endah. Dia hanya mempergunakan aku untuk kepentingan dirinya. Sebelum bertunang Rizal tidak begini. Dia seorang lelaki yang baik. Pandai menjaga hati kedua orang tuaku. Tapi perangainya berubah setelah kami bertunang. Rizal tidak seperti lelaki yang pernah aku kenali dahulu. Seorang yang boros dan seringkali memberontak bila kehendaknya tidak di tunaikan.
 
 

Selepas Rizal aku mengenali seorang lelaki bernama Ilhan. Seperti biasa pada zahirnya Ilhan tampak seperti lelaki yang baik dan penyayang. Dan aku tidak suka bersangka buruk terhadap diri seseorang. Sehinggalah aku mendapati bahawa Ilhan punya isteri dan anak. Sejak hari itu kepercayaan aku terhadap lelaki yang berlagak baik tetapi sebaliknya tidak lagi aku percayai. Aku seakan sudah serik untuk bercinta lagi. Sehinggalah sekarang, bila aku terpaksa berkahwin dengan Faries Syamri. Setelah hampir sebulan kami berumahtangga. Aku belum melihat keburukkan Faries. Suamiku itu seorang lelaki yang menghidap penyakit OCD dan juga seorang suami yang tegas. Faries juga seorang lelaki yang baik hati. Dia selalu ambil berat terhadap diriku.
 
 

Selesai membaca doa tidur dan surah alyatul kursi. Aku mematikan lampu untuk tidur. Cuba untuk tidak memikirkan tentang Encik Faries. Semakin aku fikir semakin aku rasa bersalah dengannya.
 
 

Nasha syurga di bawah tapak kaki suami. Kau sakitkan hati suami kau..kau tak akan dapat cium bau syurga pun..aku bangun lalu menghidupkan lampu sisi. Ah sudah aku tidak dapat tidur kerana dibelenggu perasaan bersalah. Aduh macamana ni? Tidak senang hati kerana aku tidak menunaikan hasratnya tadi. Perkataan berdosa kerana menolak ajakan suami dan dilaknat oleh Malaikat hingga waktu Subuh terngiang-ngiang di telingaku. Tapi aku belum bersedia? Aku masih malu pada Encik Faries. Argghh stress tahu tak? Harus ke aku ke bilik Encik Faries?
 
 

Aku melirik kearah jam jarum jam menunjukkan hampir ke 11 malam. Encik Faries sudah tidur atau masih berjaga lagi? Minta-minta dia sudah tidur lah hendaknya. Aku bangkit dari katil lalu menuju ke almari, pintu almari ku buka. Aku mencapai sehelai cardigan dari hanger cardigan itu ku sarungkan ke atas badanku. Almaklumlah aku sudah ganti kepada nightie yang tidak berlengan dan seksi tu jadi bila pakai cardigan tu tak lah tampak seksi sangat.
 
 
                             Di hadapan cermin sempat aku menyisir rambut ikal aku itu dengan jari agar tidak nampak berselerak. Sempat juga hendak check penampilan aku. Ini semua nervous action. Yelah aku merasa rendah diri bila berada bersama Encik Faries. Dia selalu di kelilingi wanita-wanita cantik dan menarik. Dan aku tidak setanding dengan mereka. Jadi sedikit sebanyak membuatkan aku rasa tergugat. Aku merasa bahawa diri ini tidak layak menjadi isterinya dan tidak sepadan dan juga kerana aku merasa gementar bila berdepan dengan Encik Faries. Ah apa-apa pergi toilet dululah. Aku dah seperti arwahyarham S. Samsudin dalam cerita seniman bujang lapok. Berapa kali ke toilet untuk terkucil hingga tidak ada apa lagi yang keluar.
 
 
 
 
 
 
 
 
bersambung...
 
 
 
 
 
 
 
 

1 comment: