Aku tersenyum bila menyedari Encik Faries
tertidur ketika kami sedang menonton filem romantic sedih lakonan Rachel
McAdams dan Ryan Gosling yang bertajuk “The Notebook”. Nasib baik juga lah dia
tertidur tadi. Tak lah dia nampak aku tersedu-sedu menangis menonton cerita
sedih gila tu. Apa tak sedihnya. Di usia tua, sang suami begitu setia dengan
isterinya yang menghidap penyakit ‘dementia’ dan sering kali menemani isterinya
dan tidak jemu menceritakan apa yang berlaku sewaktu mereka muda dan bercinta
dahulu. Very the touching you know!. Kalaulah ada baldi di hadapan aku tadi
mesti dah hampir separuh penuh apa tak nya aku ni penyedih orangnya. Lagilah
nonton cerita yang sedih gila yang menyentuh perasaan. Huhu.
Aku memandang kearah Encik Faries yang sedang
terlena di atas riba ku. Hehe. Sejak aku menjadi isteri Encik Faries. Dia manja
dengan aku lebih, maklumlah hubungan sudah halal. Jadi dia tidak teragak-agak
hendak bermanja dengan aku. Maksud aku permintaan manja Encik Faries contohnya
begini:-
1. Bila menonton TV dia suka berbaring di atas
riba aku.
2. Bila datang malasnya ketika waktu makan dia hendak
aku suapkan makanan untuk dia.
3. Kekadang tu bila aku sudah sediakan
pakaiannya, dia hendak aku sarungkan kemeja ke badannya.
Manja-manja macam tu lah, suka kerana ada
orang melayan karenah dia yang macam baby. Hubungan kami setelah bergelar suami
isteri…Alhamdullilah ok. Kami sudah seperti teman baik yang mesra alam.
Di luar rumah kami strictly PA dan Boss. Encik
Faries tidak kisah bila aku memanggilnya Encik Faries ketika di luar. No
manja-manja or lovey dovey in public. Yang manja pun dia, bukan aku. Tapi bila
berada di rumah kami switch to good housemate. Kami banyak menghabiskan masa
bersama di rumah, kerana perkahwinan kami masih lagi rahsia. Encik Faries cuba
mengelak untuk keluar public bersama denganku, takut spekulasi meluas
mengatakan bahawa Faries punya hubungan dengan PAnya. Kami menonton filem di
audio room dan bila aku teringin hendak makan makanan yang sedap. Pada hari
hujung minggu pula bila Faries tiada shooting dia gemar lepak di rumah mungkin
kerana ada orang yang menemaninya iaitu aku, dia lebih selesa berada di rumah.
Alhamdullilah..sejak menjadi isteri Encik
Faries. Tidur malamku kini lena sebab aku tidak di kejutkan dengan deringan
telefon dari Encik Faries yang bertanya soalan yang mengakal. Mungkin kerana
aku sudah tinggal serumah dengannya dia tidak menganggu aku waktu tengah-tengah
malam kerana jika dia perlukan sesuatu di hanya perlu mengetuk pintu bilik aku
sahaja. Dan aku sebagai PA dan isterinya akan menyediakan keperluannya.
Encik Faries ni patut berkahwin dari dulu lagi
supaya hidupnya lengkap dan tenang kerana ada orang yang melayan dan
menjaganya. Aku hairan kenapa dia tidak berbuat demikian dahulu. Bukan aku
tidak tahu dia punya ramai teman wanita. Almaklumlah orang kacak, sudahlah
kacak pelakon lelaki popular pula tu. Mustahil dalam ramai-ramai teman
wanitanya tiada seorang pun yang mengerti akan kehendaknya?
Pokoknya aku dapat melihat Encik Faries
kelihatan gembira dan bahagia sejak dia sudah berumahtangga. Aku bercerita ni seolah-olah
ia tidak melibatkan diri aku. Aku? Alhamdullilah bahagia sebab diri ini kini
terpelihara dan di jaga dengan baik setelah menjadi status seorang isteri.
Encik Faries benar-benar protective terhadap diriku. Kalau aku kurang bercakap
dia akan bertanya mengapa? Kalau aku makan tidak teratur kerana kurang selera
atau tidak berapa lapar dia akan pastikan aku makan makanan yang berkhasiat. We
look after each other well. Bukankah itu yang sepatutnya di lakukan oleh
pasangan suami isteri. Care for each other?
Kalau Faries tidak pergi ke gym, kami
menghabiskan masa membaca buku, menonton atau bermalas-malasan di rumah. Faries
tidak benarkan aku membuat kerja rumah seperti mengemas rumah atau sebagainya
kerana setiap pagi sekumpulan housemaid akan membersihkan rumahnya. Bukan
setakat kemas-kemas gitu sahaja. Semuanya bersih spick and span. Macam tinggal
di hotel. Pakaiannya semua di hantar ke laundry. Jadi tugas aku hanya melayan
kehendak Encik Faries. Terkadang aku bosan juga kerana tiada apa yang boleh aku
lakukan. Aku berjaya memujuk Encik Faries bahawa aku suka membuat pastry dan
cake. Jadi Encik Faries benarkan aku menghabiskan masa membuat experiment memasak
di dapurnya. Tentang masak pula. Faries mahu Fiza yang menyediakan untuk kami. Tapi
kekadang tu aku curi-curi masak biar Encik Faries dapat rasa air tangan masakan
aku sendiri, cuma kalau makanan gourmet tu aku serahkan kepada Chef Fiza kerana
dia lebih arif so kami tidak perlu keluar ke restaurant atau pergi menonton di
pawagam kerana semuanya sedia ada di rumah penthouse Encik Faries kita.
Sungguhpun Encik Faries mengidap penyakit OCD
dan cerewet serba serbi. Namun setelah aku pelajari dan memahami akan
keperluannya. Ia menjadi mudah. Aku tidak merasa stress seperti waktu mula
berkerja dengannya dahulu.
Perasaan aku terhadap Encik Faries dari hari
ke sehari mula berubah sedikit demi sedikit. Kalau dahulu aku tidak punya
perasaan apa-apa langsung padanya. Tapi kini aku sudah mula rasa sayang pada Encik
Faries. Setiap kali dia menyentuh tanganku perasaan aneh mula menyelinap di
sanubariku. Aku suka bila dia memegang tanganku dan mahu dia berbuat begitu
selalu. Namun begitu ianya terlalu awal untuk aku mengesahkan akan perasaan aku
yang sebenar terhadap Encik Faries buat masa ini.
Encik Faries being Encik Faries. He’s cute in
so many ways. Sekejap dia manja dengan aku. Sekejap dia garang dengan aku.
Sekejap perangai OCDnya. Jadi aku hendak kena arif perangai-perangainya itu.
Perasaannya terhadap diri aku? Masih belum aku pastikan lagi kerana perilakuannya
selamba sahaja. Seperti tiada perasaan. Hanya selesa dan senang bersama dengan
aku.
Lamunanku terhenti bila Faries membuka matanya
perlahan dan memandang ke wajahku. “Dah habis movie?,” ujarnya lalu bangun
duduk. Wajah Encik Faries kelihatan cute kerana rambutnya kelihatan messy dan tidak
terurus kerana berbaring tadi.
“Dah,” jawabku ringkas lalu mencapai remote
mematikan tv.
“Bagus cerita Notebook??,” soal Faries menoleh
kearah Nasha. Dia pernah menonton movie itu dahulu tapi sengaja mahu tahu
pendapat Nasha mengenai movie itu.
“Bagus..but sedih gila,” jawabku
menyembunyikan beberapa helai tisu yang aku gunakan untuk mengelap airmata aku
tadi jauh dari pandangan Faries. Aku tahu dia tidak suka melihat benda
berselerak. Aku memang hendak membuang tisu itu ke dalam tong sampah pun. Tapi
di sebabkan dia baring atas riba aku macamana aku hendak membuangnya.
“Sedih??..cengeng juga you ni kan,” ujarnya
lalu mencuit pipi Nasha mesra lalu bangun.
Berderau darahku bila dia berbuat demikian.
Faries suka mengusik hatiku dengan sentuhan begitu. Perbuataannya begitu
selamba dan tidak teragak-agak. Adakah Faries terbawa-bawa dengan peranan yang
selalu di pegang ketika melakonkan watak suami dan lelaki romantic? Atau Faries
sememangnya seorang lelaki yang berjiwa romantic. Entahlah aku sukar
mentafsirkannya kerana Faries seorang pelakon hebat. Tidak mustahil dia dapat
menyakinkan kepada sesiapa sahaja bahawa perbuataannya itu hanya sekadar
lakonan dan bukan yang sebenar. Confuse bila berkongsi hidup dengan seorang
pelakon seperti Faries ni, kerana tidak tahu samada ia adalah perasaannya yang
sebenar atau sekadar lakonan.
“Apa nak buat dah isteri you ni cengeng
orangnya,” jawabku selamba lalu bangkit dari sofa. Aku mematikan suis audio
room dan juga air-con. Sudah lewat malam. Esok petang kami akan berangkat ke
NZ. Aku hendak memastikan segala keperluan Faries cukup dan tiada barang yang
ketinggalan. Wah seronoknya dapat menjejakkan kaki ke NZ. Dan Encik Faries kata
selepas shooting dia akan bercuti ke Canada untuk bertemu dengan ibu dan ayah
tirinya. Nervous juga aku hendak kena bertemu dengan ibu dan ayah tiri Encik
Faries. Semasa kami bernikah dahulu aku tidak berkesempatan untuk berbual
dengan ibu Encik Faries.
“Isteri???,” ujar Faries lalu menoleh kearah
Nasha bila dia memberi komen sedemikian. Selama ini Nasha tidak pernah
mengelarkan dirinya isteri. Mereka selalu berbicara you and I mungkin kerana
Nasha masih belum membiasakan diri memanggilnya abang atau ia lebih selamat
kerana mengunakan ayat ‘you’ dan ‘I’ dalam perbualan seharian mereka, mudah
kerana tidak perlu swtich to PA & Boss mode dan Husband and wife mode.
Bahasa ‘You’ & ‘I’ adalah bahasa universal.
“Salah ke I cakap En..eh abang,” ujarku hampir
tersasul lagi. Aku memungut tisu lalu membuangkannya ke dalam bakul sampah yang
terdapat di dalam audio room. Aku menekan hand sanitizer membersihkan kuman di
tanganku. Bagus juga cara Encik Faries menyediakan hand sanitizer di setiap
bilik. Ada juga gunanya very convenient.
“Tak salah..cuma you never said that
before..since you mengingatkan I yang you ni isteri I, why don’t you accompany
me tonight,” ujar Faries lalu tersenyum.
Aku berdiri kaku bila Faries berkata demikian.
Oh gosh. Faries meminta aku menemaninya malam ini. Kenapa hati aku dup..dap..dup…dap
tidak henti-henti ni. Aduh..perasaan nervous kembali lagi. Aku belum bersedia
lagi.
“Kenapa belum bersedia?? Kalau belum ok,”
jawab Faries ringkas lalu menuju kearah biliknya.
Ah
aku serba salah bila Faries berkata demikian. Merajukkah Faries? Nasha menolak
ajakan suami hukumnya berdosa dan akan dilaknat oleh
Malaikat hingga waktu Subuh.
bersambung....
No comments:
Post a Comment