Aku membuka pintu rumah Faries. Kunci spare
yang di beri Encik Aliff supaya aku gunakan dan simpan untuk masa keccemasan.
Tak kecemasan pun aku gunakan, kerana sementara menunggu Encik Faries kita
balik dari gym aku mengambil keputusan untuk naik ke penthousenya untuk membuat
inventory list barang dapurnya. Inilah tugas aku sebagai PA Encik Faries.
Selain dari pembantu peribadi untuk mengendalikan jadual kerjanya, aku juga
harus membuat inventory list dan memastikan harta di rumahnya terjaga dengan
baik. Pendek kata, aku ‘Pa Ka Liao’ semuanya. Sepatutnya title job untuk aku
manager atau pengurusnya tapi aku hanya di beri title PA. Encik Aliff pula
hanya menguruskan kerjaya Faries yang lainnya aku yang kena buat. Pandai dia
tolak balak kat aku.
Aku menuju ke dapur Faries lalu membuka
kabinet yang sama tinggi dengan almari baju di rumah aku. Terbeliak mataku
sekejap bila melihat pelbagai jenis makanan yang ber-tin dan makanan-makanan
kering yang seumpamanya tersusun cantik seperti di gedung membeli belah. Hmm
dia makan ke semua ni? Makanan yang terdapat di almari itu bukan sahaja cukup
menampung keperluannya untuk sebulan malah lebih dari 3 bulan pun boleh kerana
Faries tinggal seorang di rumah dan tiada orang lain lagi yang tinggal
bersamanya. Di tepi pintu itu terdapat kertas yang di taip cantik dan seperti
inventory list. Menunjukkan senarai jenama produk yang digunakan. Semuanya
‘Organic’. Dari cereal hingga ke jenis susu. Wah payah kalau habis
stock..patutlah dia beli sekali 3 kotak dalam satu masa pada setiap brand
makanannya, kerana brand organicnya hanya terdapat di Cold Storage atau di Mark
& Spencer. Aku menutup kembali pintu cabinet itu lalu menuju kearah peti
sejuk Faries pula. Daun pintu fridge Faries ku buka. Wah seronoknya. Complete.
Peti sejuk Faries di penuhi dengan pelbagai jenis makanan dan air di dalamnya.
Peti sejuk Faries berbau haruman lemon. Semuanya teratur dan cantik. Seperti
iklan yang terdapat di TV brand yang hendak menjual Fridge begitulah keadaan
fridge Faries. Faries seorang lelaki yang benar-benar ‘neat’. Aku yang
perempuan turut merasa malu melihat keadaan rumah Faries yang cantik dan
sentiasa terjaga.
“Awak cari apa dalam peti sejuk,” tegur Faries
bila Nasha berdiri tercegat sahaja di hadapan peti sejuk tanpa mengambil
apa-apa dari dalamnya.
Aku terlompat kecil bila seseorang menegurku.
Terperanjat katak aku di buatnya. Yelah bila ketika dia balik aku tak sedar
pun. Aku segera menutup pintu peti sejuknya.
Faries menuju kearah cabinet lalu mencapai
sebuah botol kecil evian. Dia menuju kearah sinki lalu mencapai gelas bersih
dan meletakkannya di atas island kaunter. Dia membuka penutup botol itu lalu
menuang air kedalam gelas dia berhenti menuang air itu setelah air itu di paras
separuh dari gelas putih itu lalu menutup botol Evian. Dia menarik kerusi dari
bawah island kaunter lalu duduk. Setelah duduk dia mencapai gelas itu lalu
meneguk air evian perlahan. Aku hanya tercegat dan memerhatikannya sahaja.
Yelah sungguh tertib dan teratur.
“You are looking for something in the fridge?
Just take whatever you want, buat macam rumah sendiri,” tegur Faries bila PAnya
hanya mampu berdiri tercegat memerhatikannya seperti hairan dengan kelakuannya.
“Err..I tengah buat inventory list,” jawabku
gugup kerana tidak suka di caught off-guard. I don’t like. Nasib baik aku tak
bercakap sendiri atau apa tadi. Kalau tidak malu aku dengan si Faries ni. Nanti
dia kata aku gila pula bercakap sorang-sorang.
“I dah restock semuanya pagi tadi,” ujarnya
selamba lalu menghabiskan sisa air evian dari gelasnya.
“Restock tadi pagi?? But supermarket buka jam
11.00 pagi,” ujarku terperanjat. Supermarket paling awal buka jam 10.00 pagi.
Bila ketikanya dia stock-up barang-barang dapurnya.
“I know someone who works at Cold Storage,”
jawabnya selamba lalu ke sinki.
Seriously? Dia kenal seseorang dari cold
storage? Managernya barangkali kalau tidak bagaimana dia boleh mendapat barang
itu tanpa pergi ke Supermarket.
Dia mencapai sponge, dia menekan sedikit
cecair pencuci pinggan lalu mencuci gelas yang di gunakan tadi. Faries
membasuhnya dengan penuh teliti dan di bilas dengan air berkali-kali untuk
sebiji gelas. Setelah berpuas hati dia mencapai kain kering lalu mengelap gelas
yang di cucinya tadi. Kalau gelas itu ada ‘genie’ aku rasa pasti genie sudah
keluar dari gelas itu kerana dia mengelap atau lebih kepada mengilap gelas itu bersungguh-sungguh
padahal air putih sahaja. Mungkin ini dinamakan penyakit “OCD”.
“Jadual I hari ni?,” soal Faries lalu berjalan
keluar dari dapur.
Aku membuka bag lalu mencapai ipad mini
Faries. Faries tanpa menunggu aku membacakan jadual hari ini untuknya, dia sudah
pun berjalan keluar dari dapur. Terpaksalah aku terkejar-kejarnya dari
belakang. Bangau betul. Tak boleh ke dia duduk sekejap dengar apa yang hendak
aku beritahu dia. Ini tidak jalan ke sana jalan kemari aku dah budak tak betul mengekor
dia dari belakang.
“Err discussion dengan penerbit dan director
drama terbaru you di office Encik Shamsul jam 3.30 petang..lepas tu dinner
dengan co-actress you Zarina jam 7.45 malam..venue belum tahu lagi sebab PA cik
Zarina belum confirm lagi…itu sahaja buat hari ni,” ujarku lalu mematikan ipad
dan menyimpannya ke dalam handbag. Uikk mana pulak si Faries ni
pergi..sekejapan dia sudah hilang atau aku yang tidak perasan selama ini aku
yang berbual seorang. Bangau betul. Penat aje aku bercakap sendiri tadi.
bersambung....
No comments:
Post a Comment