Seawal jam 5 pagi aku sudah bangkit dari
tidur. Semalam pertama kalinya aku tidur sekatil dengan Encik Faries. Tiada
apa-apa perkara pelik yang berlaku kerana sepertimana yang Encik Faries katakan
semalam dia penat dan hendak tidur. Itu yang di lakukan semalam. Dan aku
selitkan bantal guling di antara kami kerana aku takut tertendang atau terpeluk
Encik Faries. Hehe. Nasib baik aku tidak karate dia. Encik Faries tidur lena
hingga ke pagi sehingga aku kejutkan dia untuk tunaikan solat subuh.
Seperti biasa PA yang efficient. Aku sudah pun
menjerang air panas untuk dia bersiram dan telah menyusun barang peribadinya di
dalam bilik mandi. Selipar, tuala, berus gigi, ubat gigi, facial foam, shower
foam, shampoo etc. yang kami bawa dari KL walaupun kami hanya akan berada di
kampung selama 3 hari sebab masa tidak membenarkan kami untuk tinggal lama
kerana Faries di kehendaki pergi shooting ke Penang selama 2 minggu. Tapi
luggage dia sahaja satu besar dan satu sedang kerana luggage sedang terdapat
barang keperluannya sepanjang dia menetap di kampong selama 3 hari, Evian
waternya sahaja dah sedozen, cereal, teh, susu, orange juice etc. Kalau tak ada,
masak aku hendak mencarinya. Brand organicnya bukan senang di perolehi di BP kerana
di BP tiada Cold Storage dan M&S.
Aisyah dan Liana mengadap kak longnya yang
sedang sibuk menyediakan sarapan pagi buat suaminya, abang Faries. Cukup
teratur dan kemas. Dulang di alaskan napkin. Di atas dulang terdapat sebiji
gelas. Sebotol kecil air Evian. Dan separuh gelas penuh air organic orange
juice. Kak long meletak sekeping piring dan meletak semangkuk sederhana besar
organic oats yang sudah di masak mengikut kehendak Faries di atas piring
tersebut. Di dua piring berasingan dia meletak hirisan strawberry dan hirisan
pisang monte. Semua ini aku pelajari dari Fiza. Terkadang itu bila hari-hari
aku rajin. Aku sediakan sendiri sarapan untuk Encik Faries tanpa meminta Fiza
menyediakan untuknya. Dan Encik Faries tidak komen atau tidak dapat membezakan
siapa yang menghidangkan sarapan untuknya. Maknanya aku pass. Yes!
“Cukup ke abang Faries makan sarapan macam tu
aje?,” tegur Aisyah. Kerana di dulang itu hanya terdapat semangkuk sedang oats
sahaja untuk di beri kepada abang iparnya. Kenapa kak long tidak beri nasi
goreng yang di masaknya tadi kepada abang Faries. Bukankah nasi goreng kak long
terbaik.
“Ini diet abang Faries…dia suka menjaga makan
dan minumnya..sebab tu badan dia fit,” jawabku lalu membuahkan senyuman kepada
Aisyah dan Liana. Mereka asyik memerhatikan kak longnya begitu teliti
menyediakan keperluan abang iparnya. Kemas sangat. Macam makan di restaurant
pula.
“Issk kalau adik tak ada selera sarapan macam
tu aje..mana nak kenyang dah tu semuanya organic ada rasa ke?,” tegur Liana
pula. Dia menyuap nasi goreng ke dalam mulutnya. Dia lebih rela makan nasi
goreng kak long 5 kali ganda dari makan oats healthy abang iparnya.
“Organic makanan yang sihat dan
berkhasiat..tak macam adik makan tak toleh kiri kanan, badan adik tu dah mula
naik kalau tak jaga habislah.., tengok macam kak long..pandai menjaga badan
slim dan cantik sebab tu abang Faries berkenan kat dia,” jawab Aisyah lalu
menjeling kearah Liana. Adiknya kelihatan semakin montel jika dia tidak menjaga
makannya.
Aku hanya mampu menelan air liur bila Aisyah
memberi komen sedemikian. Faries bernikah dengan aku bukan kerana dia berkenan
atau cintakan aku tapi kerana dia perlukan aku dalam hidupnya. Dan badanku slim
kerana aku jarang makan dan selalu puasa sunat isnin khamis kerana aku hendak
berjimat.
Liana hanya menjeling bila angah
mengenakannya. Dia tidak peduli badannya semakin montel atau tidak. Dia tidak
seperti angahnya yang suka menjaga makan dan mahu sentiasa kelihatan langsing
dan cantik. Lagipun dia bukannya gemuk pun berisi sikit je. Angah tu yang over
kata dia semakin montel.
“Tak semestinya hendak kena badan slim melim
baru ada orang berkenan..yang penting hati mesti baik betul tak kak long?,”
ujar Liana lalu menoleh kearah kak longnya. Kak longnya wanita yang baik hati
tidak pernah lupa memberi wang bulanan kepada abah dan mak. Dia juga membantu
membayar yuran perperiksaan persekolahan mereka. Jika mereka memerlukan duit
untuk projek persekolahan dan sebagainya Kak long selalu memberi, kak long
jarang beli barang keperluannya sendiri kerana ingin membantu keluarga.
“Betul tu..dah jangan gaduh depan rezeki..kak
long nak hantar sarapan ni pada Encik Faries,” jawabku mengangkat dulang ingin
membawanya ke bilik.
“Encik Faries??..kak long panggil abang Faries
‘Encik’ lagi..kan ke abang Faries suami kak long,” tegur Aisyah lalu memandang
wajah kak long dengan wajah pelik. Kenapa kak longnya masih memanggil suaminya
‘Encik Faries’.
“Ah ha..tersasul pulak abang Faries,” jawabku
cepat-cepat membawa dulang menuju kearah bilik. Fuh nasib baik tak di soal
siasat oleh budak berdua tu. Jenuh juga aku hendak menjawab soalan mereka
nanti. Aku sudah pesan pada mereka jangan beritahu teman-teman mereka bahawa
abang iparnya itu seorang artis terkenal kerana tidak mahu kecoh. Majlis
pernikahan kami pun di adakan di masjid dan hanya keluargaku, Encik Aliff, Nek
Yah dan beberapa kenalan rapat Encik Aliff dan juga kenalan Encik Faries yang
hadir. Tiada siapa yang tahu bahawa aku bernikah dengan celebrity terkenal
Faries Syamri.
bersambung....
No comments:
Post a Comment