Thursday, 15 May 2014

From Boss with Luv - Part 17



“Awak ni nak cari nahas ke apa? Buat macam tu pada Encik Faries kita? Dia tu celebrity terkenal awak senang-senang tegur macam adik-adik awak eh,” ujar Aliff bila Nasha memberitahunya tentang kejadian semalam dimana dia terlepas kata menegur kelakuan Faries.
 

“Encik Aliff you are not helping me ok…, I rasa bersalah sangat dengan Encik Faries, I tak bermaksud hendak sakitkan hati dia,” aku berbisik perlahan. Aku berada di study room menanti Faries keluar dari biliknya. Aku cuba untuk tidak melakukan kesilapan lagi hari ini. Aku mahu menjadi pembantu peribadi baik untuk Faries.
 

“I don’t know pandai-pandailah you pujuk dia nanti,” jawab Aliff.
 

“Pujuk?? Macamana nak pujuk dia? Beritahulah Encik Aliff,” ujarku ingin tahu. Hissh susah betul kalau tak ada handbook ni. Mesti PA lamanya ada tulis cara-cara untuk memujuk dan menambat hati Encik Faries.
 

“Dulu Shiela ada tulis dalam handbook..but too bad handbook tu dah hilang..so you kenalah cuba cari idea bagaimana hendak memujuknya ok..saya nak gerak dah ni..jumpa nanti,” ujar Aliff lalu mematikan telefon.
 

Aku mendengus geram. Tak guna punya Encik Aliff. Bukan hendak membantu aku. Tak apa. Hari ini hari dia. Esok-esok hari aku pulak. Fikir Nasha..Fikir. Bagaimana cara hendak aku tambat hati Encik Faries supaya dia tidak marah pada aku. Aku berjalan perlahan menuju kearah pintu bilik Faries lalu menekap telinga kananku di pintunya ingin tahu samada dia sudah bangun dari tidur atau belum. Kalau sudah pasti dia ke kamar mandi. Bila dia ke kamar mandi aku akan cepat-cepat sediakan pakaiannya. Hari ini dia ada shooting dari 11.00 pagi hingga malam. So aku tahu pakaian yang sesuai untuk Encik Faries. Dan bila sudah sediakan pakaiannya, aku akan hubungi Fiza untuk sediakan sarapan pagi untuknya. Jadi dia tidak perlu menunggu lagi. Yes!! Bisikku dalam hati lalu berdiri tegak dan memusingkan badanku. Hampir sahaja aku terpeluk orang yang berdiri di hadapanku. Orang itu siapa lagi kalau bukan Encik Faries.
 

“Astarfirullah Al Azim,” ujarku terperanjat. Hampir hendak gugur jantungku bila mengetahui ada orang berdiri di belakangku.
 

“Cari siapa?,” soalnya dengan wajah selamba bila dia mendapati Nasha berdiri di hadapan pintu kamarnya.
 

“Err cari Encik Faries..awalnya Encik Faries bangun..shooting start pukul 11.00 pagi,” jawabku tergagap-gagap kerana tidak bersedia untuk berdepan dengan Faries.
 

“Erm,” ujarnya sambil lewa lalu membuka pintu bilik tidurnya lalu masuk kedalam. Pintu di tutup rapat.
 

Ermm aje. Merajuk lagi lah tu. Haizz..parah aku di buatnya. Dia dah merajuk..Aduh macamana nak pujuk ni? Aku mengetuk pintu biliknya perlahan beberapa kali. Tiada jawapan yang ku dengar dari dalam. Ok..ini bermakna dia sudah berada di dalam kamar mandi. Aku memulas tombol pintu perlahan dan dalam masa yang sama mengetuknya lagi. Perlahan-lahan aku membuka pintu biliknya sehingga pintu itu terbuka luas. Yes! I’m right he is not here. Aku segera menuju ke walk-in wardrobenya. Sekali lagi aku merasa teruja melihat keindahan walk-in wardrobenya.
 

Encik Faries anak orang berada. Dan dia berlakon hanya untuk suka-suka..lebih kepada hobi..kalau Faries tidak bekerja dia masih boleh hidup selesa dan mewah seperti ini. Maklumat ini semua aku dapat dari Encik Aliff. Nak bertanya atau berbual dengan Encik Faries lambatlah. Dia malas hendak melayan pertanyaan aku. Lagipun apa kelas dia hendak bersembang dengan aku kan..sedar diri tu sikit Nasha.
 

Hmm..sementara Encik Faries berada di kamar mandi tu. Bolehlah aku kepo-kepo sikit melihat koleksi pakaiannya. Haha. Apa tak sukanya macam dalam boutique pakaian. Aku mencapai salah satu suit hitamnya. Aku merasa material yang digunakan untuk membuat suit hitam tu. Wah very nice material. Aku membelek label suit tersebut ‘Ermenegildo Zegna’. Wah patutlah semuanya berjenama. Ni kalau Encik Faries pakai suit ni mesti dia tampak lebih kacak. Ala-ala James Bond gitu. Aku tersenyum sendiri membayangkan boss aku memakai suit hitam itu. Aku menyangkut semula black suit tu ke rak-rak koleksi suitnya. Aku mencapai suit hitam yang tergantung di sebelahnya pula. Suit itu tersimpan di dalam transparent suit bag untuk mengelakkan suit itu dari kotor dan berhabuk. Wah!! tailored ‘Savile Row’ dari Boutique Anderson & Shepperd, London. Aku terpegun seketika. Yelah Encik Faries ada Exquisite taste.
 

“I tak attend awards hari ini untuk pakai suit,” ujar Faries bila Nasha mengeluarkan his best tailored ‘Savile Row’ suit dari Anderson & Shepperd yang di tempah semasa dia bercuti di London. Belum pernah dia memakai suit itu. Tidak tahu bila dia berpeluang untuk memakainya.
 

Aku terlompat terkejut bila Encik Faries menegurku. Aduh kantoi lagi. Apsal aku boleh tidak terperasan dia sudah keluar dari kamar mandi. Aku menoleh ke arahnya lalu tersenyum kambing. Malu gila bila di tangkap aku tengah sibuk-sibuk melihat koleksi bajunya. Aku menyimpan suit itu ke raknya semula.
 

“Itulah..salah rak pulak,” jawabku selamba lalu menuju kearah rak casual wearnya. Aku melihat sekali lalu sahaja kerana tidak sempat hendak memilih lagi. Aku mencapai shirt kotak-kotak berwarna maroon dan menuju kearah rak seluar dan mencapai jeans berwarna hitam dari Zara. Aku membuka laci di bawah lalu mencapai sapu tangan berwarna hitam. Aku kembali ke rak kasut lalu mencapai ‘Gucci’ loafers berwarna hitam lalu kembali kepada Encik Faries dan menyerahkan kesemua barang yang aku ambil kepadanya.
 

“Thanks,” jawab Faries lalu tersenyum.
 

Uikk dia dah ok ke dengan aku?? Senyum manis gitu.
 

“Kembali,” jawabku membalas senyumannya. Iskk Encik Faries ni senyum-senyum macam tu tak bagus tau. Tahulah dia tu handsome to the max. Jangan senyum begitu aku takut terjatuh hati pulak pada dia. Silly me. Jangan nak bermimpi cik Nasha oii. Aku segera keluar dari biliknya sebelum dia sound aku lagi.
 
 
 
 
bersambung...
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment