“How’s the interview?,” tegur Raudah bila
temannya itu tidak menceritakan tentang temuduga yang dia hadiri siang tadi.
Diterima bekerja atau tidak?
“Great,” jawabku ringkas lalu mengunyah buah
epal dari rojak buah yang di pesan tadi.
“Elaborate,”
“Believe me or not, I’m working for Faries Syamri,”
ujarku separuh berbisik takut kedengaran orang yang berada berdekatan dengan
aku. Almaklumlah majikan aku itu celebrity popular.
“Faries Syamri pelakon terkenal tu, kau
bergurau kan?,” jawab Raudah lalu menyedut fresh orange tidak percaya bila
Nasha mengatakan dia bekerja dengan celebrity terkenal Faries Syamri.
“Sungguh aku tidak berbohong!!,” jawabku tanpa mengulas
panjang. Memanglah tak akan ada orang yang percaya bahawa aku bekerja dengan Faries
Syamri. Patutlah iklan yang di akhbar bunyinya terlalu simple sebab dia tidak
mahu orang tahu tugas sebagai PA itu untuk siapa? Kalau di tulis PA untuk
Faries Syamri mahu hendak beribu wanita yang datang untuk temuduga.
“Really?? aku nak autograph dia, aku minat
gila kat dia, how’s he? handsome tak in-person,” soal Raudah bertubi-tubi ingin
tahu. Teruja bila mengetahui Nasha bekerja dengan pelakon lelaki idamannya.
Faries Syamri bukan sahaja kacak. Dia juga seorang pelakon lelaki yang
versatile.
Aku menutup mulut Raudah bila menyedari ada
beberapa orang memandang kearah kami dengan pandangan tajam.
“Sorry…,” ujar Raudah seraya mengangkat
tangannya.
“He looks charming in person better dari
television,” ujarku perlahan. Khuatir di dengar orang yang berdekatan.
Maklumlah Faries amat popular. Aku takut di serbu sekumpulan gadis-gadis muda
yang berdekatan dengan meja kami yang aku percaya turut meminati bintang
popular tersebut.
“Lucky you,” ujar Raudah lalu menolak bahu
Nasha.
“Yeah…but not lucky in love,” jawabku lalu
mengeluh kecil. Wajah tampan Rizal jelas terbayang di ruang mataku. Tiba-tiba
teringatkan Rizal. Aku tidak menyangka sama sekali Rizal tidak punya perasaan
apa-apa terhadap diriku. Dan bahawa selama ini dia hanya berpura-pura menyintai
ku hanya kerana aku memberinya barangan mewah dan memberinya kebebasan untuk
menguna kad kreditku.
“Oh please, Rizal not that great looking kalau
hendak di bandingkan dengan Faries Syamri,” ujar Raudah cuba menyedapkan hati
aku.
“Apa yang kau merepek, kenapa kau compare Rizal
dengan Faries, he’s my boss, aku kerja dengan dia pun sebab aku perlukan wang,
you know very well that I have to pay back the banks,” jawabku kurang senang
bila Raudah mula memikirkan yang bukan-bukan. Buat masa ini aku masih merasa
sakit hati pada kaum Adam. Semacam serik untuk bercinta lagi.
“Yeah, and he’s single, mana tahu nasib kau
baik dia suka kat kau,” usik Raudah lagi.
“Raudah, kami berdua bagai langit dengan bumi,
dia celebrity terkenal tak sepadan dengan aku, by the way aku tak pernah
terfikir akan ini semua, after Rizal, I don’t think I have anymore faith in
man,”
Raudah tidak mengusik lagi. Dia tahu hati
Nasha masih terluka. Angkara Rizal, Nasha tidak lagi berminat untuk berkawan
dengan lelaki. Kadang kala Raudah kasihan melihat nasib temannya itu. Mudah
sangat di tipu lelaki. Nasha selalu diambil kesempatan oleh mereka kerana Nasha
seorang yang baik hati dan mudah percaya dengan pujuk rayu mereka yang dusta.
Dulu dengan Ilhan, Nasha ada meminjamkannya duit hampir ke 5 ribu. Selepas itu Ilhan
menghilangkan diri tanpa sebarang berita. Bila ke rumahnya. Kami terperanjat
bila mendapati Ilhan sudah berpindah bersama isteri dan anak-anaknya. Dan kini Rizal
pula menyusahkan temannya. Malang sungguh nasib Nasha.
bersambung....
No comments:
Post a Comment