Wednesday, 28 May 2014

From Boss with Luv - Part 38




Wah best-best dapat menaiki pesawat Emirates menuju ke NZ. First time terbang ke destinasi jauh seperti NZ. Encik Aliff pesan padaku berkali-kali sebelum kami melepasi balai pelepasan. Katanya jaga diri aku dan Encik Faries. Risau juga dia pada kami berdua. Suruh ikut sama tak hendak. Menurut Encik Aliff terdapat beberapa krew dan pelakon yang akan menaiki pesawat yang sama. Tak pula aku nampak bayang-bayang artis yang aku kenal semasa hendak menaiki pesawat tadi. Perjalanan yang mengambil masa selama 11jam lebih kerana pesawat kami akan transit di (MEL) dan seterusnya ke Auckland airport itu akan aku gunakan dengan sebaiknya untuk tidur. Haha. Aku ni kan pantang journey jauh sikit. Pesawat Emirates EK0408 yang di jangka akan berlepas pada jam 1530hrs. Aku duduk di sebelah Encik Faries. Boss aku itu memilih window seat kerana dia tidak suka duduk di aisle seat salah satu perangai OCDnya dia tidak suka duduk atau berada di tempat yang tidak bertingkap lama.
 
 

Aku memasang seat belt lalu memandang kearah pramugari dan pramugara Emirates yang sedang sibuk menunjukkan seat kepada para penumpang lain. Aku mencapai in-flight magazine lalu menyelak helaian demi helaian majalah tersebut melihat barangan Emirates.
 
 

“Excuse me…Ms PA boleh I duduk sebelah Faries??,” tegur seseorang.
 
 

Aku menoleh ke kanan lalu memandang tepat kearah si empunya suara yang menegurku tadi. ‘Puteri Ernisa’. Kenapa eh perempuan ni berada di mana sahaja aku pergi? Dah dia pelakon wanita utama dalam filem ini mestilah dia ada di mana sahaja aku ni pun. Hissh bosan aku. Aku tidak tahu kenapa aku tak sebulu dengan Puteri Ernisa walhal dia tidak salah apa-apa dengan aku.
 
 

“I nak discuss dengan Faries tentang my part and at the same time kami nak rehearsh bersama,” ujarnya lagi bila PA Faries tidak berganjak sedari tadi.
 
 

“Kalau you duduk at my seat..I nak duduk mana?,” soalku lalu membuahkan senyuman sinis kepadanya. Sengaja aku bertanya soalan mengakal walaupun aku tahu tentulah duduk di seatnya tak kan duduk kat kepala kapal terbang pulak kan? Saja hendak membuang masa.
 
 

“My seat E22 lat 3 baris depan aje,” jawabnya lalu tersenyum.
 
 

Aku menoleh kearah Faries meminta agar dia tidak bersetuju bila Ernisa mahu duduk di tempatku dan aku duduk di tempatnya. Faries tidak berkata apa ini bermakna dia tidak kisah jika Ernisa mahu duduk bersama dengannya sepanjang penerbangan ke Auckland. Eii..tak guna punya Encik Faries. Aku hendak duduk sebelah suami aku yang si Ernisa ni sibuk kenapa pulak? Encik Faries pun satu kenapa tetiba benarkan orang lain duduk sebelah dia. Apa dia sukakan si Ernisa tu ke? Benci aku ngomelku dalam hati. Aku menanggalkan seat belt lalu bangun dari kerusi.
 
 

“Thanks Ms PA..,” ujar Ernisa tersenyum lalu melabuhkan punggungnya bersebelahan dengan Faries. Seronok kerana dapat bersama dengan lelaki itu. Dia sukakan Faries dah lama. Cuma dia tidak berpeluang untuk berlakon dengan lelaki itu. Jadi di kesempatan ini dia cuba untuk memikat hati jejaka itu. Apa yang dia tahu lelaki itu tidak mempunyai teman wanita setelah berpisah dengan model terkenal Adelyna 6 bulan yang lalu.
 
 

“Nasha..my name is Nasha,” tegurku bila Ernisa masih tidak tahu siapa namaku. Bukan sekali dua dia bertemu denganku sudah selalu tak kanlah nama aku yang mudah itu susah untuk di ingat. Tak ingat atau sengaja hendak sakitkan hati aku?
 
 

“Oppss sorry, garangnya your PA,” ujar Ernisa kepada Faries. Aku hanya mampu tersenyum sinis mendengar komen Ernisa. Baru dia tahu siapa aku? Ingat suka-suka dia boleh rapat dengan Encik Faries. Over my dead body. Eh? yang aku emo sangat kenapa eh? Yelah aku takut si Ernisa ni hendak macam-macam dengan Encik Faries. Aku mesti protect my own interest. Kalau Encik Faries juga suka pada Ernisa bagaimana pula? Oh gosh? Kenapa aku tidak pernah terfikir sebelum ini. Mungkin Faries turut suka pada Ernisa. Ernisa wanita cantik..dan juga baik itu yang di kata Ehsan dan Encik Aliff. Buatnya Encik Faries turut jatuh hati pada Ernisa? Aku bagaimana? Peluh dingin mula membasahi dahiku bila memikirkannya. Aduh. Harap-harap tidak. Encik Faries sukakan aku. Sebab tu dia nikah dengan aku. Kan?? Tidak mungkin dia sukakan Ernisa. Aku isterinya. Kau pasti Nasha? Kau pasti yang Encik Faries itu tidak cintakan Ernisa? Sedang fikiranku sarat dengan pelbagai soalan mengenai hubungan Encik Faries dan Puteri Ernisa. Aku di kejutkan oleh teguran seseorang.
 
 

“Tak sangka kita duduk bersebelahan sepanjang flight ke Auckland ye?,”
 
 

 Aku menoleh kearah lelaki yang menegurku. Ehsan? Gulp aku menelan air liur bila menyedari penumpang yang duduk di sebelah aku itu Ehsan Iskandar. Jadi Ehsan salah satu pelakon dalam filem romantic sedih ni. Filem sedih cinta bersegi-segi. Sempat juga aku membaca skrip Encik Faries tempoh hari ketika aku mengemas meja studynya. Dalam cerita itu seorang wanita. Wanita itu siapa lagi kalau tak heroin kita ‘Puteri Ernisa’. Cintanya cuba di rebut oleh 3 orang lelaki. 3 orang lelaki, dengar tu. Seronok kan bila ada 3 orang lelaki cuba merebut hati kita dalam satu masa. Tapi ada ke sampai 3 lelaki dalam satu masa. Hmm?? Unless wanita itu benar-benar cantik dan hot demand lah. Haha. Macam Puteri Ernisa tu. Tidak hairan jika ramai jejaka yang cuba menambat hatinya. Dan aku pasti salah seorang lelaki dalam watak itu adalah Ehsan. Siapa pula lelaki yang ketiga?
 
 

“Nasha..surprised!!..surprised!!,” tegur Rizal lalu melabuhkan punggungnya di sebelah bekas tunangnya dahulu.
 
 

Astarfirullah al azim. Rizal??? Bagai hendak gugur jantung aku bila lelaki itu duduk di sebelahku. Ini bermakna aku duduk di antara Ehsan dan Rizal. Masak aku di buatnya. Aku hendak duduk tempat aku balik!! Aku tak hendak duduk sebelah Rizal. Aku benci dengan lelaki itu. Aku masih ok lagi jika terpaksa duduk di sebelah Ehsan but not Rizal.
 
 

“Eh Nasha you ok..kenapa muka you pucat semacam??,” tegur Ehsan bila wanita itu kelihatan kaget dan seperti ternampak hantu.
 
 

“I’m ok,” jawabku ringkas kerana tidak mahu memberitahunya sebab mengapa aku berkeadaan demikian. Hissh nape pulak Rizal boleh duduk sini. Aku tak suka lah. Aku kan ada sejarah dengan dia. Walaupun aku benci pada lelaki itu namun kami masih ada kenangan indah bersama waktu dahulu.
 
 

“Ehsan?? So you the co-actor tak sangka you dapat peranan Arash dalam filem ini?,” tegur Rizal bila menyedari lelaki yang duduk di sebelah Nasha itu adalah co-actor dalam filem lakonan mereka.
 
 

“I’m talented sebab itu di pilih,” jawab Ehsan lalu tersenyum sinis. Dia tidak sukakan Rizal. Rizal pelakon baru yang berlagak. Baru di beri peranan lebih sikit sudah tunjuk lagak.
 
 

Rizal tidak menjawab malah mencebik mengejek bila Ehsan mengatakan dia terpilih kerana dia berbakat. Dia melirik kearah Nasha bekas tunangnya itu. Kenapa Nasha duduk di sini? Katanya Faries itu teman lelakinya. Rizal tersenyum bila menyedari bahawa Faries bukan teman lelaki Nasha dan Nasha berbuat demikian hanya mahu menyakitkan hatinya. Dia percaya Nasha adalah pembantu peribadi Faries.
 
 

“My dear Nasha..- how come you tak duduk sebelah your boyfriend Faries Syamri?? Kenapa dah tak couple lagi..as expected,” jawab Rizal menoleh kearah belakang di mana di lihat Faries dan Ernisa duduk bersama dan mereka kelihatan berbual mesra. Dia sengaja berbuat demikian untuk menyakitkan hati Nasha.
 
 

Aku mengetap bibir menahan geram. Kalau tidak mengenangkan Ehsan ada di sebelah aku. Sudah ku cekik-cekik si Rizal ni kerana mulut celuparnya. Eh dia tak malu ke? Sudahlah dia menyusahkan hidup aku selama ini. Hutang keliling pinggang dan aku pula yang hendak kena bayarkan masih ada cheek hendak berlagak dengan aku. Jantan tak guna. Nasib baik aku tidak beritahu Encik Faries bekas tunang aku tu engkau. Kalau dia tahu habis kau di kerjakannya.
 
 

“Stop being a jerk..Nasha jangan di layan mamat tu,” ujar Ehsan dengan suara tegas.
 
 

Aku menoleh kearah Encik Faries berada. Lelaki itu kelihatan sibuk berbual mesra dengan Puteri Ernisa sedikitpun tidak ingatkan aku disini. Hatiku tiba-tiba menjadi sayu. Benarkah Encik Faries sukakan Ernisa? Jika Encik Faries mahu berkahwin dengan Ernisa. Relakah aku di madukan?
 
 
 
 
bersambung....
 
 
 
 
 

5 comments:

  1. La nape hati ni ikut sayu, cepat sambung, takmo yg sedih sayu ye, sob sob sob...

    ReplyDelete
  2. wahhh npe skrg entry 2 jer stiap ari, sis pnjangkan cikit stiap entry xpuas nk baca dah hbs....gud luck

    ReplyDelete
    Replies
    1. 2 entry je buat masa sekarang..hehe sebab terkial-kial hendak siapkan cerita ni..ilham tak datang lagi huhu

      Delete