“Kenapa muka macam orang berak kapur aje?,”
tegur Aliff bila Nasha kelihatan zone-out seperti memikirkan sesuatu. Nasha
kelihatan pendiam hari ini tidak seperti hari-hari biasa. Apa yang menganggu
fikiran Nasha?
“Tak ada apa-apa Encik Aliff,” jawabku
mendatar. Aku tiada mood langsung untuk bekerja hari ini. Fikiranku sarat
memikirkan bagaimana cara hendak membayar 20 ribu itu. Kalau aku mengambil loan
dari bank belum tentu bank akan luluskan. Aduh pening kepala memikirkannya.
“Apa sebenarnya masalah you
Nasha..ceritakanlah kepada saya..mana tahu saya boleh membantu? Masalah teman
lelaki?,” soal Aliff lalu memandang wajah Nasha. Dia cuba mengorek rahsia
Nasha. Dia tidak begitu mengenali Nasha kerana Nasha tidak pernah berkongsi
tentang dirinya.
“Encik Aliff saya hendak minta cuti boleh?
Saya hendak balik kampung dah lama tak jenguk orang tua saya..,” ujarku tanpa
menjawab soalan Encik Aliff kerana aku tidak memberi perhatian apa yang di
katakan tadi. Sorry Encik Aliff my mind is occupied.
“Cuti?? Balik kampung?? Awak tahu kan bulan ni
Faries punya sechedule penuh..bulan depan tak boleh balik ke?,” soal Aliff
memandang kearah Nasha lagi. Nasha sedia maklum yang jadual Faries padat. Dan
Faries perlukan dia. Kenapa Nasha tiba-tiba hendak mengambil cuti? Apa masalah
Nasha sebenarnya?
Aku mengeluh kecil. Bukan kerana tidak dapat
cuti tapi kerana sibuk memikirkan cara bagaimana aku hendak mendapatkan wang
sebanyak 20 ribu itu. Pinjam dengan Encik Aliff atau Encik Faries? Mereka beri
ke? Aku baru bekerja dengan Encik Faries 3 bulan nanti dia kata aku ambil
kesempatan ke atas diri mereka. Haizz.
“Beri saya ipad mini, saya hendak tengok
schedule Faries untuk bulan ini?,” ujar Aliff. Dia tahu Nasha punya masalah.
Cuma Nasha tidak mahu berkongsi dengannya.
Aku menyerahkan ipad mini kepada Aliff tanpa
banyak bicara. Mataku terarah kepada Encik Faries. Lelaki itu sedang melakonkan
watak seorang ‘Chef’. Lakonan Faries kelihatan natural seolah-olah dia seorang
Chef yang berpengalaman. Aku merasa pelik kerana bila masa berlakon Encik
Faries dapat mengawal obsesinya yang takutkan kuman. Tapi sebaik sahaja dia
habis berlakon dia terus mendapatkan aku kerana dia perlukan hand sanitizer.
Penyakit Encik Faries dalam istilah melayu penyakit ‘was-was’ dan boleh di
sembuhkan di pusat rawatan islam.
Encik Faries ada berjumpa dengan pakar
psikologi untuk mencari penawar penyakit yang di hidapi. Dan aku di minta untuk
memantau dan memberi report kepada Dr. psikologi Encik Faries setiap kali dia
menghadiri sesi dengannya. Ingin tahu tahap OCD yang di hidapi pesakitnya.
Ah nantilah aku carikan tempat rawatan islam
untuk menyemburkan penyakit Encik Faries. Sekarang ni aku perlu risaukan
tentang masalah aku.
“I dah tukar schedule Faries untuk esok..esok
pagi datang awal..sebab kita hendak ke Johor,” pesan Aliff lalu menyerahkan
kembali ipad mini kepada Nasha.
“Ke Johor?? Buat apa?,” soalku seperti orang
bingung. Jauh hingga hendak ke Johor..dah alang-alang nak pergi Johor tu
singgah sekali lah ke Batu Pahat ke kampung aku. Dapat juga aku lepaskan rindu
pada keluarga aku. Sekejap pun jadilah. Lagipun aku ingin mendapatkan maklumat
lanjut dari mak mengenai lelaki misteri yang mencari aku itu.
“Ada temujanji lah cik Nasha oii..ingat
suka-suka ke pergi sana,” usik Aliff bila Nasha bertanya buat apa mereka perlu
ke Johor.
Aku tersentak bila Encik Faries tiba-tiba
menghulurkan tangannya kepada aku. Issk tak sudah-sudah dengan hand sanitzernya.
Aku membuka bag tangan lalu mengeluarkan sebotol hand sanitizer yang sederhana
besar siap dengan tiub sekali. Mudah sahaja dia hanya perlu tekan dan tadah
tangannya.
“Senang kan..hanya perlu tekan dan tadah..,
ini untuk ‘set’ so you can help yourself kalau I tak ada nanti,” ujarku lalu
membuahkan senyuman kepada Encik Faries.
“Tak ada?? You hendak pergi mana?,” soal
Faries lalu menekan hand sanitizer. Dia meratakan cecair itu di tangannya.
“Kalau I cuti lama..you kena buat sendiri
Encik Aliff malas hendak melayan you,” ujarku lalu membuahkan senyuman kepada
mereka berdua. Eh Encik Faries ni apa dia ingat aku akan berkhidmat
selama-lamanya dengan dia ke? Apa dia tak hendak berkahwin? Kalau dia sudah
berkahwin isterinya pula yang mengambil alih tugas aku kerana isterinya yang
akan menguruskan semuanya untuk Encik Faries. Dan aku mana tahu ada jodoh aku
nanti aku pun akan berkahwin dan mungkin tidak akan bekerja dengannya lagi. Aku
tak hendak nanti suami aku kata aku sibuk uruskan hal ehwal boss dan tidak
uruskan keperluan suami aku sendiri. Aku mahu menjadi isteri yang solehah.
“Aliff kau dah uruskan perkara yang aku suruh
buat,” ujar Faries lalu memandang kearah Aliff. Wajahnya kelihatan serious.
“Dah..aku dah buat appointment esok kita ke
Johor,” jawab Aliff ringkas. Dia faham akan maksud Faries mengenai perkara yang
dia harus uruskan. Dia tahu Faries terdesak dan takut plannya tidak berjaya.
“Dah beritahu dia,” ujar Faries tersenyum lalu
memandang kearah Nasha yang kelihatan keliru dengan perbualan mereka. Faries
membuka penutup botol Eviannya lalu menuang air itu ke dalam gelas yang di
sediakan. Dia mencapai gelas berisi air evian lalu meneguknya perlahan. Matanya
tidak lepas dari memandang ke arah Nasha.
“Belum..esok aje..senang kill 2 birds with one
stone,” jawab Aliff memandang kearah Nasha juga. Wanita itu kelihatan tidak
selesa kerana Nasha tidak tahu apa yang mereka bincangkan.
Dah kenapa dengan dua orang lelaki di hadapan
aku ni. Berbual mengunakan code rahsia sikitpun tidak berkongsi maklumat dengan
aku. Apa yang mereka rancangkan. Nak buat surprise birthday party buat aku ke?
Birthday aku bulan depan.
“Ingat kalau dia tak setuju kau kena buat
sampai dia setuju,” pesan Faries tersenyum lalu bangun dari kerusi. Dia
mengorak langkah menuju kearah assistant director.
Aku memandang kearah Encik Aliff dengan wajah
pelik. Apa yang mereka rahsiakan dari pengetahuan aku. Ini mesti ada apa-apa.
Kenapa Encik Aliff kelihatan stress bila Encik Faries mengingatkannya tentang
perkara itu.
“Apa yang Encik Faries cakap..sharelah Encik
Aliff,” pujukku ingin tahu akan rancangan mereka. Dengar macam penting sahaja.
Ada projek baru ke?
“Ini hal orang lelaki..kalau nak tahu
juga..esok baru boleh beritahu,” jawab Aliff selamba lalu bangun dari kerusi.
Dia mengeluarkan BBnya lalu mendial nombor seseorang.
Hissh tak guna. Nak main rahsia-rahsia dengan
aku.
bersambung....
No comments:
Post a Comment