Aliff menjemputku di rumah. Tanpa menukar baju
aku mengikutnya dengan memakai pajamas. Dan Aliff juga hanya dengan singlet
putih dengan pants drawstring dia pun hanya sempat mencapai sweat shirt semasa
keluar tadi. Haha fesyen baju waktu pagi-pagi buta. Orang tak pernah buat kami
buat ini semua angkara Faries. Aliff mengenakan cermin mata plastic frame
Armani. Dah macam ‘Clark and Louis’ pulak. Uikk rabun gak Encik Aliff ni kerana
dia tidak memakai cermin mata waktu siang.
Setibanya di condo Faries. Kami terus menuju
ke penthousenya. Aku membawa 2 buah botol 1 litre Evian bersama yang di beli
Aliff dari 7-evelen semasa dalam perjalanan menuju ke rumah Faries. Budak yang
menjaga 7-Eleven itu merasa pelik melihat kami yang hanya memakai pajamas.
Yelah pagi-pagi buta ke 7-Eleven hanya membeli 2 botol Evian. Penting sangatkah
sehingga tidak boleh menunggu hari esok. Security di bawah membenarkan kami
naik tanpa banyak bicara kerana dia kenal pada Aliff dan masak benar dengan
perangai celebrity kita Encik Faries.
Tanpa menekan loceng. Aliff membuka pintu
rumah dengan kunci spare yang sentiasa ada bersamanya. Penthouse milik Faries
kelihatan gelap gelita. Nasib baiklah ada cahaya lampu dari luar kalau tidak
teraba-raba juga untuk mencari jalan. Kemana perginya Faries? Aliff mendaki
tangga menuju kearah bilik. Manakala aku ke dapur untuk menyimpan 2 botol Evian
ke dalam peti sejuk Faries.
“Nasha!!..Faries tak ada di biliknya,” ujar
Aliff kelihatan termengah-mengah turun dari tangga.
“Huh..tak ada?? Mana dia pergi?? Dah cari di
toilet?,” soalku panic. Biar betul Faries tak ada. Mana pulak dia pergi. Dia
pergi kilang Evian ke?
“Tak ada, dah puas I cari dia merata rumah..tak
ada,” jawab Aliff.
Tak ada? Kemana Faries pergi waktu-waktu
begini. Aku menjadi risau sendiri. Menyesal pula kerana berkasar dengan Faries
tadi. Aku bukan sengaja pun. Aku tidak tahu bahawa penyakit Faries benar-benar
serious dan boleh memudaratkannya.
“Tanya security..maybe dia keluar?,” ujarku.
“Betul juga, come let’s go,” ujar Aliff lalu
menyarung loafersnya dalam keadaan tergesa. Aku menutup pintu rumah Faries dan
bergegas ke dalam lif di mana Aliff sedang menungguku. Haiz menyusahkan betul
si Faries ni tau.
Setibanya kami di security. Salah seorang dari
mereka mengatakan dari CCTV mereka dapat melihat kereta Cayenne milik Faries
keluar dari basement. Dan kereta itu di pandu sendiri oleh Faries. Ah sudah
kemana pulak dia pergi. Aliff bergegas mengambil kereta manakala aku
menunggunya di pondok security di luar. Mataku melirik kearah jam di
pergelangan tanganku. 4.50pagi. Aku cuba mendial nombor Faries berkali-kali
namun tidak di jawab. Aku menjadi resah sendiri. Isskk kenapa lak dia tak jawab
ni? Aku sudah memikirkan perkara buruk yang berlaku ke atas diri Faries. Yelah
dia celebrity terkenal. Keluar sendirian tanpa aku dan Encik Aliff entah apa
terjadi padanya nanti.
Sedang aku memikirkan kemana Faries pergi. Aku
dikejutkan dengan bunyi kuat hon dari kereta yang mahu masuk ke dalam condo.
Aku menoleh kearah kereta yang membunyikan hon tadi dengan perasaan berang. Aku
berdiri di tepi pondok yang dia hendak menekan hon berkali-kali apa hal. Eh
macam kereta Cayenne Faries sahaja.
“Nasha apa awak buat di sini?,” jeritnya dari
dalam kereta.
Aku mengetap bibir menahan geram. Dia boleh
tanya apa aku buat di sini lagi. Dah lah perbuatannya itu membuatkan aku risau
bagai nak gila. Aku menghampiri kereta Faries. Di kerusi penumpang di bahagian
depan terdapat satu carton Evian. Aku tidak tahu hendak berfikir apa lagi. Kerana
Faries semua orang tidak boleh tidur.
“You pergi mana Encik Faries, semua orang
risaukan you?,” ujarku marah betul pada Faries.
“I pergi 7-eleven beli Evian,” jawab Faries
dengan wajah selamba.
Kalau aku tahu dia boleh keluar beli sendiri
tidaklah aku dan Aliff macam orang tak betul sanggup menghantar Eviannya
waktu-waktu begini. Eiii..kalau tidak mengenangkan dia tu boss aku sudah lama
aku kompangkan dia..apa dia ingat aku ni PA yang beri service 24 jam pada dia
ke? Aku tak kira esok aku hendak dudukkan manager Faries untuk membincangkan
tentang perkara ni. Kalau dia tidak bersetuju aku akan memberinya 24 jam notis
untuk meletakkan jawatan.
bersambung.....
Bile nak sambung?
ReplyDeletesalam mimie..sorry sibuk pula sejak dua menjak ni..dah upload Part 13 to 16.
ReplyDelete