Wednesday, 28 May 2014

From Boss with Luv - Part 37




Aku berjalan mundar mandir di hadapan pintu bilik Encik Faries. Masih belum ada keberanian untuk mengetuk pintu biliknya. Tapi aku sudah pun berada di hadapan pintu biliknya. Habis tak kan kau nak mundar mandir depan bilik Encik Faries sampai ke pagi Nasha? Dan macam orang sakit mental pulak kan aku ni. Aku menarik nafas dan menghembuskannya perlahan. You can do it Nasha! He’s your husband and it is your duty. Aku ulangi perkataan itu berulang kali untuk menyenangkan hati.





Dengan membaca bismillah terlebih dahulu aku memberanikan diri mengetuk pintu bilik Encik Faries perlahan. Aku benar-benar berharap agar Encik Faries sudah tidur dan tidak terdengar akan ketukan aku tadi. Kalau dia dah tidur aku selamat dan tak perlu merasa bersalah. Ya allah ampunilah dosa aku.





“Masuk,”






“Issk dia belum tidur lagi, rosak plan aku..” bisikku perlahan. Hendak tak hendak terpaksa aku memulas tombol pintu, bila di arah masuk ke biliknya. Encik Faries memandang wajah ku dengan pandangan hairan. Tengok dari gayanya Encik Faries masih belum tidur kerana dia masih duduk menyandar di headboard katilnya manakala lampu sisi di nyalakan. Di tangannya terdapat sebuah buku. Matanya sempat mengerling jam di sisi. Jam digital menunjukkan pukul 11.06 malam.
 
 
 
“Kenapa tak tidur lagi? Something wrong??,” soalnya bila Nasha masih belum masuk tidur. Selalunya waktu begini Nasha sudah masuk tidur.
 
 

Aku memandang wajah Encik Faries. Selamba sahaja wajahnya. Seperti tidak terasa bila aku menolak ajakannya tadi. Hmm. Merajuk ke? Ah macamana aku hendak mulakan ayat eh. Segan lah pulak.
 
 

“Ermm..tak boleh tidur sebab takut you marah pada I,” jawabku lalu menghampiri katilnya yang bersaiz king lalu duduk di hujung katil.
 
 

Faries mengerutkan dahinya bila Nasha mengatakan dia tidak dapat tidur kerana takut dimarahi olehnya. Buku yang di baca tadi di tutup lalu di letakkan di meja sisi.
 
 

“Marah pada you? Kenapa I hendak marah pada you?,” soal Faries memandang wajah Nasha bila wanita itu takut di marahinya. Apa kesalahan yang Nasha buat sehingga wanita itu begitu takut hendak tidur. Faries memeluk tubuh lalu memandang wajah Nasha ingin tahu sebab mengapa Nasha berkata demikian.
 
 

“Errmm…sebab tadi you kata hendakkan I accompany you? Tapi I tak accompany you takut I berdosa pulak pada you,” ujarku serba salah. Wajahku terasa berbahang bila terpaksa berkata demikian. Malu pada Faries usah cakaplah.
 
 

Faries tersenyum lebar sebaik sahaja mendengar alasan Nasha yang tidak dapat tidur. Patutlah Nasha seperti tidak senang duduk kerana merasa berdosa padanya. Kesian pula dia pada Nasha. Faries sengaja mendiamkan diri tidak memberi respon apa-apa, namun matanya tidak lepas dari memandang wajah Nasha yang kelihatan serba salah dan serba tidak kena bila dia memberi pandangan sebegitu.
 
 

Issk Encik Faries ni. Boleh tak jangan pandang aku begitu. Aku segan tahu tak? Aku menarik cardigan yang aku sarungkan ke badanku tidak selesa bila Encik Faries memandangku begitu.
 
 

Faries tiba-tiba bangun dari katilnya setelah berdiam diri agak lama. Secara automatic badanku akan terasa kaku bila Faries mendekatiku. Faries duduk bersebelahan denganku lalu memeluk lenganku rapat ke badannya. Mode manja.
 
 

“I suruh you temankan I tidur sebab I don’t feel like sleeping alone..tapi kalau you hendak beri lebih pada I..I tak menolak,” ujar Faries tersenyum nakal. Nasha salah faham dengan maksud ‘accompany’. Dia mahu Nasha menemaninya tidur. Dan bila dia mengatakan Nasha belum bersedia. Bermakna Nasha belum bersedia untuk tidur sebilik dengannya secara permanent dan Nasha masih mahu tidur di bilik berasingan. Dia tidak bermaksud untuk mengadakan hubungan suami isteri. Dia tahu Nasha belum bersedia dan dia tidak akan memaksa.
 
 

“Oh teman tidur..silly me.,” ujarku dengan wajah merah padam kerana cuba menahan rasa malu. Apsal aku boleh salah tafsir eh. Eii malunya aku. Encik Faries tidak apa-apa aku yang over. Aduh. Paisehnya.
 
 

“Nasha sayangkan abang?,” soal Faries perlahan secara tiba-tiba lalu menoleh ke arah Nasha.
 
 

Gulp. Aku menelan air liur bila Faries tiba-tiba menyoalku soalan cepu emas. Berderau darahku seketika.
 
 

“Err sayang..tentulah saya sayangkan En-..abang sebab abang suami Nasha,” jawabku tergagap-gagap tanpa memandang ke arahnya. Terasa janggal pula bila Faries tiba-tiba menyoal sama ada aku sayang padanya atau tidak. Agaknya beginilah perasaan yang pasangan yang sudah berumahtangga, tapi baru belajar mengenali cinta selepas bernikah. Segan terhadap pasangan terlalu amat sangat. Bercinta selepas bernikah amat berbeza dan lebih unik berbanding dengan bercinta sebelum nikah.
 
 

“Sayang..sebab abang suami Nasha begitu? Bukan sayang kerana Nasha cintakan abang,” soal Faries lagi. Dia mahu tahu apa perasaan Nasha terhadap dirinya sekarang? Adakah masih seperti dahulu atau perasaannya sudah bercambah menjadi sayang padanya kerana perasaan itu yang dia rasakan sekarang. Dia sayangkan Nasha. Nasha bukan sekadar PAnya yang menguruskan segala keperluannya. Nasha isterinya. Tapi kalau perasaan Nasha terhadap dirinya masih tidak berubah. Faries akan menunggu sehingga wanita itu dapat menerimanya.
 
 

Aku menjadi tidak selesa bila Faries bertanya soalan demikian. Faries sedang menghafal skrip dalam salah satu filemnya atau soalan itu memang benar-benar di tujukan kepada aku.
 
 

“Sayang sebab abang suami Nasha,” jawabku perlahan, aku terpaksa berbohong kerana aku tidak mahu Faries terasa hati. Kerana aku sukakan Faries kerana dia seorang lelaki yang baik dan bertanggungjawab, hanya aku masih belum merasa cinta padanya.
 
 

“Jadi Nasha hendak temankan abang tidur malam ni ke tidak? Dan jangan cakap Nasha terpaksa kerana takut abang marahkan Nasha,” soal Faries lalu tersenyum. Dia tahu Nasha stress bila dia bertanya tentang hati. Dia sendiri tidak tahu samada Nasha berkata benar atau tidak? Mungkin Nasha berhati-hati dan masih belum dapat mempercayai lelaki dan juga masih ragu akan perasaannya terhadap dirinya.
 
 

“Teman tidur aje kan..ok,” jawabku tersenyum lalu menoleh kearahnya. Kalau teman tidur aku ok je. Lagipun katil Faries bersaiz king. Tak takut kalau aku terlanggar dia nanti.
 
 

“Kalau nak lebih pun boleh kan..,” usik Faries lalu tersenyum lagi.
 
 

“Abanggg..,” ujarku geram lalu membesarkan bola mataku bila Faries berkata demikian dan ingin bangkit dari katilnya namun Faries terlebih pantas menarik lenganku agar aku duduk kembali. Faries tertawa kecil bila Nasha ingin lari darinya bila dia mengusiknya tadi. Takut betul Nasha dengan dirinya. Dia tidak makan orang.
 
 

“Abang harap Nasha mengerti bahawa abang tidak akan paksa Nasha jika Nasha belum bersedia,” jawab Faries perlahan lalu memandang wajah Nasha. Dia bukan seorang lelaki yang rakus dan yang tidak bertimbangrasa. Dia mahu Nasha mengerti dia bukan lelaki seumpama itu.
 
 

Sayu pula hati aku bila Faries berkata demikian. Murni sungguh hati suamiku itu. Dia sanggup menunggu sehingga aku benar-benar bersedia untuk menerimanya. Terima kasih abang kerana begitu memahami diriku. Insyallah berkat kesabaran abang hatiku terbuka untuk menerima cinta abang.
 
 
 
 
bersambung....
 
 
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment