Aku memalingkan muka kearah kiri sepanjang
perjalanan pulang ke KL. Aku mengambil keputusan untuk mendiamkan diri. Tidak
ingin berbual dengan kedua-dua lelaki itu. Geram aku dengan Encik Aliff dan
Encik Faries. Patutlah baik sangat dengan aku rupa-rupanya ada agenda
tersendiri. Hissh suka mengambil kesempatan di atas kebaikan dan kenaifan aku.
Encik Faries ni pun satu kerana hendakkan aku menemaninya ke NZ sanggup hendak berkahwin
dengan aku. Apa dia hilang akal ke? Dia ingat kahwin ni perkara yang boleh di
buat main-main. Hari ni kahwin esok lusa berpisah begitu? Eii nasib baik tadi
di depan abah aku terpaksa control marah. Kalau tidak aku sudah bertukar
menjadi hijau macam ‘The Incredible Hulk’ versi perempuan. Aku rasa Encik
Faries ni bukan ada penyakit ‘OCD’ aje mungkin sakit otak juga nak kena hantar
dia pergi CT scan agaknya. Berbuku hati aku sekejap bila memikirkan ‘stunt’
Encik Aliff dan Encik Faries tadi. Mereka sengaja tidak memberi tahu aku
terlebih dahulu kerana mereka takut rancangan mereka untuk bertemu dengan mak
dan abah aku tidak berjaya. Memang aku tidak akan membenarkan mereka ke kampung
jika aku tahu akan tujuan mereka terlebih dahulu. Aku tak hendak mak dan abah
secara tidak langsung mendesak aku agar menerima lamaran Encik Faries. Bukan
kerana mak dan abah hendak sangat bermenantukan celebrity seperti Encik Faries.
Tapi mereka risau tentang diri aku, jika aku bersuami sekurang-kurangnya ada
orang yang menjaga kebajikan aku. Aku selalu merungsingkan mak dan abah
agaknya.
Tadi sahaja Aisyah dan Liana beria-ia meminta
agar aku terima lamaran Faries. Kerana mereka setuju jika Faries menjadi abang
ipar mereka. Yelah siapa yang tak hendak jika abang ipar mereka itu celebrity
terkenal. Aku faham perasaan mereka. Kalau hendak jalan pintas memang begitu
caranya. Senang bersuamikan orang seperti Faries yang pakej lengkap. Tapi
masalahnya sekarang aku tahu Encik Faries hendak berkahwin dengan aku bukan
kerana dia cintakan aku, tapi kerana dia perlukan aku. Itu yang membuatkan aku
lemah semangat bila memikirkannya. Dan aku pula memang tiada perasaan cinta
pada Encik Faries kerana aku sudah menganggap Encik Faries ‘boss’ aku maka aku
sudah mind set bahawa dia boss aku dan aku tidak boleh terpikat atau terjatuh
hati padanya kerana tujuan aku bekerja dengannya kerana aku perlukan wang untuk
melunaskan hutang Rizal dengan bank. Sebab itu aku bekerja keras kearah itu.
Dan aku sememangnya tidak ada hati dengan kaum Adam. Aku masih serik untuk
bercinta.
“Sudah-sudah lah merajuk tu..tak cantik
muncung dari tadi,” tegur Aliff risau bila Nasha mengambil keputusan untuk
mendiamkan diri sejak balik dari kampungnya tadi. Salah dia juga kerana tidak
berbincang secara baik dengan Nasha. Ini tidak main ‘ambush’ sahaja. Tentulah
Nasha melenting. Sekarang Nasha sudah merajuk maka tugasnya untuk memujuk hati
Nasha semakin sukar. Dan dia tahu Faries tidak akan menerima sebarang alasan
darinya.
“Cantik tak cantik bukan masalah Encik Aliff
pun..saya bukan isteri Encik Aliff, apa saya kisah,” jawabku lalu menjeling
Encik Aliff. Ini mesti pandai Encik Aliff lah memberi idea merepek pada Encik
Faries. Dia hendak selamatkan diri dia aku pula yang menjadi mangsa.
“Tengok dia jeling kat aku Ries..,” ujar Aliff
lalu memandang kearah Faries.
“Saya kisah,” jawab Faries tiba-tiba, lalu
menoleh kearah Nasha di sebelahnya. Dia tahu Nasha marah dan merajuk dengannya.
Dia senang dan sukakan perangai Nasha. Nasha simple person dan pandai membawa
diri. Ditolak ketengah boleh di tolak ke tepi pun boleh. She’s versatile. Sebab
itu dia tidak mahu kehilangan Nasha. She’s special. Tentang soal hati dan
perasaan dia serahkan kepada Allah. Mungkin sekarang dia tidak punya hati dan
perasaan terhadap diri Nasha. Siapa tahu hati dan perasaannya berubah setelah
mereka berumahtangga. Begitu juga dengan Nasha. Dia tahu Nasha tidak punya
perasaan terhadap dirinya.
“Encik Faries jangan nak mula dengan saya
eh..saya tak ada mood hendak bergurau dengan Encik Faries..I’m angry you know??..ANGRY!!..,”
ujarku lalu memeluk tubuh. Wajah ku terasa panas kerana masih marah pada
mereka. Aku rasa dah serupa Angry Bird dah. Hati aku masih belum cool down
lagi. Masih membara.
“Jangan ganggu Ries..nanti dia bertukar jadi
hijau..masak kita nanti,” jawab Aliff tidak berputus asa cuba memujuk Nasha.
“Panggil saya Faries sahaja, tak perlu
ber-encik dengan saya..tak pun panggil abang lebih mesra..,” usik Faries
mencuba nasibnya berharap Nasha tidak merajuk lama dengannya.
“Isskk bencilah dengan Encik Aliff dan Encik
Faries ni..sudahlah malas nak layan,” jawabku lalu menutup kedua belah
telingaku dengan kedua belah tanganku tidak mahu mendengar usikan mereka. Dua
lawan satu mana boleh menang.
Aliff dan Faries ketawa serentak seronok
mengusik Nasha.
bersambung....
best 3x.
ReplyDelete