Monday, 19 May 2014

From Boss with Luv - Part 21



Aliff mencampak kunci keretanya di atas coffee table rumah Faries. Sebaik sahaja dia menghantar Nasha pulang. Dia terpaksa menghantar Faries pulang ke rumah. Hari ini dia ditugaskan menjadi ‘supir’ Faries. Membawanya ke sana ke mari mengikut schedulenya. Letih jangan cakaplah kerana set nya jauh dari daerah Bandar. Nasib baiklah Nasha tidak banyak rewel bila dia memintanya bekerja pada sabtu dan ahad buat beberapa minggu ini. Terkadang tu dia kesian juga pada Nasha. Nasha seringkali di bulinya. Tapi wanita itu seperti tidak kisah atau terasa hati bila dia mengusiknya. Nasha seorang wanita yang baik dan penyabar. Dia tidak begitu mengenali Nasha walaupun mereka selalu berhubungan mengenai perkara yang bersangkutan dengan Faries. Dia tidak tahu sangat tentang diri Nasha. Tidak tahu sebelum ini Nasha bekerja dimana? Wanita itu sudah berpunya atau sudah bertunang? Nasha punya berapa adik beradik? Kampung mak dan abahnya dimana? Semua dia tidak tahu. Nasha pula tidak pernah menceritakan tentang dirinya. Mungkin Nasha tidak suka orang mengetahui tentang dirinya. Apa yang Aliff suka pada Nasha ialah, Nasha seorang wanita yang hardworking and takes pride of her work.

 

Faries mencapai kunci kereta Aliff lalu di sangkut kunci keretanya di tempat yang tersedia. Aliff hanya menjeling tidak berdaya untuk berkata apa mengenai penyakit obsessi Faries yang tidak suka rumahnya berserak dan tidak teratur.

 

Faries kembali ke kerusi chesterfield lalu berbaring di atasnya. Letih dan penat pulang dari set. Dia meletak kedua belah tangannya di atas dada.

 

“Lepas shoot di NZ aku nak bercuti jumpa parents di Canada,” ujar Faries lalu menoleh kearah Aliff yang tersandar keletihan di sofa.

 

“Sebut pasal shooting di NZ..kau dah beritahu Nasha that you will need her to accompany you there for about 3 months?,” ujar Aliff.

 

“Belum lagi,” jawab Faries ringkas. Dia belum memberitahu Nasha tentang trip shooting di NZ.

 

“Belum lagi?? Bila hendak beritahu dia..buatnya dia tidak dapat ikut sama macamana?,” soal Aliff lalu memandang kearah Faries. Faries tidak pernah shoot lama di luar negeri. Paling lama pun 2 hingga 3 minggu. Waktu itu Faries belum mempunyai pembantu peribadi dan semuanya dia yang uruskan. Dan semasa Shiela bekerja dengannya Faries cuba berbincang dengan produser untuk berlakon di set yang tidak memerlukan dia jauh dari Shiela kerana Shiela sudah berkeluarga. Kali ini Faries menerima pulang cadangan producer untuk mengatakan set di NZ.

 

“Call dia sekarang?,” ujar Faries tiba-tiba lalu menyerahkan BBnya kepada Aliff.

 

Aliff menyambut BB Faries tanpa banyak bicara. Dia mendial nombor Nasha lalu menekan butang speaker. Kendengaran talian di sambut.

 

“Encik Faries saya baru hendak padamkan lampu untuk tidur..belum sempat mimpi dah call apa halnya,” ujarku lalu duduk di katil. Baru hendak padamkan lampu dah terima pangilan telefon dari Encik Faries. Apa yang dia hendak aku pun tak tahu.
 


“I nak beritahu you bulan 6 we have to travel to NZ for about 3 months,” ujar Faries tanpa berselindung lagi.

 

“New Zealand? Bulan 6? For 3 months??,” ulangku.
 


“Ye cik Nasha..New Zealand sebab Encik Faries kita ada shooting filem di sana? So awak hendak kena ikut sama,” ujar Aliff.

 

“Saya rasa tak boleh kot sebab jauh ke New Zealand dan tinggalkan Malaysia selama 3 bulan..lagipun I tak biasa travel jauh-jauh dengan orang bukan mahram saya,” jawabku jujur. Mesti mak dan abah tak benarkan aku pergi jauh dengan boss aku. Kalau setakat Malaysia dan balik hari masih ok lagi. Ni duduk 3 bulan lamanya walaupun aku tahu Encik Faries akan menyediakan bilik berasingan untuk aku. Dengar nama tempatnya seronok gitu. Tapi sepertimana yang aku katakan mak dan abah pasti tidak benarkan.

 

“Awak tak kesiankan saya ke Nasha,” ujar Faries bila Nasha mengatakan dia tidak boleh mengikutnya ke New Zealand.

 

“Kesian tu memang kesianlah..tapi nak buat macamana kan..susah sangat ajak Encik Aliff sekali senang, suruh Encik Aliff uruskan..,” ujarku memberi cadangan kepada Encik Faries. Aku tahu sebelum pembantunya Shiela. Encik Aliff yang menjadi pembantu Encik Faries.

 

“Eh awak ni..saya ada anak isteri tak kan saya hendak tinggalkan mereka..ala pujuklah mak dan abah awak..please..you belum tanya mereka lagi kan..apa kata you tidur dan fikirkan, Selamat Malam..sweet dream Nasha,” ujar Aliff lalu mematikan telefon.

 

Aliff memandang kearah Faries ingin tahu akan reaksinya bila Nasha kata dia tidak boleh pergi. Masa Shiela berhenti dulu. Faries bagai hendak gila memikirkan bagaimana dia hendak hidup tanpa bantuan Shiela. Alhamdullilah dia bertemu Nasha. Nasha sama efficient dengan Shiela. Dan bonus point kerana Nasha tidak terikat dengan tanggungjawab kepada suami dan anak-anak seperti Shiela. Sebab itu Nasha tidak berapa kisah sangat bila diminta bekerja lebih masa kerana dia tidak ada suami dan anak menunggunya di rumah.

 

“So how?? Aku rasa susah sikit Nasha nak ikut kau ke NZ..mak dan abah dia tak beri, sebab bukan mahram,” ujar Aliff.

 

Faries bangkit dari sofa chesterfield lalu duduk menyandar pula. Dia memandang kearah Aliff.

 

“I don’t care kau pujuk dia sampai dia setuju ikut aku ke NZ,” ujar Faries tidak mahu menukar fikiran.

 

“Aduh..payahlah hidup aku macam ni..susah-susah sangat kau nikah aje dengan Nasha..since kau tak boleh hidup tanpa dia..senang cerita,” gurau Aliff. Pening kepalanya bila Faries sudah mula dengan perangai yang suka mendesak. Dulu masa cari penganti Shiela sekarang suruh pujuk Nasha sampai dia setuju ikut ke NZ.

 

Faries memandang wajah Aliff tanpa berkedip bila temannya itu mempersendakannya.

 

“Ok,” jawab Faries ringkas lalu bangkit dari kerusi.
 


“Okayyyy..??? okay apa? Aku tak faham,” ujar Aliff terperanjat mendengar jawapan Faries. Dia bangkit dari sofa lalu mengejar Faries yang mula mendaki tangga untuk ke tingkat atas.

 
 “Kita jumpa mak dan abah Nasha..kau pinangkan Nasha untuk aku,” jawabnya selamba. Jika Nasha mengatakan dia tidak mahu mengikutnya ke NZ sebab dia bukan mahramnya. Jadi cadangan Aliff untuk bernikah dengan Nasha adalah jalan yang terbaik. Sepertimana Aliff katakan dia tidak boleh hidup tanpa Nasha.

 
“SERIOUSSS???? Kau serious hendak berkahwin dengan Nasha? Aku bergurau sahaja tadi,” soal Aliff lagi. Cuba melihat kesungguhan di wajah Faries bila dia serious mahu memperisterikan Nasha PAnya sendiri. Atau dia hanya bermain-main dengannya.

 
“Kau juga yang kata aku tidak boleh berfungsi tanpa Nasha..so I want to make it happen..tak perlu khuatir membawa dia kesana kemari..sebab jika kami bernikah, kami suami isteri yang sah..dan jika Nasha tak setuju..kau pujuklah dia, sampai dia setuju ok..Selamat Malam Aliff,” ujar Faries selamba lalu membuka pintu biliknya.

 
 
Aliff terlopong mendengar jawapan Faries. Mudah sahaja Faries membuat keputusan. Dia tidak punya perasaan ke? Hendak kata dia cintakan Nasha tidak, kerana apa yang dikatakan Faries tadi banyak kepada keperluan dirinya dan bukan kerana cinta. Apa dia ingat kahwin ni boleh di buat main-main. Boleh void bila-bila masa. Ah masak bila dia memikirkan permintaan Faries.
 


bersambung....
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment